Nak Ada Banyak Duit Pada Hari Tua Bukan Lagi Menjadi Impian | Uols mesti pernah ada satu cita-cita dalam hati, nak jadi lebih kaya dan ada lebih banyak duit satu hari nanti. Betul tak? Jangan tipu lah. Setiap orang mesti ada rasa nak ada rezeki lebih banyak supaya dapat memenuhi keperluan dan kehendak.

Saya pun pernah macam tu. Terasa nak jadi kaya sebab nak tolong keluarga, ringankan beban mak bapak kat kampung. Nak jadi jutawan supaya boleh bantu ekonomi Islam dan mana-mana badan kebajikan. Nak ada banyak duit untuk belikan makanan kucing dan pasir kucing. Pendek kata, semua benda memerlukan duit. Tak ada duit, kau tak akan ke mana-mana.

Lagi-lagi usia sekarang dalam zaman kos sara hidup tinggi melangit dan harga barang mahal menggila. Bak kata Farahain, harga Yahudi. Haha! Memang kekangan kewangan tu kerap berlaku sebab masih belum melangkah ke alam pekerjaan hakiki. Sekadar bergantung kepada bisnes kecil-kecilan, alhamdulillah rezeki jarang putus walaupun kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Tapi ada masanya juga, tak rasa langsung nak jadi orang yang kaya dan banyak duit. Jadi lupa tiba-tiba, apa benda yang saya nak sangat dalam hidup, sebenarnya?

Hurm. Bila diuji dengan masalah kewangan, barulah kepala dan hati diketuk. Belajar sesuatu dari setiap kejadian yang berlaku. Kan orang kata, di sebalik setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita, ada hikmah di sebaliknya. Salah satu hikmah yang saya pelajari menyebabkan saya rephrased my ambition. Bukan lagi nak ada banyak duit atau jadi kaya.


But untuk dapatkan financial freedom.

Uols tahu tak ape tu financial freedom?

Financial freedom maksudnya uols mampu membuat keputusan dalam hidup tanpa perlu terlalu tertekan dengan kesan kewangan sebab uols da cukup bersedia. You control your finances instead of being controlled by them. Tapi jalan untuk capai financial freedom bukanlah melalui strategi cepat kaya. Ada pelbagai cara kita boleh bina financial freedom, antaranya melalui Pelaburan Unit Amanah. Dan financial freedom tu tak bermaksud uols boleh boros berbelanja benda bukan-bukan lepas tu menyesal, yeee!

Ok, kalau nak lebih faham lagi, saya bagi contoh mudah. Perasaan tak kisah nak bayar road tax kereta setahun sekali tanpa perlu berfikir panjang, seminggu lepas tu uols da lupa da pasal duit yang habis guna bayar road tax kereta. Rasa terkejut tengok kereta calar sebab kena langgar lari, uols pergi la ketuk kat bengkel dan bayar tanpa fikir dua kali, seminggu lepas tu uols dah tak ingat pun kereta pernah calar.

Faham tak perasaan tu? Walau sekejap, itu lah sekelumit financial freedom selama beberapa hari sebelum duit gaji da semakin nipis.

Tapi itu bukanlah financial freedom yang sebenar.

"When you are financially independent, you have options. You don’t have to wonder if your bank account can handle replacing your hot water heater or buying groceries for a single mom who just lost her job." —Chris Hogan

Hurm, gitu lah. Impian saya satu hari nanti I wanna be free from being too stressed over how I spend my money. Moga-moga tercapai, ameen.