14 Aneka Resepi Rendang Raya Yang Sedap

14 Aneka Resepi Rendang Raya Yang Sedap | Tinggal berapa hari je lagi nak raya kan? Mesti semua dah start plan nak masak apa di pagi raya. Kalau kat Bintulu, mak biasakan kami masak pada malam raya. Terasa meriahnya. Yang perempuan sibuk kat dapur, yang lelaki sibuk mengemas kat depan.

Tahun ni, macam biasa lah, menu rendang mesti ada. Selain rendang, mungkin ada kuah kacang. Tengok nanti mak request apa. Tapi macam teringin nak buat rendang tok pun ada jugak. Kat Sarawak jarang-jarang nak jumpa. Jadi, bila dah jumpa resepi aneka rendang kat Facebook, terus save.

Saya share jugak kat sini ya, kalau-kalau ada yang mencari. Sumber Facebook - Resepi Sedap

1. Rendang Ayam Hijau - Kak Yatie Sinar Kehidupanku


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus-Yatie tambah
1/2 cwn minyak utk menumis
sedikit air jika perlu

Bahan Kisar:
4 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
4 tangkai cili hijau-Yatie tambah
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar-Yatie tambah
5 ulas bawang putih

Cara Memasaknya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula dan garam secukup rasa.
  3. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
  4. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
  5. Sedia untuk dihidangkan.


2. Rendang Tok


Bahan-bahan:
1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga

Cara Memasak:
  1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
  2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
  3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
  4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
  5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
  6. Hidangkan dan sedia dinikmati.

3. Rendang Ayam Opah


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
2 cawan santan
2 sudu kerisik
2 helai daun kunyit diracik halus
minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
21 batang cili kering
2 labu bawang besar
4 ketul kunyit hidup
1 sudu ketumbar
2 biji buah keras
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas

Cara-cara membuatnya:
  1. Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan santan dan ayam, gaul rata. 
  3. Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.
  4. Masukkan kerisik kacau rata. Perasakan dengan garam gula.
  5. Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang.

4. Rendang Berempah


Bahan-bahannya:
1 ½ kg ketul ayam (saiz ketulan ayam yang dibelah 16)
2 cawan santan sawit KHALIS (Boleh juga guna pati santan kelapa biasa)
200 gm kerisik
1 keping asam keping (asam gelugor)
Beberapa helai daun limau purut
4 – 5 biji cili padi merah, dipatahkan (opsyen)
3 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa

Bahan-bahan No. 2
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk cili halus
Air suam secukupnya
(Bahan-bahan no. 2 disatukan dan dibancuh dengan air suam, dijadikan pes)

Bahan-bahan No.3
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
5 cm halia
Air suam secukupnya
(Bahan-bahan No. 3 disatukan dan diblend halus)

Bahan-bahan ditumis:
1 senduk nasi minyak untuk menumis
2 batang serai – diketuk
2 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Penyediaannya:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali besar. Tumis serai, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan No. 2 yang telah dijadikan pes. Kacau rata dan biarkan ia masak seketika (selama 5 minit) sehingga naik bau.
  3. Masukkan pula bahan-bahan No. 3 yang telah dikisar halus dan dikacau rata. Masak sehingga terbit minyak.
  4. Setelah terbit minyak bolehlah dimasukkan ayam. Kaup balikkan ayam dengan adunan rempah tadi sehingga bersalut. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah dimasukkan 1 cawan air. Perlahan api, dan biarkan ayam mereneh selama lebih kurang 10 minit.
  5. Kemudian masukkan santan, kerisik, gula merah, garam secukup rasa, asam keping, daun limau purut dan cili padi merah. Kacau rata dan masak sehingga ayam empuk dan kuah agak pekat. Gunakan api yang sederhana dan kaedah mereneh.
  6. Sekiranya suka rendang berkuah, janganlah masak sehingga kering. Sebaiknya setelah ayam telah empuk, bolehlah diangkat.

