Macam Best Pulak Filem Misteri Dilaila

Macam Best Pulak Filem Misteri Dilaila | Saya ni asalnya memang seorang peminat cerita seram, horror, thriller dan yang seangkatan dengannya. Kawan-kawan yang kenal saya dari zaman degree, mesti ingat macam mana seorang Sunah kekal menatap skrin laptop ketika orang lain dah bersembunyi di belakang bantal masa menonton filem seram bersama-sama.

Ya, bagi seorang Sunah, rugi kalau terlepas scene penting yang membawa elemen utama sebuah cerita seram tu. Dari zaman sekolah jugak, kalau tengok cerita seram dengan adik-adik kat rumah sambil tutup lampu, bila muncul scene seram nak mati, mesti adik-adik pandang muka kakak sulung diorang ni dan tanya, apa yang berlaku?

Oh, agaknya sebab tu la saya terlampau berani tengok cerita seram. Sebab tanggungjawab untuk menceritakan semula dekat adik-adik scene paling menakutkan tu terletak di bahukuuu~ Hahaha!

Tapi, berbeza bila dah masuk umur 30-an ni. Sejak-sejak orang cakap tak elok menonton filem seram terutamanya kat rumah, sebab nanti kita seakan mengundang "benda tak elok" datang ke rumah sendiri, saya pun dah kurangkan tengok genre macam ni. Encik suami pun jenis tak berapa berani tengok cerita-cerita macam ni. Apatah lagi kawan-kawan kat rumah, semua pun jenis penakut cerita seram.

Akhirnya seorang Sunah dah berhenti tengok cerita seram.


Tapi pagi tadi saya terbaca pulak sinopsis Misteri Dilaila kat blog Propa Rangers. Beberapa hari sebelumnya, Sis Lin ada jugak mengajak tengok cerita ni. Tapi saya terus membantah tanpa tengok trailernya langsung. Dengan alasan "ahhh mengarut lah, takut tengah-tengah cerita nanti ada yang keluar wayang." Gituh sekali seketul Sunah anti cerita seram bila dah semakin tua. Haha!

Eh, bila tengok sinopsis filem ni, macam menarik pulak ceritanya. Nko tengok lerr poster dia tu. Ada rasa macam terbayang poster filem seram yang lain tak? Sis kauu terus terbayang filem A Tale of Two Sisters. Ye zaman-zaman peminat cerita seram dulu, cerita ni antara the best horror film yang pernah saya tengok.

Macam sama kan? Tapi berbeza.

Berbalik kepada Misteri Dilaila, Jefri (Zul Ariffin) kehilangan isterinya, Dilaila (Elizabeth Tan) ketika mereka pergi bercuti di Bukit Fraser. Yang menjadikannya misteri adalah kemunculan seorang wanita lain yang mengaku, dirinya adalah isteri Jefri bernama Dilaila. Tapi Jefri tahu itu bukan isterinya dan menafikannya. Eh, sis kauu macam dah boleh nampak halatuju filem ni. Tapi tak nak komen lebih-lebih sebab pengarahnya Syafiq Yusof terkenal sebagai "King of Plot Twist".

Sebab tu, saya rasa nak tengok sangat filem ni. Kita tungguuu 21 Februari 2019 ya! Nak ajak adik saya gi tengok lerr~

9 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com