Akademi Nik Rashiddin, Bachok, Kelantan, Bukan Sekadar Seni Ukiran Kayu

Akademi Nik Rashiddin, Bachok, Kelantan, Bukan Sekadar Seni Ukiran Kayu

Bermahkota bukannya raja
Berbelalai bukannya gajah
Bersisik bukannya ikan
Cuba teka apakah ia?

Indah benar bait-bait kata dalam serangkap pantun yang tertera pada pas lawatan ke Akademi Nik Rashiddin, Bachok, Kelantan. Dah boleh teka apa benda yang dimaksudkan dalam pantun tu? Kalau belum, jemput baca lagi sampai jumpa.

Kalau ke Kelantan, jangan lupa datang ke sini. Akademi Nik Rashiddin (sebelumnya dikenali sebagai Pusat Sumber Kandis) dibina pada tahun 2000. Ia merupakan pusat tradisional, ilmu dan warisan Ukiran Kayu Melayu.

ANR dibangunkan oleh almarhum Nik Rashiddin Hj. Nik Hussein, anak jati Kota Bharu yang membesar dalam dunia kesenian dan kraftangan tradisional Melayu Pantai Timur. Di ANR, uols akan dibawa menyelami seni ukiran kayu lama yang diterapkan pada rumah kayu, keris, dan perabot-perabot lama.


Masuk saja ke dalam kawasan ANR, mata terus tertancap pada sebuah rumah kayu lama yang masih kukuh berdiri. Rumah Terengganu atau juga dikenali sebagai Rumah Tiang 12, asalnya adalah rumah almarhum Nik Rashiddin. Rumah tersebut biarpun sudah berusia 190 tahun, tetap dijaga elok, dijadikan sebagai muzium dan dikekalkan untuk tujuan penyelidikan.



Menurut Puan Rosnawati bt. Othman yang merupakan bekas pensyarah senibina di UTM Skudai, Johor, mereka banyak menerima lawatan dari pelajar universiti terutamanya dari bidang senibina.  Mereka datang untuk belajar tentang ukiran kayu, aktiviti seni kraf dan cenderamata. Malah, ada juga yang datang untuk menyertai bengkel daun kelapa di kebun kelapa ANR.



Selain daripada tu, kat ANR juga ada office gallery yang menempatkan pelbagai jenis ukiran keris, tandu raja, perabot lama istana, dan juga burung gagak sura. Nah, ini dia benda yang dimaksudkan dalam pantun kat atas. Burung gagak sura atau burung belalai merupakan ukiran kayu yang akan diletakkan tandu di atasnya semasa kenaikan putera raja. Ukiran pada tandu kat ANR ni ada sikit sentuhan seni Cina. Kena tenung lama-lama sikit ya, nak cari mana sentuhan seni Cina tu.



Paling banyak kat office gallery ni adalah ukiran kepala dan sarung keris. Kat sini lah adanya Keris Tajong, simbol dan identiti kepada masyarakat Melayu, sinonim dengan air tangan almarhum Nik Rashiddin. Keris tersebut diukir indah, secara fizikalnya sangat unik dan mempunyai nilai-nilai intrinsik tersembunyi. Almarhum Nik Rashiddin semasa hidupnya, menerima pelbagai tempahan ukiran keris, setiap satunya akan dihasilkan simbolik kepada tuannya. Jadi, tak akan ada kepala keris yang sama dengan orang lain.



Mendengar Puan Rosnawati bercerita dengan begitu bersungguh-sungguh, saya dapat rasakan betapa sayangnya beliau pada warisan yang ditinggalkan ni. Rumah kayu macam kat ANR ni hanya ada satu-satunya kat situ, perlukan penjagaan yang sangat rapi daripada serangan anai-anai dan perubahan cuaca. Selama ni, diorang dapat dana dari pihak tourism dan juga individu korporat untuk maintenance, demi memelihara tradisi yang semakin ditelan zaman.



Kalau uols nak tahu, akademi ni ada sediakan tour packages, aktiviti penyelidikan dan perundingan dalam seni bina ukiran kayu untuk segenap lapisan masyarakat yang datang ke sini, tak kira la uols student sekolah rendah ke, menengah ke, universiti ke, artis ke, karyawan ke, penyelidik ke, asalkan uols pencinta seni, diorang sangat mengalu-alukan kedatangan uols.

Jemput lah datang tau!


Akademi Nik Rashiddin
Galeri & Muzium Warisan Langkasuka

Lot 225, Kg. Kandis, KM6, Jalan Tok Bali, 16310 Bachok, Kelantan

PAKEJ LAWATAN

Pakej A (Lawatan Akademik Biasa)
- Taklimat Ringkas
- Lawatan Berpandu

Pakej B (Lawatan Akademik & Projek Bertema)
- Taklimat Ringkas
- Lawatan Berpandu
- Projek Bertema tumbuhan asli Kg. Kandis

Pakej C (Lawatan Akademik & Aktiviti Seni/Kraf)
- Taklimat Ringkas
- Lawatan Berpandu
- Aktiviti Seni: Kraf/Cenderamata/Lukisan Ukiran

Pakej D (Lawatan Akademik & Kuliah Input)
- Taklimat Ringkas
- Lawatan Berpandu
- Kuliah Input

Waktu Buka
Ahad - Khamis: 10.00 pagi - 6.00 petang
Jumaat - Sabtu: Tutup (Kecuali dengan temujanji)

Bayaran Masuk
Dewasa: RM35.00
Pelajar IPT: RM25.00
Pelajar Sekolah: RM10.00
Kanak-kanak bawah 6 tahun: PERCUMA

Pertanyaan & Program
Puan Rosnawati Othman
012-684 7350
rosnawatiothman@gmail.com

Facebook:

5 comments:

  1. Bangunan warisan yang patut dipulihara untuk tatapan sepanjang zaman.

    ReplyDelete
  2. Oooo.....ok...mmg syg kalau dibiarkan rumah cenggini...semoga teris terjaha...teringij nak pegang sendiri ukiran2 tu smuaaa

    ReplyDelete
  3. Boleh di ketengahkan dan di promosikan lagi tempat ni, macam ramai tak tau kannn..

    ReplyDelete
  4. mengapakah gambar kmk ada masuk di sia...

    tapi sik pa...sik penting pun hahahha

    BTW tahniah kerana berjaya menulis artikel hebat ini

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com