5. Rendang Cili Api


Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 - 1 1/2 kotak santan kotak
2 - 4 batang serai - ketuk
2 sudu besar cili kering kisar - opsyenal untuk cantikkan warna supaya kemerahan
1 keping asam keping
4 keping daun limau purut - opsyenal. Saya letak sebab guna serai 2 sahaja
1 sudu besar kerisik
Garam
Gula
Sedikit serbuk kunyit - jika perlu
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
7-10 tangkai cili padi kampung - boleh tambah
4 hirisan nipis lengkuas

Cara cara:
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan cili kisar hingga air agak kering sedikit. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
  2. Masukkan santan dan air secukupnya. Bila mendidih masukkan asam keping, gula dan garam. Bila hampir terbit minyak, masukkan kerisik. Jika masuk daun limau purut, boleh masukkan ketika ini.
  3. Masak sehingga rendang hampir kering dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dinikmati.

6. Rendang Daging


Bahan masak rendang daging sedap:
1 biji bawang besar (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
2 sudu besar pes rendang
10 tangkai cili kering (rebus dan dikisar asing)
2 sudu jintan manis (kisar kering)
2 sudu ketumbar (kisar kering)
2 sudu jintan putih (kisar kering)
125ml santan pekat
4 sudu makan kerisik (dikisar halus)
Garam, gula & air asam jawa secukup rasa
Daun limau (hiris utk hiasan)

Saiz hidangan : 2-3 orang

Cara Buat Rendang Daging Sedap:
  1. Rebus daging dahulu selama sejam atau lebih. Pastikan daging empuk. Tips lembutkan daging ada orang letak daun betik/biji kurma masa rebus daging tu. Air rebusan daging jangan buang.
  2. Masukkan minyak ke dalam kuali, tumis bahan kisar, cili kisar dan masukkan sekali pes rendang. Biarkan sampai naik bau dan tumisan sedikit kering.
  3. Masukkan pula bahan kisar kering. Gaul rata.
  4. Masukkan kerisik. Gaul tumisan ni sampai kering sikit.
  5. Bila tumisan dah kering sikit, masukkan air asam jawa. Asam jawa ni tak payah banyak sangat. Letak secubit pun cukup. Buat rasa masam sikit-sikit je kat masakan rendang. Kalau terlebih nanti rendang rasa masam sangat. Biarkan sampai kuah tumisan kering sedikit.
  6. Masukkan daging yang da siap rebus awal-awal tadi.
  7. Air rebusan daging jangan buang sebab korang boleh guna untuk masukkan dalam masakan rendang jugak. Tujuan untuk menambah lagi rasa pada masakan
  8. Masukkan santan pekat. Gaul rata dan biarkan masak hingga kuah rendang kering. Guna api slow.
  9. Tunggu sampai kuah rendang kering. Gaul rata. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.
  10. Bila dah masak, hias dengan hirisan daun limau untuk bau wangi pada masakan.

7. Rendang Ikan Tongkol


Bahan A:
1 ekor ikan tongkol - gunakan 2 ekor - 1 kg - ketepikan bahagian kepala
3 cawan santan dari sebiji kelapa
2 sudu makan kerisik
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit - dihiris halus
3 helai daun limau purut - dikoyak
1/2 cawan minyak masak
garam secukup rasa
sedikit gula

Bahan B: dikisar
15 tangkai cili kering - gunakan 30 biji cili padi hijau
5 biji cili api
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
Amie tambah 2 inci kunyit hidup
1 sudu teh serbuk ketumbar - tidak gunakan
1 sudu teh serbuk jintan manis - tidak gunakan

Cara:
  1. Potong ikan dan bersihkan.
  2. Panaskan minyak dan tumis Bahan B. Kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ikan tongkol, santan, kerisik, daun limau purut, garam dan asam gelugur.
  4. Masak hingga pecah minyak dan pekat.
  5. Masukkan daun kunyit. Kacau rata dan angkat.

