Tertunai Hasrat Nak Makan Laksa Penang di Super Laksa

Tertunai Hasrat Nak Makan Laksa Penang di Super Laksa | Kisah dua hari lepas. Hajat di hati nak tebus voucher CoolBlog kat Paradigm Mall, Johor Bahru. Ajak lah housemateku si Ibah. Dalam duk panjat escalator, tiba-tiba terkeluar perkataan "lapar".

Ibah pulak, terkeluar perkataan "teringat laksa sedap kat atas tu."

Ececeh.

Masing-masing nak terkeluar kan. Hahaha. Ye lah, ye lah! Kita beli CoolBlog dulu, lepas tu pergi makan kat Super Laksa. Memang teringin pun sebenarnya nak makan laksa utagha ni sebab dah lama sangat tak makan. Bila hati da kuat nak makan, kita pergi aje lah sebelum menyesal bila balik rumah nanti.

Bak kata Sis Lin, bila hati kau dah kata nak something, cepat-cepat grab masa tu jugak. Jangan nanti bila masa tu da berlalu, kau regret dan teringat-ingat tapi tak dapat nak buat apa-apa dah. Gituhhh khennnn~


Maka, inilah hasilnya. Dua mangkuk Super Laksa dan 2 tumbler CoolBlog. Ibah punya ada cili padi dan petis. Kita punya yang togel aje sebab tak suka pedas tak suka bawang. Wakaka. Alhamdulillah, sedap macam selalu.

Harga 1 mangkuk laksa biasa tu RM7. Tak termasuk SST. Ada jugak laksa dengan fishball. Mahal sikit la tapi tak ingat berapa, dalam RM8 - 9 macam tu je. Kat sini ada jugak makanan-makanan selain laksa macam nugget, french fries, rojak, ayam goreng dan lain-lain. Agak-agak tak nak laksa, boleh la makan benda yang lain tu.

Korang nak try jugak?

Gi lah level 4, Paradigm Mall, Johor Bahru.


P/S: Sayangnya lagi sekeping voucher CoolBlog tak sempat nak tebus. Sobss. Takde rezeki.
Tertunai Hasrat Nak Makan Laksa Penang di Super Laksa Tertunai Hasrat Nak Makan Laksa Penang di Super Laksa Reviewed by Sunah Sakura on February 18, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. alaa..baru nak mintak..dah expired ke?hehe..menyelerakan tgk laksa tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah lerr kak norr...semalam expirednyee..sobsss

      Delete
  2. Kalau super dengan Dlaksa, Lebih sedap Dlaksa, lagi pulak ada fishball dia..yumssss...
    Oiii teringin laaaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang super laksa pun ade fishball, tapi tak amek yang tu....

      Delete
  3. bestnya gi food hunting.. dah la hantu laksa ni bila la nak try ni ..huu

    ReplyDelete
  4. Pekat kuah laksa dia, mesti sedap ni.

    ReplyDelete
  5. suatu hari nanti la cuba jika nak ke Johor..

    entah tak tahu bila..

    mungkin bila dompet penuh berisi dengan duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kene pi johor ke kalau nak makan laksa XD

      Delete
  6. Nampak macam sedap.
    Tapi lebih suka laksa Johor

    ReplyDelete
  7. lama hai tak pegi sana.. next time bole la cuba kan... terliur taw

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.