Sakit Lutut! Apa Yang Kita Boleh Buat?

Sakit Lutut! Apa Yang Kita Boleh Buat? | Beberapa hari ni, lutut sebelah kanan terasa agak kurang selesa dan sedikit sakit bila sujud dalam solat. Umur baru 30-an, tapi dah ada sakit lutut. Aduhai. Macam orang tua, kata mak saya.

Nak buat macam mana. Saya pasti, pernah accident kecil jatuh motor masa degree dulu antara penyebab utama juga kepada kesan jangka panjang kepada kesihatan lutut sekarang ni. Duduk bersila dalam keadaan yang lama pun rasa seksa.

Sumber: Kompas Lifestyle

Bukan tu aje, berat badan yang semakin bertambah pun antara faktor yang boleh menyebabkan kita sakit lutut. Kaki tak mampu nak menampung berat, akhirnya lutut menjadi mangsa. Bah kan, kerja sambilan sebagai baker, membuat tempahan dengan berdiri lama, juga antara yang paling menjejaskan lutut seketul Sunah.

Saya ingat lagi, masa ke Osaka dengan encik suami tercinta pada bulan Mac tahun 2017. Cuaca yang terlalu sejuk kat sana dan duduk lama dalam train dari satu tempat ke tempat lain menyebabkan lutut saya sangat sakit apabila kaki dibengkokkan. Sukar sekali nak naik turun tangga. Kalah kepada warga tua Jepun kat sana. Sampai ada mak cik Jepun tu gelak kecil tengok saya pegang handle tangga sambil menapak satu per satu anak tangga turun ke bawah di stesyen keretapi.

Macam tu lah agaknya apa yang mak saya rasa dengan sakit lututnya. Uols kalau tak ada sakit lutut, jaga lah baik-baik kaki tu ya. Jangan sampai dah jadi, baru nak terngadah. Sobs. Bila da kerap sakit ni, banyak lah cari fakta-fakta untuk kurangkan sakit lutut tu. Saya kongsikan kat sini ya!

Sumber: Livewell Alert

Sumber: Sirap Limau

Buat 5 Perkara Ini:

1. BUAT SENAMAN KARDIO

Senaman seperti berjalan, berenang dan aerobik air menguatkan otot-otot sekitar lutut dan meningkatkan fleksibiliti. Stretching dan Tai Chi juga dapat membantu kurangkan sakit lutut dalam jangka masa panjang.

2. BALUT LUTUT

Balut lutut dengan bandage yang sesuai. Ia dapat mengurangkan sakit pada otot dan tisu sekitar lutut. Uols juga boleh mendapatkan pembalut lutut jenis sarung di farmasi. Jenis ini adalah yang lebih mudah dipakai.

3. TUAM AIS

Jika lutut bengkak, letak ais dalam tuala dan letak pada lutut untuk kurangkan bengkak dan sakit. Tuamkan buat beberapa ketika dan uols akan rasa hasilnya sejurus selepas itu.

4. JAGA BERAT

Badan yang berat boleh memberi tekanan pada otot lutut. Sebaiknya, kurangkan sedikit berat badan dengan diet yang sihat agar lutut boleh menampung berat badan. Baiklahhhh!

5. GUNA ALAT BANTUAN

Jika sukar berjalan, guna alat bantuan seperti tongkat untuk mudahkan pergerakan. Terutamanya apabila uols berhasrat untuk berjalan jauh seperti membeli-belah di pasaraya atau mengikuti rombongan beramai-ramai.

Sumber: Hasrul Hassan

Elakkan 5 Perkara Ini:

1. DUDUK LAMA

Memang sakit lutut kalau kita banyak berjalan. Tetapi, sebenarnya duduk terlalu lama boleh melemahkan otot terutamanya otot lutut. Sesekali bangun dan berjalan.

2. TERJATUH

Lutut sakit menyebabkan cara uols berjalan tidak berapa stabil, dan secara tak langsung berpotensi untuk jatuh. Pegang susur tangga dengan kuat jika naik tangga.

3. SENAMAN BERIMPAK TINGGI

Bersenam memang digalakkan tapi jangan lakukan senaman seperti melompat, berlari dan mencangkung kerana ia menambah lagi kesakitan pada otot lutut. Lakukan senaman yang mudah dan perlahan. Aduuuh, dah kena kurangkan jogging. Dah tak dapat nak join run lagi. Buat aerobik je la kat rumah.

4. PAKAI KASUT YANG TIDAK SESUAI

Elak pakai kasut yang boleh memberi tekanan pada kaki. Maka, janganlah pilih kasut yang cantik dari luaran saja tanpa memberi perhatian kepada bahagian tapaknya. Jika masih tidak selesa, letak cushion insoles dalam kasut untuk mengurangkan stress pada lutut sewaktu berjalan. Aksesori ini boleh dibeli di kedai kasut atau kedai peralatan aksesori.

5. MELUTUT DALAM TEMPOH LAMA

Melutut terlalu lama boleh menyebabkan kecederaan pada tisu otot. Jadi, lakukan kerja dengan selesa secara duduk atau berdiri dengan berselang-seli.

Hurmmm.

5 perkara yang kena elakkan tu laaa yang paling kerap seketul Sunah buat. Patut la makin sakit lututnya ni.

Kena beringat-ingat je la lepas ni.
Sakit Lutut! Apa Yang Kita Boleh Buat? Sakit Lutut! Apa Yang Kita Boleh Buat? Reviewed by Sunah Sakura on March 23, 2019 Rating: 5

4 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.