Melawat Muzium Kapal Selam, The Shore Sky Tower dan Jonker Street, Melaka

Melawat Muzium Kapal Selam, The Shore Sky Tower dan Jonker Street, Melaka | Kan da cakap, ada lagi entri Melaka belum habis. Kali ni saya gabungkan saje 3 tempat ni sekali. Santai-santai aje ya.

Muzium Kapal Selam Melaka


Muzium ni terletak di Klebang, Melaka.Kami lawat pada hari Ahad, sementara menunggu event Malaysia Surcasting Tour menghampiri waktu penamat. Tiket masuk dewasa RM5, kanak-kanak bawah 12 tahun RM2, kanak-kanak bawah 6 tahun masuk percuma. Boleh tengok gambar kat bawah.


Kapal selam ni merupakan Kapal Selam SMD Ouessant yang diserahkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia kepada Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2012. Masuk aje ke dalam kapal selam, terus rasa macam manaaaaa la anak-anak kapal selam ni bekerja dalam kawasan yang sebegini sempit. Fuhhh. Uols tengok la sendiri~







Sepanjang masa dalam ni, seketul Sunah asyik terkenang-kenang filem PASKAL. Sampai dak Ain pun rakam video seketul Sunah tengah khusyuk meneliti segenap ruang sambil dia sebut "peminat PASKAL." Hahaha! Tapi kan, memang menjadi tanda tanya dalam hati sampai sekarang, macam mana ek diorang nak lalu dalam kapal selam ni? Dengan laluan hanya muat untuk seorang pada satu-satu masa. Mesti ada rules and regulations dia kan?


Kat muzium ni jugak ada dipamerkan dua buah jet pejuang udara replika berserta dengan pakaian juruterbangnya. Tak lama sangat kat sini sebab kitorang antara yang spend masa lama sangat dalam kapal selam, orang lain da tunggu nak balik ke Pantai Puteri. Huhu!


Facebook Page:

#MuziumKapalSelam

The Shore Sky Tower Melaka

Kitorang ke sini lepas dinner kat Ramada Plaza Melaka. Sebelah hotel aje The Shore Shopping Galery ni. Sky Towernya adalah kat rooftop kompleks membeli-belah ni. Kena beli tiket dulu kat kaunter di tingkat 42. Nak naik ke tingkat 42 tu, mula-mula ambil lif di The Shore Hotel & Residence (Tower 1) ke tingkat 41. Kemudian, naik lif atau tangga ke tingkat 42. Kaunter tiket depan lif tu aje.


Harga tiket dewasa RM23.50, kanak-kanak 3 hingga 12 tahun RM17. Bila da beli tiket, bermula lah pengembaraan uols. Menapak dari level 42 tu untuk naik ke tingkat 43, which is the rooftop yang luas. Sape yang gayat, memang kena berani mati la nak naik sebab dinding rendah tingkat 42 tu adalah dinding kaca. Uols boleh nampak bandar Melaka sambil menapak tu.




Bahagian rooftop tu uols boleh nikmati puas-puas lah. Tengok bandar Melaka di malam hari, tengok bulan dan bintang guna teleskop, ambil gambar dekat lantai kaca yang nampak background bandar Melaka, OOTD, dan macam-macam lagi. Duduk-duduk santai aje pun boleh. Then dah puas, boleh turun semula ke bawah. Sape yang gayat, jangan risau. Tak lalu dah jalan tadi, ikut jalan lain yang takde lantai kaca. Hihi.

Dibuka setiap hari, 10.30 pagi - 10.00 malam.

Facebook Page:

Instagram: 

#TheShoreSkyTower #TheShoreMelaka 

Jonker Street, Melaka

Dari The Shore Sky Tower, kitorang terus ke sini. Ada jugak yang dah penat, terus balik ke hotel. Jonker Street ni mula-mula saya ingatkan macam Bazar Karat, JB. Rupanya tak. Disebabkan kami gi sana da lewat, banyak kedai da nak tutup.




Syahmi belanja semua orang air kelapa. Unik air kelapa dia sebab takde kulit kelapa. Tinggal isi kelapa bulat tanpa kulit yang ditebuk dengan straw untuk diminum airnya. Dak Ain suke betul makan isi kelapa tu, koyak-koyakkan sambil berjalan. Tu je la yang best.

Selebihnya, takde ape sangat lah. 👀

Facebook Page:

#JonkerStreet #JonkerStreetMelaka

Untuk cari souvenir, esoknya kami ke Uptown Pahlawan Walk, Banda Hilir. Rembat la fridge magnet seketul untuk diri sendiri.

Tinggal satu lagi kisah di negeri Melaka, antara pengalaman yang paling syokkkk sekali!

Tunggu tau!

#VisitMalaysia2020 #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia

9 comments:

  1. Bestnyaaa teringin nak pergi muziun kapal selam tu..

    ReplyDelete
  2. Banyak tempat menarik kat Melaka ni

    ReplyDelete
  3. g melaka tak hajak..xmo kawan sunah..hihi

    ReplyDelete
  4. Terasa-rasa kegayatannya berdiri sekejap amik gambo di hujung kaca nun sanaaa..adeii gayat gileee, sampai tak pandang bawah hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. Kita pun terbayang paskal tiap kali sebut atau nmpk gbr kapal selam

    ReplyDelete
  6. wow museum kapal selam tu ohsem rupanya dalam dia !!

    ReplyDelete
  7. Muzium kapal ni masa mula² dibuka utk orang awam akak dah pergi.. Cuma tak masuk je ke dalam. Tapi serious mmg besau kan

    ReplyDelete
  8. belum pergi lagi dekat muzium kapal selam ni..

    ReplyDelete
  9. belum pernah sampai lagi Klebang. Melaka memang banyak tempat menarik kan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com