8. Rendang Johor


Bahan-bahan:
1 ekor ayam, dipotong kecil
4 sudu besar puri tomato
1 tin Krimer Sejat MARIGOLD
2 batang serai, diketuk
2 helai daun limau purut
Jus dari setengah biji lemon
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk perapan ayam:
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh garam

Bahan-bahan untuk dikisar:
3 batang serai
2 inci lengkuas
2 biji tomato
5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
4 biji buah keras
20 tangkai cili kering, dibuang biji
5 biji cili merah, dibuang biji

Bahan-bahan untuk ditumis:
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

Bahan hiasan:
Daun ketumbar, dicincang
Daun bawang, dicincang

Cara penyediaan:
  1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.
  2. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya untuk menggoreng; goreng ayam sehingga separuh masak.
  3. Dalam kuali berasingan, tumis biji buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Tambahkan puri tomato bersama-sama bahan kisar dan terus tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam diikuti Krimer Sejat MARIGOLD dan gaul rata sehingga semuanya sebati.
  5. Biarkan ayam mereneh dalam kuahnya sehingga pecah minyak. Selepas itu, masukkan serai yang diketuk, daun limau purut dan jus lemon.
  6. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kemudian, tambahkan air sehingga mencapai kepekatan kuah yang diingini.
  7. Gaul rata sehingga semuanya sebati dan renehkan sebentar. Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun bawang sebelum dihidang bersama nasi atau ketupat.

9. Rendang Kerang


Bahannya :
3 kilo kerang(rebus & kupas kulit)
5biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 inci halia
2batang serai dihiris
15 tangkai cili kering(rebus)
1 kilo santan
1 keping asam gelugor
daun kunyit
daun limau purut
1 batang serai diketuk.
garam secukup rasa

Caranya :
  1. Kisar cili kering dengan bawang,halia,serai,kunyit,lengkuas sehingga lumat. Kemudian panaskan sedikit minyak utk menumis bahan kisar.
  2. Bila bahan kisar dah naik bau wangi masukkan santan. Kacau sehingga kuah kering sedikit .. kemudian baru masukkan kerang rebus,asam keping , garam secukup rasa.
  3. Apabila hampir kering masukkan daun kunyit dan daun limau purut dan serai yg diketuk. Ikut kekawan lah nak kering macam mana ye.
  4. Lepas tu boleh diangkat dan dihidangkan.

10. Rendang Lokan - Mat Gebu


Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan isi lokan
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 helai daun limau purut
1/3 cawan santan pekat
1 camca besar penuh kerisik
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari ikan (jenama Baba's)
1 keping asam gelugor
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Minyak kelapa untuk menumis (boleh guna minyak masak biasa)

Bahan kisar halus:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus

Cara membuatnya:
  1. Bancuh bahan kisar halus bersama rempah kari, gaul rata. Panaskan minyak kelapa dalam kuali, tumis bahan kisar halus + rempah kari tadi, hingga wangi, masukkan cili kisar, daun limau purut dan asam gelugor, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Tuang air dan santan, kacau dan masak hingga sedikit pekat. Masukkan lokan dan kerisik, gaul rata dan kecilkan api, masak hingga pekat. Tambah gula melaka dan garam secukup rasa, terus memasak hingga hampir kering tapi masih lembap.
  3. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul dan rasa jika ok boleh matikan api. 

11. Rendang Maman Gemencheh


Bahan-bahan:
1 kg daging/1 ekor ayam kampung/itik/10 ekor puyuh/
2 kg sayur maman
2 kg santan/6 biji kelapa (perlu banyak santan)
Cili api RM1.50/ikut suka pedas
8/10 keping asam keping
2 buku kunyit hidup/agak-agak
garam secukup rasa

Cara memasaknya:
  1. Siang daun maman,basuh dan tus lebih awal supaya daun maman tidak terlalu basah.
  2. Bersihkan daging dan masukkkan ke dalam kuali.
  3. Kunyit dan cili api dikisar dan campurkan ke dalam daging tadi.
  4. Kecutkan daging bersama air cili tadi sehingga agak kering,baru masukkan santan. (Kalau kelapa parut, perah lah terlebih dahulu, ambil santan pekat-pekat). Kalau bahan daging tadi agak keras masukkan dulu santan cair. Kalau tiada santan cair, masukkan air cili kisar tadi lebih-lebih.
  5. Kacau bahan daging dan air cili itu supaya rata. Masukkan garam. Kalau puyuh, dagingnya lembut, eloklah dikeluarkan dulu dan biarkan santan itu mendidih sampai pekat.
  6. Setelah pekat masukkan asam keping. Nampak santan tersebut sudah terbit minyak dan pekat baru masukkan daun maman tadi.
  7. Jangan dikacau terlalu kuat, kerana dikhuatiri keluar air pahitnya. Buat perlahan-lahan supaya daunnya semua layu dan tenggelam.
  8. Setelah semuanya layu, barulah dikacau rata-rata dan rasa garamnya.
  9. Biarkan ramuan tersebut pekat semula dan terbit minyak, barulah boleh diangkat untuk dihidangkan.

