Ticker

6/recent/ticker-posts

Big Bad Wolf Johor, Ada Lagi 6 Hari

Big Bad Wolf Johor, Ada Lagi 6 Hari | Warga Johor Bahru, musim cuti sekolah ni dah bawak anak-anak jalan-jalan? Kalau belum, apa kata masukkan kunjungan ke Big Bad Wolf di Mydin Mall Mutiara Rini ke dalam plan uols. Masih berbaki enam hari lagi event ni, sampai 31 Mac 2019.

Saya baru aje ke sana tengahari tadi. Event tu diadakan di perkarangan tempat letak kereta Mydin Mall Mutiara Rini. Uols boleh parking kereta kat lower ground ya, kemudian naik ke ground floor. Atau kalau ada parking kosong tepi Mydin, boleh juga letak kereta kat situ.


Ini kali kedua saya ke Big Bad Wolf. Pertama kali pergi dulu masa kat Danga City Mall, Johor Bahru, tak ingat tahun bila. Antara tahun 2013 hingga 2015. Lepas tu diorang da tak datang JB dah sampai lah tahun ni baru diorang datang balik. Tahun 2016 hingga 2018, BBW banyak travel ke luar negara termasuklah Indonesia, Sri Lanka dan Filipina.

Masuk aje ke dalam kawasan event, gembiranyaaaaa hati seketul Sunah tengok betapa banyaknyaaaaa buku kat sini!!! Masyarakat pun ramai jugak bawak troli dan bakul masing-masing. Ada yang trolinya dah penuh dengan buku sampai ke atas. Fuhhhh! Memang tak melepaskan peluang yeeee? 😁


Saya pun, tak terkecuali. Tapi saya limitkan jugak had pembelian saya kepada RM50 aje. Ape? RM50 aje? Banyak ke buku dapat beli? Heyyy, ini BBW lah!

Buku-buku yang dijual kat BBW ni dah didiskaunkan harganya dari 75% hingga 95% untuk sebuah buku tau! Satu buku boleh dapat dari harga serendah RM2.50! Ye, yang saya beli lah. Yang bawah dari harga tu, kalau ada, bagitahu kat komen ya!





Disebabkan seketul Sunah insya'Allah nak travel dalam awal bulan depan, dia terus pergi dekat buku-buku yang ada kaitan dengan travel untuk bawak bersama nanti. Aik? Orang lain nak travel, beli baju baru, coli dengan spender baru, tapi dia beli buku pulak??? Hahaha! Yeee, ape salahnya ha?? 😒

Kalau boleh, satu buku habis baca untuk satu trip. Gilerrr. Hahaha! Masih lagi angan-angan yang belum menjadi nyata. Ke pernah jadi kenyataan ek? Mungkin. Dulu-dulu lah zaman muda belia. Sekarang da meningkat remaja sikit. 😂


Ni la buku yang saya pilih. Ada tiga buah buku yang memang betul-betul genre holiday & travel, manakala satu lagi novel santai yang kita biasa baca-baca gitu sambil baring tepi pantai. Tiberrr. Hahaha!


Selain tu, saya belikan jugak buku untuk anak buah yang dah nak masuk dua tahun. Nanti gi Shah Alam, bunda bacakan yeee! Mesti Aisyah terpegun tengok muka bunda dari awal sampai habis, macam dulu-dulu. Eeee da lama sangat tak jumpa Aisyah. 😭

Eh, meleret-leret pulekkkk! Ok lah, jemput tau ke Big Bad Wolf Johor ni! Jangan lupa ambik selfie masa kat sana dan tag #bbwjohorbookhaul2019. Pastikan akaun uols public, nanti mana tahu boleh menang voucher BBW bernilai RM50! Woohooo~


Big Bad Wolf

Mydin Mall Taman Mutiara Rini

Tarikh:
21 - 31 Mac 2019

Masa:
10 pagi - 12 tengah malam

Facebook Page:

Facebook Event:

Instagram:

Website to register as BBW Pack member:

Post a Comment

10 Comments

  1. wow.. bestnye korang dah pergi.. bila Dilah nak pergi ni ye.. pegi hari jumaat malam nanti la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee best kakakkkk..nanti mesti rambang mata nak pilih bukuu

      Delete
  2. Tengah hari semalam ke tadi hahahaha...
    Macam nak pergi lagi, nak beli lagi buku ilimah tu, murah beno harga...semalam macam blurrr huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhah biasa la...nak update malam tadi, da terlebih malam lak...so update pagi ni ajeee

      coli n spender tu tak nak komen ke..hahahahaha

      Delete
  3. inilah syurga untuk ulat buku..

    memang feel giler bila dah dapat buku yang dihajati

    ReplyDelete
  4. bestnya... tak sedar time memborong tuh

    ReplyDelete
  5. Wow..bestnye...sampai malam pulak tu....wow..nice la....kalau rjin.. Nak gi ahhh.kalau tak..i nak order kt u jela......tq info...lama x berbuku..kah3

    ReplyDelete
  6. Nak beli buku untuk diri sendiri bebanyak x tersampai hajat tu dek anak akak sibuk pilih buku dia.. Sudahnya terlebih berbelanja.. Tapi puashati sebab murah sangat kan

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com