Memories of the Alhambra, Drama Korea ini Serius Melangkaui Zaman!

Memories of the Alhambra, Drama Korea ini Serius Melangkaui Zaman! | Ayat sis kauu macam da habis tengok aje cerita ni kan? Padahal baru tengok episod satu tadi woi! Saja search kat Kissasian.sh, tengok-tengok cerita tu dah ada dan completed.

Ditayangkan dari 1 Disember 2018 hingga 20 Januari 2019 di siaran tvN Korea, drama lakonan Hyun Bin, Park Shin-hye dan Park Hoon ni serius daebakkk! Ye, saya peminat drama Korea, tapi saya jenis tengok sebab orang cakap best, pelakonnya saya suka, dan bila baca sinopsis, saya tertarik pada jalan ceritanya.

Untuk drama Memories of the Alhambra, saya tengok sebab alasan yang pertama, Ibah cakap best. Dari sinopsis kat Kissasian.sh, tak dapat bayangkan pun lagi ceritanya macam mana. Ini sinopsis dari Wikipedia, saya translate ke bahasa saya, ya!


Sinopsis Drama Memories of the Alhambra

Selepas menerima email berkenaan satu game Augmented Reality (AR) berkonsepkan peperangan di Alhambra, Yoo Jin-woo (Hyun Bin), CEO kepada syarikat pelaburan yang berkhususkan peranti optik, terbang ke Granada, Sepanyol untuk bertemu dengan pencipta game tersebut, Jung Se-joo (Park Chan-yeol). Walau bagaimanapun, Se-joo telang hilang tanpa jejak, Jin-woo bertemu dengan kakak Se-joo yang bernama Jung Hee-joo (Park Shin-hye), seorang pemilik hostel tempatnya menginap. Diorang terbabit dalam insiden yang misteri, dan sempadan antara dunia sebenar dengan dunia AR ciptaan Se-joo menjadi semakin samar-samar.

Produksi Drama Memories of the Alhambra

Pengarah: Ahn Gil-ho
Penulis skrip: Song Jae-jung

Ok, no wonder lah! Siapa pernah tengok drama Korea lakonan Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo, W - the Two Worlds? Penulis skrip drama tersebut adalah Song Jae-jung juga. Patut lah konsep drama nya macam lebih kurang sikit, dua dunia antara realiti dan fantasi digabungkan dalam satu drama.

Memories of the Alhambra Melangkaui Zaman

Drama ni merupakan yang pertama di Korea berkonsepkan game augmented reality. Kalau tengok episod satu, uols yang pernah main game Pokemon, akan nampak ada sedikit inspirasi dari game tersebut untuk drama ni.

Episod pertama bermula dengan Se-joo call Jin-woo supaya datang berjumpa dengannya di Granada. Tak diberitahu apa sebabnya, just suruh Jin-woo baca email yang dia hantar. Lepas dia bagitahu benda tu, dia terus lari - macam lari dari something yang kita tengok macam takde apa-apa pun kejar dia. Saya sampai cakap, "kau dah kenape???" Annoying gilaaa tengok dia lari ketakutan, asyik tengok-tengok belakang, then langgar orang beberapa kali sampai terjatuh, lepas tu baru tenang sikit bila da masuk dalam train ke Granada. Pagi-pagi sampai Granada, tiberr langit luar yang cerah tadi jadi gelap mendung dan guruh berdentum. Se-joo yang dah relaks jadi takut balik, dia bukak pintu bilik dalam train tu, then kena tembak. Erkkk! Tapi bila sampai stesyen Granada, tak ada pulak kesan tembakan pada tingkap keretapi yang sepatutnya ada dalam scene sebelumnya tu.

Haaa??? Tak fahammmm, ape benda semua ni?

Lepas tu baru lah terlerai satu persatu yang menyebabkan drama ni worth watching! Rupa-rupanya Jin-woo yang merupakan CEO syarikat pelaburan peranti optik tu mengeluarkan sejenis contact lens, yang bila uols pakai, akan membolehkan uols nampak visual game augmented reality. Wowwww!

Game dalam drama ni serius boleh beat PUBG tau! Sebabnya, uols betul-betul berada dalam game tersebut dan rasa segala emosi dan fizikal connection masa tengah main game tu. AR kan, sekarang tengah trending visual entertainment macam ni. Tapi produksi drama ni membawakan AR dalam bentuk yang lebih canggih, guna contact lens aje instead of headset glasses tu!

Satu pujian buat team produksi dan pelakon atas kejayaan drama ni. Good job!

Heyyy, excited betul seketul Sunah sampai terus buat entri walaupun baru habis episod satu. Hahaha!

Ok lah, nak sambung tengok! Bye!
Memories of the Alhambra, Drama Korea ini Serius Melangkaui Zaman! Memories of the Alhambra, Drama Korea ini Serius Melangkaui Zaman! Reviewed by Sunah Sakura on March 30, 2019 Rating: 5

10 comments:

  1. Macam best ja cerita ni.. Kita dh lama ni tk tgk drama korea.. ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  2. korea mmg suka buat cerita yg ada gabungan fantasi ni. Mcm menarik je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..kreatif diorang ni...kalau gabungkan pun, tak nampak kelakar macam Malaysia buat...

      Delete
  3. Lama tak layan cerita KOrea..last layan Train Busan tu ler hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sisss cerita ni...banyak plot twist yang mengejutkan!

      Delete
  4. lamak na x layan korea tok. hehe

    ReplyDelete
  5. hadoi x faham kena tonton sambil makan popcorn baru faham :D

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.