12. Rendang Minang Ibundo


Bahan-bahan:
1 kilo daging
4 biji kelapa diambil santan pekat (santan cair diketepikan untuk blender bahan)
2 batang serai dihiris *
4 ulas bawang merah *
3 buku bawang putih *
sebesar ibu jari kaki halia dihiris nipis *
3 kali ganda besar halia, lengkuas dihiris nipis *
8 helai daun limau purut diracik *
1 helai daun kunyit yang agak lebar diracik *
cili api mengikut kepedasan yang dikehendaki *
1 sudu besar lada putih

Cara membuatnya:
  1. Santan pekat dijerang sehingga agak pekat.
  2. Bahan-bahan bertanda * diblender bersama sedikit santan cair dan garam dan digaul dengan daging yang telah dipotong-potong. Perap sebentar.
  3. Masukkan daging ke dalam santan dan masak sehingga kering. Rasakan garamnya.

Nota: Apabila kuah pekat dan merecik-recik, ia hendaklah sentiasa di kacau/ aduk supaya tidak melekat.

13. Resepi Rendang Ayam Cili Padi


Bahan-bahan:
10 ketul ayam
15 biji cili api - separuh saya blend dan separuh lagi saya biarkan untuk digaul dengan ayam
2 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 labu bawang besar
Garam secukup rasa
2 helai daun kunyit - dihiris
Semangkuk kecil santan pekat - jika kurang boleh tambah lagi
Sedikit gula
Serbuk perasa

Cara:
  1. Blend cili, serai, halia, lengkuas, kunyit hidup serta 2 labu bawang besar.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan mesin tadi ke dalam kuali.
  3. Masukkan ayam masak sehingga kering, masukkan santan.
  4. Masukkan garam, gula serta serbuk perasa. Kacau hingga kering dan pecah minyak.
  5. Masukkan hirisan daun kunyit, lebihan cili padi dan bawang besar, suaikan rasanya dan siap untuk dihidang.

14. Resepi Rendang Ayam / Daging Ala Sarawak


Bahan A:
1 ekor ayam / 1 kilo daging 
Santan (1 biji kelapa) 
4 helai daun kunyit (dihiris halus) 
Kerisik (1/2 biji kelapa) 

Bahan B:
1 inci halia (dikisar) 
4 biji bawang merah (dikisar) 
10 biji bawang putih (dikisar) 
½ camca tepung kunyit 
1 sudu makan serbuk jintan putih 
1 sudu makan serbuk jintan manis 
2 batang serai (ditumbuk) 
Beberapa biji cili padi (ikut selera sendiri) 

Cara membuatnya:
  1. Cuci ayam/daging sampai bersih. Tos kan. Gaulkan semua bahan B dengan ayam / daging. 
  2. Masak ayam/daging sehingga keluar air ayam/daging itu sendiri. Masuk kan santan sedikit demi sedikit. Selepas itu masuk kan kerisik dan daun kunyit. Pastikan ayam/daging masak sampai empuk dan masuk kan garam dan ajinomoto(orang sarawak memang guna perasa) mengikut citarasa sendiri. 
  3. Akhir sekali biar kan air santan kering dan padam kan api apabila ayam/daging sudah benar2 masak.

Haaa pilih lah yang mana satu nak. Semua pun nampak sedap. Adoiii. Selamat mencuba!

6 comments:

  1. Perghhh gigih juga seketul Sunah buat entri rendang ni hehehehe...
    Rendang Mat Gebu juga tetap menjadi pojaan hatiku hahahaha

    ReplyDelete
  2. raya ni teringin nk mkn opor daging

    ReplyDelete
  3. Suka no 1 tu rendang hijau, bau dia sedap...rendang kerang tu belum pernah cuba lagi

    ReplyDelete
  4. Tak pernah tahu ada rendang ikan tongkal. terima kasih berkongsi :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com