Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadhan 2019: Warisan Tradisi Asia di Amaya Food Gallery, Amari Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2019: Warisan Tradisi Asia di Amaya Food Gallery, Amari Johor Bahru | Pada bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi, Amari Johor Bahru akan membawakan Buffet Warisan Tradisi Asia dari 8 Mei hingga 4 Jun 2019, dengan lebih 100 hidangan warisan Melayu, Cina, India, Thai dan masakan Barat.

Area General Manager, Dean Rossilli merasmikan Buffet Warisan Tradisi Asia di Amari Johor Bahru semalam

Team kulinari yang diketuai oleh Cluster Executive Chef, Andy Oh, mengetengahkan konsep unik gabungan local street scene dengan live cooking stations, istimewa buat pengunjung. Buka puasa dengan aneka kurma pilihan, pelbagai jus dan minuman seperti Nescafe Tarik, Sirap Bandung, Air Tebu, Sirap Selasih, Soya Bean, Jus Kurma dan Teh Tarik sebagai penghilang dahaga.


Kemudian, pergi ke live cooking stations yang menawarkan Kambing Golek, Roti Canai, Murtabak, Tom Yam Seafood, Sup Berempah dan Laksa Penang. Kita sempat rasa bahagian kulit Kambing Golek ni sebab kebetulan ada seorang customer mintak kat staff dia yang tengah potong. Sedap jugak ek, rangup-rangup gitu. Lain kali boleh mintak kulit jugak. Hahaha.




Jangan lupa rasa menu signature Amaya di Kawah Station, Rendang Kawah Rusa. Must try ya! Sedap daging rusanya, lembut dan tak liat bila gigit. Kuah rendangnya secukup rasa. Kat Kawah Station ni ada Nasi Impit, Sayur Lodeh, Serunding Ayam, Serunding Daging dan Serunding Kelapa juga. Boleh la feeling raya awal.


Seafood on Ice pun ada kat sini. Ketam dia kemain besar. Ada jugak Kerabu (sedap Kerabu Mangga!!!), Thai Salads, Ulam-ulam, Rojak dan aneka jeruk.





Selain daripada tu, ada juga menu Roasted Marinated Whole Chicken with Roasted Vegetables, Thai Fish Cake, Tom Yam Pizza, Rendang Pizza, Thai Red Curry Chicken, Fried Squids with Garlic and Pepper, Stir-fried Shrimps with Young Coconut, Stir-fried Minced Beef with Garlic and Hot Basil, Bubur Lambuk, Ayam Masak Merah, Lamb Curry, Udang Goreng Kunyit, Ikan Bakar, Assorted Satay, Dim Sum, Fried Fish with Sweet and Sour Sauce, Kung Pao Chicken, Wok-fried Mixed Vegetables, Fried Rice, Tandoori Chicken with Naan Bread, Lentil Curry, Briyani Rice dan Roasted Marinated Spice Whole Lamb.





Kat Grilled Station pulak ada juicy Chicken Meat, New Zealand Beef Tenderloin (sedappp sangat!), Sausages dan Calamari.


Kalau suka kuih muih, ada Banana, Roselle dan Prawn Fritters. Boleh buat kudap-kudapan lepas da siap makan.


Tapi, tak dilupakan, dessert table dia yang penuh dengan segalanya tentang durian! Ada Durian Tempura, Durian Cheese Cake, Durian Crepes, Durian Sticky Rice, Durian Pudding, Durian Dodol, Durian Ice Shave dan Durian Porridge.


Selain tu, turut ada aneka aiskrim, Bubur Pulut Hitam, Bubur Kacang Hijau, Ais Kacang, Kuih-muih Melayu, French Pastries, Jelly, Puddings, aneka Cookies, Sago Gula Melaka, buah-buahan, biskut tradisional Melayu, Bread & Butter Pudding dan Pulut Panggang.


Sesambil uols berbuka puasa, uols akan dihiburkan dengan persembahan Ghazal tempatan. Kat bahagian depan restoran pulak akan ada demonstrasi kraftangan daripada rotan dan ada juga jualan kraftangan daripada orang kelainan upaya di bawah JARO (Johor Area Rehabilitation Organisation) dari pukul 6 petang hingga 9 malam, hari Jumaat hingga Ahad, sepanjang bulan puasa.


Kalau uols tak balik kampung untuk beraya, boleh juga datang ke Amari sebab ada juga jamuan Hi-Tea dan makan malam sempena Hari Raya pada 5 dan 6 Jun 2019.


Amaya Food Gallery, Amari Johor Bahru
82C, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor

Warisan Tradisi Asia Buffet
Date: 8/5 - 4/6/19
Time: 6.30 pm - 10.30 pm


RM129 Nett per person

50% off for Children aged 6 - 12 and senior citizens aged 60 & above

Purchase 5 adult vouchers and get 1 voucher for free
(not applicable for early bird offer)

Early Bird
Full payment before 7/5/2019

RM103.20 Nett per person
RM51.60 Nett per Children aged 6 - 12 and senior citizens aged 60 & above

Kanak-kanak bawah 6 tahun PERCUMA sepanjang bulan Ramadhan


Hari Raya Hi-Tea Buffet
Date: 5 & 6/6/19
Time: 12.30 pm - 3.30 pm

RM78 Nett per person
50% off for Children aged 6 - 12 and senior citizens aged 60 & above

Hari Raya Aidilfitri Buffet Dinner
Date: 5 & 6/6/19
Time: 6.30 pm - 10.30 pm

RM98 Nett per person
50% off for Children aged 6 - 12 and senior citizens aged 60 & above


Wehhh, nak sahur pun boleh!

Buffet Sahur
Date: 7/5 - 4/6/19
Time: 3.00 am - 5.30 am

RM29 Nett per person

For reservations:
+607 266 8888
fnbcoordinator.johorbahru@amari.com

Facebook:

Instagram:

Website:

Post a Comment

7 Comments

  1. cuma mampu melihat je. Bln puasa nanti cuma masak sendiri dan beli serba-sedikit di gerai2 berdekatan rumah.

    ReplyDelete
  2. Wahhh... Meriah betul menunya. Ini mau kekenyangan setiap kali berbuka. Huhu.

    ReplyDelete
  3. Megencess ayaq liur bila nengoknyaaaa....
    Macam lupa nak cuba sup gearbox tu laaa huhuhu

    ReplyDelete
  4. Allahhu byknyaa makanan diaa.. Byk pulak tu menu durian dia.. 😋

    ReplyDelete
  5. adohhhh.. alu lapar ngga menu ctok. hehe

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Ya, ada. Boleh rujuk website Amari ya:

      https://www.amari.com/johor-bahru/restaurants.aspx

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com