Hi-Tea di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru | Pertama kali saya jejakkan kaki ke Berjaya Waterfront Hotel, The Zone, Stulang Johor Bahru, hari Jumaat yang lepas. Beberapa hari sebelumnya, Sis Lin ajak Hi-Tea kat sini. Dia jumpa harga pakej Hi-Tea yang murah kat Fave. RM22 sahaja untuk dua orang. Murah kan? Berbaloi dengan apa yang ada dalam pakej tersebut.


Kebetulan pula, hari Jumaat tu birhday seketul Ain, maka kami celebrate sekali birthday dia kat situ. Ain awal-awal dah request supaya semua orang pakai tema pink. Jenuh la seorang Sunah mengorek baju dia. Eik, pelik betul sebab tak ada langsung baju kasual yang betul-betul warna pink padahal saya sangat suka pada warna merah jambu.

Nak tahu sebab apa? Bila kau beli kasut pink dua kali, tunjuk gambar kat laki kau, dia kata "warna pink lagi?" Kahhhhh! Terus berusaha kuat avoid beli benda warna pink dah lepas tu.

Pakai je la skirt warna pink, baju yang ada bunga-bunga kecik warna pink dengan shawl pelbagai jenis serangga yang ada tompok-tompok pink. Jadi lah kan. Hahaha. Baju kurung ada, tapi malasnya seorang Sunah nak menggosoknye. Kbai.

Birthday Ain bulan 2, birthday Kim bulan 12

Saya ambil Ain, kemudian ambil Farah dalam pukul 11 lebih. Sampai kat Berjaya Waterfront Hotel dalam pukul 12 tengahari. Hi-Tea kat hotel ni di tingkat 5, lokasinya di Palm Lounge. Kat Palm Lounge ni, penuh dengan pokok kelapa sawit hiasan. Disamping tu, ada banyak hiasan tanglung juga sebab masih lagi mood Chinese New Year.

Kami sampai saja, waiter dan waitress terus hidangkan makanan. 4 set Hi-Tea untuk 7 orang. Lagi sorang tak dapat join sebab kerja. Jadi kami yang hadir adalah Sis Lin, Ain, Farah, Kak Seri, ImanKim, dan saya. Ajom tengok makanan apa yang ada dalam set yang Sis Lin order ni. Kot-kot nanti uols teringin nak mencuba juga.




Atas ni English set. Very recommended. Scone dia best, saya makan sebiji setengah sorang-sorang aje sebab yang lain tak berminat sangat. Sapu dengan jem blueberry filling dan whipping cream, enak sekali. Burger ayam dia pun not bad walaupun roti hotel memang jenis yang keras gitu kan. Ada jugak mini pizza dan mushroom pie ke puff gitu. Semua nice.





Ok yang ni pulak Johorean set. Nampak kan, menu-menu Melayu dalam tray tu. Ada kuih-muih - keledek goreng, kuih ketayap dan buah melaka. Ada jugak baked beans yang saya tak sure, is it really Johorean style of food? Nevermind. Saya memang minat baked beans. Haha. Kuih jala dia pun sedap juga. Otak-otak dia siap ada sos special. Dan yang last tu, saya pun tak sure ape. Roti pintal kah? Atau bread stick? Mungkin yang ni patut cicah dalam baked beans tu sebenarnya ek?




Ni menu Fusion set. Saya paling suka meatballs dia. Sedap sangat sebab dia hidangkan dengan sos bolognese. Bebola coklat dan cream puff tu pun kena pada tekak. Dalam bebola coklat tu ada kekacang, bukan kek coklat semata tau. Yang paling berat dalam set ni, tortilla dia je. Kalau gi petang-petang nak minum petang, haa sesuai yang ni. Ekeke.

Alhamdulillah, kenyang jugak perut walaupun makan secoet sana, secoet sini. Sis da siap pesan, makan dulu sebelum datang, takut tak kenyang. Saya breakfast roti dua keping aje sebelah paginya. Ain dan Farah, datang dengan perut kosong. Tu pun diorang kenyang jugak.

Lepas da kenyang tu, uols boleh lah ambil gambar sekeliling Palm Lounge ni. View dan deco dia memang instagrammable. Cuma pencahayaan sesetengah tempat tu kurang sikit. Kalau uols bawak DSLR, haa ngam sangat lah nak OOTD sampai lebam. Tak percaya ke? Tengok lerr gambar OOTD kami kat bawah. Hahaha!







Kemain kan Kim masih lagi mood CNY bercheongsam pink. Comel memasing pakai merah jambu. Support peminat pink si Ain. Sis Lin aje mencemarkan gambar dengan warna purple dia. Bahahahah. Apa pun, terima kasih Sis Lin cadangkan aktiviti menarik ni. Nanti kalau ada aktiviti dan rega promo lagi, jemput la lagi. Hahaha!

Kalau uols nak tahu lebih tentang cara-cara untuk beli pakej Hi-Tea murah ni, boleh lah baca kat blog Sis Lin ya!