LEGOLAND® Malaysia Lancar LEGO® City 4D Movie - Officer in Pursuit!

LEGOLAND® Malaysia Lancar LEGO® City 4D Movie - Officer in Pursuit! | LEGOLAND® Malaysia semalam mengumumkan tambahan pengalaman terbaru untuk LEGO® 4D Movie dengan pelancaran LEGO® City 4D Movie - Officer in Pursuit! Apa yang istimewanya LEGO® 4D Movie yang terbaru ni?


Dalam movie kali ni, sekalian karakter dalam keluarga LEGO® terlibat sepenuhnya dalam pengalaman 4D bermula dari 24 Januari 2019. Sebelum-sebelum ni, dah ada dah 4D Movie sedia ada kat LEGOLAND® Malaysia tu, tapi yang ni lebih ekslusif kepada watak dalam LEGOLAND®. Haa, gituhhh!

Para peminat LEGO® boleh menonton hiruk-pikuk dan kekecohan polis LEGO® City menangkap penjahat dari awal movie sampai ke akhir. Movie ni sarat dengan efek 4D dengan semburan buih, angin kencang serta titisan air. Serius, antara pengalaman yang paling menarik buat saya setakat pengalaman menonton movie 4D sebelum-sebelum ni. Siap ada api dari naga, ok! Rasa panas-panas gitu kejap lepas da kesejukan kena sembur dengan air. Hahaha!

Nah, sis kauu kasi bukti lepas menonton, lencun tak lencun? @ LEGOLAND® Malaysia

Selain daripada LEGO® City 4D Movie, LEGOLAND® juga mengadakan LEGO® Movie Event Days bersempena dengan pelancaran LEGO® Movie 2: The Second Part yang akan datang. Pengunjung yang datang boleh mengimbau kembali detik-detik dari francais LEGO® Movie kegemaran masing-masing.

Waktu tayangan LEGO® 4D Movie @ LEGOLAND® Malaysia

Dengan adanya LEGO® Movie Event Days, taman tema LEGOLAND® akan padat dengan aktiviti di mana pengunjung boleh mengenali lebih rapat watak LEGO® dari dalam movie, antaranya:

"The LEGO Movie" Scavenger Hunt
Wyldstyle, MetalBeard, Unikitty dan Benny dah sesat dan Emmet kena bantu kawan-kawannya dalam Miniland.

"The LEGO Movie" Mystery Mosaic
Pengunjung bersama-sama membantu membina LEGO mozek misteri sepanjang hujung minggu.

Character Meet and Greet Session
Temui Emmet, Wyldstyle dan watak baru daripada movie semasa sesi meet and greet.

LEGO® Movie Building Activity
Bina kapal angkasa dan larikan diri daripada makhluk asing yang menyerang Bricksburg. Pembina terbaik akan dapat hadiah ekslusif daripada movie berkenaan.

Kurt Stocks bersama watak-watak dalam LEGO® 4D Movie @ LEGOLAND® Malaysia

Kurt Stocks, General Manager LEGOLAND® Malaysia Resort bagitau, pelancaran LEGO® City 4D Movie - Officer in Pursuit dan LEGO® Movie Event Days ni bertujuan untuk memastikan taman tema ni terus aktif dan mengujakan buat semua pengunjung yang datang. Anak-anak boleh bermain sambil belajar dalam masa yang sama.

Pass tahunan yang terbaru turut diumumkan istimewa untuk pemegang MyKad. Lepas ni, rakyat Malaysia boleh menikmati akses TANPA HAD ke Taman Tema dan Taman Air LEGOLAND®, juga akses PERCUMA ke SEA LIFE Malaysia yang bakal dibuka kepada umum pada suku pertama tahun 2019 ni. Haaa, gembira tak?


Untuk Tahun Baru Cina yang akan tiba pada bulan depan, uols boleh tengok dekorasi Garden of Prosperity di taman LEGOLAND®, disamping berpeluang untuk turut serta dalam Festive Building Activity di mana uols boleh bina Panda dan oren Mandarin daripada LEGO® Bricks. Turut diadakan nanti adalah Tarian Singa dan Naga sebagai menyambut tahun baru.

Nah, apa tunggu lagi? Cepat book tiket ke LEGOLAND® bersama keluarga dan kawan-kawan! Limited time only tau! Segera la uols klik website dia kat bawah.


LEGO® Movie Event Days

24 Januari - 31 Mac 2019

Lokasi:
LEGOLAND® Malaysia Resort
Bandar Medini Iskandar Malaysia,
Iskandar Puteri, Johor

Waktu operasi:
Setiap hari
10 am - 6 pm

Annual Pass early bird promo:
RM239 - Dewasa
RM190 Kanak-kanak (3 - 11 tahun)

Buy ticket online:

Facebook:

Instagram:
LEGOLAND® Malaysia Lancar LEGO® City 4D Movie - Officer in Pursuit! LEGOLAND® Malaysia Lancar LEGO® City 4D Movie - Officer in Pursuit! Reviewed by Sunah Sakura on January 25, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. syok oooo..kalau the ilhams ikut semalam mesti dorang pun penyumbang suara kanak2 tu ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...mesti diorang dapat banyak lego semalam..hahahahha

      Delete
  2. bilala nak sampai Legoland ni hahah x sampai2 lagi =D

    ReplyDelete
  3. eeeee kite geram betul kena sembur dengan air tuhh.. habis basah.hahahahahaa.kang nanti orang ingat kite kencing. 🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha over kau ni sampai ingat kencing..hahahahha

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.