Ticker

6/recent/ticker-posts

Review Filem: Captain Marvel

Review Filem: Captain Marvel | Ye, sis kauu baru tengok pagi tadi. Pukul berapa? 9 pagi, kauu. Pertama kali dalam hidup, masuk panggung pukul 9 pagi. Mall pun tak bukak lagi. Jenuh nak cari pintu masuk belah mana. Dahsyat ke tak dahsyat? 😂

Captain Marvel antara filem yang ditunggu-tunggu sebab salah satu daripada filem Marvel jugak. Saya memang peminat filem-filem superhero dari produksi Marvel Studio. Bila kali pertama saya jatuh cinta? The Avengers - tahun 2012. Masa tu tengok dengan kawan-kawan lab, lecturer kami yang belanja. Tengok sekali dengan anak-anak dia. Hahaha. Sejak-sejak tu, terus menjejak filem Marvel yang lain sebelumya. Nasib baik la masa tu baru ada 5 je filem sebelumnya yang memperkenalkan Iron Man, Hulk, Thor dan Captain America.

Setelah The Avengers: Infinity War (2018), semangat nak tengok kesemua filem Marvel selepasnya semakin tinggi. Siapa dah tengok Infinity War mesti tahu kenapa. Adegan terakhir dalam Infinity War menunjukkan hampir kesemua watak dalam The Avengers hilang menjadi debu satu persatu. Siapa je yang tinggal untuk selamatkan dunia? Gituhhh.


Captain Marvel - satu-satunya superhero yang menggunakan nama Marvel tu sendiri, dan filem pertama Marvel Studio yang menjadikan superhero wanita sebagai watak utamanya. Mana lah tak curious nak tengok, kan? Ye, sebelum ni ada je superhero wanita dalam filem Marvel yang lain, tapi Black Widow, Scarlet Witch, Gamora, dan the Wasp tak pernah lagi ada filem diorang sendiri. Nak tengok list filem Marvel Studio, boleh belek kat SINI.

Filem ni membawa kita kembali ke tahun 1995, mengisahkan tentang Carol Danvers yang menjadi Captain Marvel setelah bumi menjadi mangsa kepada konflik galaksi antara dua dunia makhluk asing. Haa. Gitu je sinopsis dia. Taknak cerita lebih-lebih. Spoil nanti. Hahaha!

Apa yang menarik tentang filem ni yang menyebabkan peminat filem Marvel kena tengok?

  1. Kemunculan Nick Fury (dan Phil Coulson) dengan sempurna kedua-dua belah matanya akan menyebabkan uols yang tak baca sinopsis, tapi mengikuti filem Marvel - terdetik dalam hati, "eh maksudnya Captain Marvel ni muncul sebelum The Avengers lagi!"
  2. PENTING! Dalam filem ni lah rahsia dan sejarah sebelah mata Nick Fury menjadi buta.
  3. Sejarah nama Avengers sebagai kumpulan superhero pertama di bawah Nick Fury.
  4. Post-movie scene yang berkait rapat dengan Avengers: Endgames yang akan keluar pada bulan April.
  5. Penampilan khas the late Stan Lee sebagai cameo, antara yang dia sempat shoot sebelum meninggal dunia, dan ini bukan yang terakhir.

Apa yang saya rasa semasa dan selepas menonton filem Captain Marvel?

Jujur cakap ya, awal filem agak membosankan, dan serius hampir-hampir rasa nak keluar panggung. Ye lah, filem ni nak perkenalkan watak Captain Marvel kan, lebih banyak la pasal background dia awal-awal tu. Ada beberapa scene yang buat saya geleng kepala dan tergelak kecil sebab rasa macam "kelakarnya scene ni" - which means scene yang buruk dan annoying. Terutamanya scene keluar dari dalam laut. Mendeee oi. 😑

Nasib baik kemunculan Nick Fury menyelamatkan keadaan seorang Sunah yang dah tersandar longlai kat kerusi. Kahhhhh! Baru lah jalan ceritanya jadi lebih menarik dan make sense - walaupun subtitle kat bawah filem tu gap antara huruf dia jauh sangat sampai merumitkan seketul Sunah nak habiskan membaca dan banyak kali terlepas subtitle sebab terkejar-kejar nak tengok scene dengan nak tengok subtitle. Ahhh pedulikan saje! Ye, saya masih perlukan subtitle untuk filem-filem macam ni, kalau ada subtitle bahasa Inggeris lagi bagus sebab pronunciation setiap orang berbeza-beza untuk kita tangkap apa yang dia sebut.

Pertengahan cerita, satu panggung terhibur dengan kemunculan kucing bernama Goose yang comel. Geram tengok keletah dia, tau! Tapi tapi tapi, sampai satu tahap ada jugak la rasa annoying dan tak perlu pun watak ni sebenarnya. Macam takde function je. 😒

But, ok. Akhirnya, boleh diterima. 😼

Penghujung cerita, saya nampak Captain Marvel ni macam ada bayang-bayang Iron Man. Ok, tu je. Hahaha. 7.5/10 bintang.

Kalau uols nak tahu siapa sebenarnya Captain Marvel ni dan sejarah dia, sila lah ke panggung berdekatan yeee~ Jangan lupa tau duduk lepas habis movie, ade dua kali post-movie scene, pertama sebelum kredit, kedua selepas habis semua kredit. Yang pertama tu lebih penting daripada yang kedua. Yang kedua, tak nak tengok pun takpe.

Ok bye!

Post a Comment

9 Comments

  1. Tengok promo sana sini macam havoc juga filem ni. Bagi peminat Marvels excited la kan

    ReplyDelete
  2. Adeh! baca review macam bosan jerrr citer ni hahaha...

    ReplyDelete
  3. nakkk tengokkk cerita ni.. nantilahhh

    ReplyDelete
  4. xdpt nak tgk..bby xleh berpisah dari ibu nya..🤣🤣

    ReplyDelete
  5. review macam tak berapa best aje. tapi teringin jugak nak tengok.

    ReplyDelete
  6. Ramai kata tak best hahahaha nasiblah Sis ko ni memang tak minat cite hero-hero ni hehehe...

    ReplyDelete
  7. best tgk huhu
    bgi syalah 8/10
    x sabar nak tunggu next Avengers

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com