Drama Nur 2 Dah Mula, Dah Tengok Episod 1?

Sinopsis Drama Nur 2 | Siapa dah tengok episod pertama drama Nur 2 malam tadi? Amacam? Ok tak? Seketul Sunah hampir-hampir terlupa nak tengok. Boleh tidur sekejap lepas Maghrib. Terdengar dak Ibah bersin kuat gilerrr, baru la terjaga blur-blur. Lepas tu join la dia tunggu depan TV.

Drama Nur 2 ni ditayangkan di TV3 pada hari Isnin - Khamis, pukul 10 malam, arahan pengarah Shahrulezad Mohameddin. Sebelum saya ulas lebih lanjut tentang episod pertama, jom baca dulu sinopsis drama Nur 2 dari blog Cik Nor ni.

Sinopsis Drama Nur 2


Ujian demi ujian telah datang kepada Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri. Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati. Jiran mereka terganggu dengan kelas mengaji yang semakin mendapat sambutan, Adam dan Nur perlu mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana.

Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam.

Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya.

Aisyah tersepit antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti.

Aisyah dan Hamadi turut dihalau keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menebal muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mertuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu.

Adakah Hamadi akan insaf atau terus dengan niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang lain yang sentiasa hadir untuk merosakkan seagalanya?

PELAKON: Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, Elmy Moin, Jijie Zainal, Riena Diana, Mathni Razak, Zalif Sidek, Zaidi Omar, Kuna Muzani, Iman Zulkarnain

Episod Pertama Drama Nur 2

Gap antara drama pertama Nur dengan drama Nur 2 ni tak terlalu jauh. Memang dia sambung terus aje dari yang first tu. Ada beberapa flashback yang akan membantu kita ingat dan faham perkaitan antara babak-babak yang dipaparkan.

Masa tengok episod pertama ni, terus rasa geram dekat Hamadi sebab tak insaf-insaf lagi. Huh! Sempat lagi dia berceramah kat Aisyah yang datang lawat dia kat penjara, "tempat kau memang kat neraka!" sebab Aisyah tak mampu nak jamin dia supaya keluar dari penjara. Adoii. Kesian Aisyah.

Mak Adam pulak walaupun dia da ok sikit dengan Nur dan da nampak kebaikan Nur, dia masih rasa awkward untuk menerima dari dunia mana Nur tu datang. Masih rasa jijik dengan kehidupan lorong, sampai dia tak pernah langsung lawat Nur dan Adam dekat rumah diorang (rumah Nur dulu).

Adam masih lagi meneruskan kerja-kerja dakwah dia kat lorong. Tapi agak susah dia nak approach orang sebab semua da kenal dia as ustaz dan suami Nur. Walaupun susah, dia tetap dekati jugak orang-orang kat lorong, bagi makanan dan buku-buku bacaan. Niat dia nak buat kawan dulu sebelum mengajak diorang ke arah kehidupan yang lebih diredhai Allah.

Juita? Dia muncul pada hujung episod 1. Eeeee, dah nampak dah kejahatan dan kebusukan hati dia tu! Hahaha! Geram pulak seketul Sunah.

Apa-apa pun, nice la episod 1 pun tak mengecewakan. Tak sabar nak tengok episod-episod seterusnya. Lagu OST dia pun not bad.

Apa pendapat uols pulak?

3 comments:

  1. alamak. yg first dulu pon tak pernah tgk. heee

    ReplyDelete
  2. Yg memula dulu pun kita tk tgk.. cane nak tgk yg baru ni eh? Hehe

    ReplyDelete
  3. tak tengok gi.. nak tnggu banyak2 episode dlu. hahaha CT jenis xleh sabar nk tnggu episode baru kalo da mula tengok.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com