Bersua Muka Dengan Rakan Blogger Sarawak di Kelantan

Bersua Muka Dengan Rakan Blogger Sarawak di Kelantan | Hai, da tengok Avengers: Endgame ke tu? Jangan nak kasi spoilers eh. Geram betul lerr dengan yang riak sangat share spoilers. Memang tengok awal-awal semata-mata nak spoil the movie ke? 😒

Emo betul sis kauu. Ye le, belum sempat nak tengok lagi ni. Hahaha!

Ok lah, berbalik kepada tajuk entri. Masa ke Kelantan hari tu, Allah takdirkan pertemuan kami yang berasal dari satu negeri yang sama. Saya tahu pun malam sebelum bertolak ke Kelantan, bila kebetulan nampak feed blogger Tuan Hanafi kat Facebook yang memaklumkan dia dah tiba di Kota Bharu.

Terus saya belek Facebook dia. Dia ada bergambar dengan seorang lagi blogger bernama Abang Fadli. Saya bukak lah Facebook blogger tu. Lahhh, blogger ni saya memang follow kat instagram sebab suka tengok gambar-gambar travel dia. Tak sangka pulak dia orang Sarawak. Tengok nama kat Facebook baru la tahu dia orang Sarawak dari nama "Abang" kat depan tu. Terus saya add friend request malam tu jugak. Laju je Abang Fadli approved.

Tak tido lagi gamaknye kat Hotel Perdana Kota Bharu tu sebab hotel cantik sangat. 😂

Bila saya tanya Tuan Hanafi, ada apa kat Kelantan, dia jawab ada nak cover story sikit. Saya macam boleh agak story apa. Mesti sama dengan story kami juga. Entah betul, entah tidak, kita tunggu lah esoknya macam mana.

Dan akhirnya kami bertemu di Akademi Nik Rashiddin, Bachok, Kelantan. Masing-masing terjenguk-jenguk, "eh, macam kenal aje!" Hahaha!

Kredit gambar: Abang Fadli

Kami rakamkan gambar kenangan kat sini. Guna gopro Abang Fadli aje. Sebelah kanan dalam gambar, Tuan Hanafi. Sebelah kiri, Abang Fadli. Canggih, tiap dua saat kamera tu amek gambar sendiri. Berpeluang lerr seketul Sunah tengok macam mana instatravelpamous ni buat kerja di sebalik tabir. Kekadang jadi tukang pegang kamera gopro dia jugak time dia tak bawah sekali monopod. Perghhhh, rasa berbakti pada negara walaupun sekadar pegang gopro. 😂

Gambar ni la kita tolong pegangkan kamera gopro yang berkelip amek gambar setiap dua saat. Hahahah!

Nah, socmed diorang untuk uols belek:

Tuan Hanafi

Abang Fadli

Alhamdulillah, atas pertemuan dan perpisahan. Walaupun sekejap aje bertemu, macam-macam ilmu dikongsi. Tuan Hanafi dah balik ke Sarawak pada hari terakhir kami kat Kelantan. Abang Fadli pulak, saya jumpa semula dalam trip seterusnya kat Negeri Sembilan. Haa, yang tu nanti kita cerita kemudian.

Banyak sangat ni entri menunggu giliran.

16 comments:

  1. wow..blogger JDT vs blogger Sarawak..:)

    ReplyDelete
  2. wahh.. seronok sunah jumpa org kampung ye.. hehe

    ReplyDelete
  3. Haha suka ayat berbakti pada negara tu win!

    Mesti borak sakan ye jumpa geng hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah! ye le, jangan memainnnn, banyak bakti dia memperkenalkan Malaysia..hahahahahha

      Delete
  4. seronoknya... blogger jdt, sarawak berjumpa di kelantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee..tapi tak jumpa blogger kelantan pulak..haha

      Delete
  5. Lepas ni nak juga bertemu blogger Utara pulak kan hehehee tungguuuu

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaa dapat jumpa blogger2 dr negeri lain ni..

    ReplyDelete
  7. agaknya bila pulak turn kita ya? hehehehe

    ReplyDelete
  8. Sunah buat buat Tak kenal pada mulanya..

    Lawak sungguh la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada....kita memang kenal ok! tuan hanafi je yang tak kenal kita, siap tanya "siapa ye?" hahahah

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com