Ticker

6/recent/ticker-posts

13 Sekolah Ditutup - Keperluan Kecemasan Untuk Penduduk Pasir Gudang

Keperluan Kecemasan Untuk Penduduk Pasir Gudang | Seperti yang kita tahu hari ini, semakin menular nampaknya pencemaran bahan kimia gas metana di kawasan Pasir Gudang, Johor akibat daripada pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim. 13 buah sekolah melibatkan lebih seribu orang pelajar dah diarah untuk tutup mulai hari ni, iaitu:

Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Puteh
SK Tanjung Puteri Resort
SMK Tanjung Puteri Resort
SK Pasir Putih
SK Kota Masai 2
SMK Kota Masai 2
SK Kota Masai 3
SMK Kota Masai
SK Kota Masai
SK Perigi Acheh
Sekolah Agama Kampung Pasir Putih
Sekolah Agama Taman Pasir Putih

Ihsan Johor kini melancarkan Tabung N95 Pasir Gudang. Hasil sumbangan ini akan dibelikan Topeng N95 dan diserahkan kepada semua penduduk di kawasan yang terlibat. Sumbangan berbentuk topeng muka jenis N95 diperlukan segera. Sumbangan berbentuk wang tunai pula boleh disalurkan ke akaun rasmi:

Pertubuhan Ihsan Johor 
(5512 0352 7725 MAYBANK)
Kod Sumbangan "DOA PASIR GUDANG"
Whatsapp:  013-7761769 (Encik Shah)


Jom sama-sama bantu terutama dari segi kewangan bagi kos rawatan dan lain-lain!

Walau bagaimanapun, menurut Public Health Malaysia, pemakaian topeng tersebut tidak efektif untuk membantu menapis udara yang tercemar. N95 tidak berkesan melindungi diri daripada pencemaran jenis gas dan gas bahaya ini boleh juga meresap melalui kulit.

Anggota barisan hadapan dan sesiapa sahaja yang masuk ke kawasan tersebut perlu dilengkapi dengan PPE (Personal Protection Equipment) yang bersesuaian. Anda mungkin memerlukan suit khas (seperti suit angkasawan) dan respirator jika anda hendak ke kawasan berkenaan. 

Untuk orang awam, adalah lebih baik sekiranya TIDAK pergi ke kawasan sungai dan mengambil langkah yang telah diberitahu sebelum ini. Seeloknya, ikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tempoh ni hingga semuanya kembali reda.




Hati-hati ya semua.

#PrayForPasirGudang

Post a Comment

6 Comments

  1. ya Allah kesian nya, makin teruk betul hari ni.... kita yg dr jauh ni dpt doa semoga semua nya akan pulih spt sediakala, yg kt area sana tu mcmne lah... ramai saudara mara2 ddk area masai, ramai juga kwn2 yg mengajar di area pasir gudang tu

    ReplyDelete
  2. #PrayForPasirGudang ....nak lari pi Paka laaa...

    ReplyDelete
  3. Moga dilindungi semuanya aamiin. Tak sangka pula makin meluas area yg affected tu kan.

    ReplyDelete
  4. Mudah2an musibah ini dapat dibendung.

    ReplyDelete
  5. risau tau dengar..bahay betul..ramai yg masuk hospital

    ReplyDelete
  6. Moga urusan mereka dipermudahkanNYA dan moga ada jalan penyelesaian terbaik. Kesian pada mereka yang berada di sana.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com