Ticker

6/recent/ticker-posts

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Jika Berlaku Kemalangan Depan Mata?

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Jika Berlaku Kemalangan Depan Mata? | Allahu, pengalaman ngeri bagi saya baru berlaku malam tadi. Balik ke Skudai dari rumah kak Ayu di Felda Sg Sayong, ambil jalan yang lalu Felda Taib Andak. Siapa yang biasa lalu situ tentu faham macam mana suasananya bila malam. Tak ada lampu di kebanyakan kawasan. Jalan pula tak cukup rata dan banyak bukit. Kalau memotong, agak berbahaya.

Malang tak berbau. Kak Ila kalau drive, memang laju dan dia tak suka kalau kereta kat depan dia bawak slow macam siput. Jadi kebanyakan masa, memang dia akan memotong kereta depan. Tapi bila nak sampai ke kawasan berbukit dan nampak cahaya lampu dari sebalik bukit, dia akan terus masuk semula ke lane kiri.

Allah nak kata jadi, malam tadi kereta agak banyak. Orang dah mula balik ke kampung halaman agaknya. Ada satu kawasan kat Jalan Kulai-Kota Tinggi dari KYPJ ke Felda Taib Andak, betul-betul sebelum Restoran Makan Selera tepi jalan tu, agak berbukit. Sepatutnya tak boleh memotong kalau kat situ. Kak Ila potong satu kereta kat depan kami, dan segera masuk semula ke lane kiri sebab ada nampak cahaya lampu kereta dari sebelah sana bukit. Tapi ada satu kereta Viva putih ni, dia tetap duduk kat lane kanan. Dia bawak slow and steady aje. Langsung tak laju.

Kami jadi saksi, kereta Viva tu bertembung dengan kereta Kancil di depannya. Dua-dua cuba mengelak tapi da last minute sangat, kereta Viva terbabas ke dalam semak, kereta Kancil terpusing sedikit dan terus melintang di tengah jalan kesan dari impak pelanggaran. Masa ni jantung memang rasa nak tercabut dah. Accident betul-betul depan mata, dah sikit meraung rasa nak nangis sambil pegang tangan kak Ila. Kami berhenti tepi jalan dan pasang lampu emergency. Kereta depan dan belakang kami pun berhenti kat tepi.

Dari dalam kereta saya nampak pemandu kereta Kancil tu keluar terhincut-hincut. Saya terus call 999 dari dalam kereta. Tu je yang terlintas kat otak masa tu. Call kali pertama, terputus. Call kali kedua baru dapat bercakap. Agak sukar nak bagitahu lokasi sebab malam gelap tak nampak apa-apa. Dengan bantuan orang kampung yang lalu dan berhenti, baru boleh bagitau details dekat pihak berkenaan.

Saya sambung apa yang berlaku dalam nota kat bawah ya.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Jika Berlaku Kemalangan Depan Mata?

  • Beri signal emergency dan berhenti di bahu jalan jika boleh.
  • Periksa keadaan pemandu dan semua penumpang, sebelum menelefon 999.
  • Laporkan kejadian, tempat dengan tepat berserta landmark.
  • Polis akan bertanya keadaan di tempat kejadian, jika ada mangsa yang tersepit atau yang tercedera dan minta nombor telefon uols untuk dihubungi semula jika perlu.
  • Polis akan sambungkan ke hospital jika ada yang tercedera, mungkin ke balai bomba jika ada yang tersepit. Tapi malam tadi alhamdulillah tak ada yang tersepit.
  • Hospital akan bertanya keadaan mangsa yang tercedera, berapa orang, jantina dan umur.
  • Bantu mangsa keluar jika mampu dan jauhkan dari kenderaan terutamanya jika kenderaan terbakar. Alhamdulillah, malam tadi tak ada yang lebih teruk dari pelanggaran tu.
  • Pastikan mangsa yang tercedera tidak banyak bergerak.
  • Bantu kawal trafik supaya tak jadi sesak.
  • Alihkan kenderaan yang menghalang jalan jika polis tak datang ke tempat kejadian.
  • Ambulans mungkin akan lambat, bantu tenangkan mangsa. Jika kecederaan mangsa parah, jangan alih-alihkan mangsa, tunggu hingga ambulans tiba.
  • Bila ambulans tiba, laporkan bagaimana kemalangan berlaku.
  • Khabarkan berita kepada ahli keluarga mangsa untuk mereka uruskan mangsa yang cedera ringan, juga kenderaan yang terlibat.
  • Bersurai.

Ikut Hati, Mati - Pondok Rahmat

Sampai sekarang masih teringat-ingat macam mana kejadian tu berlaku. Rasa sedih dan down juga malam tadi. Kenangkan dah nak raya, kesian sangat kepada mangsa kemalangan. Pemandu kereta Kancil tu seorang pak cik berumur 52 tahun. Giginya patah dan dia asyik ludah keluar darah sambil sapu dada. Lututnya pun luka berdarah. Sebelahnya isteri dia, ada luka sikit pada rahang dan hidung, alhamdulillah dua-dua selamat. Pemandu kereta Viva adalah seorang perempuan yang berumur dalam 20-30-an, pun selamat juga.

Ambulans sampai dalam 30 minit lepas call. Agak lambat juga. Hampir-hampir saja orang kampung nak bawak pak cik dan mak cik ke hospital sendiri sebab lama sangat menunggu. Alhamdulillah tak lama lepas tu akhirnya nampak lampu dan dengar bunyi siren ambulans dari jauh.

Uols hati-hati ya balik kampung sempena musim perayaan ni. Jangan bawak laju sangat, patuh peraturan jalan raya, jangan memotong dekat bukit, jangan memotong kalau rasa tak lepas deretan kereta kat depan.

Please, ingatlah orang tersayang.

Post a Comment

10 Comments

  1. Berderau berdiri bulu roma membacanya Sun...
    Kemain kak Ila tu yaaa, ingatkan daku ni yang melaju bawak, rupe dia lagi drift ek hahahaha...

    Kalau Sis ko, rasanya pitam 5 saat kejap kot, then sedar kena minum kopiO baru segar huhuhu

    ReplyDelete
  2. Betul ingatlah orang yang tersayang. Laju2 pun nak kejar apa.. Kekadang tu sakit hati betul dengan sesetengah pemandu kat Malaysia ni. Dah nampak dah ada kereta di hadapan tapi masih jugak nak potong. Pernah alami sendiri. Sikit je lagi nak kena, mujurlah suami bawak tak laju, kalau laju masa tu, hmmmm entahlah.....

    ReplyDelete
  3. Allahu.. memang ngeri kalau nak potong2 tempat berbukit dan gelap. akak ni bawak laju jugak, tp kalau jalan mcm tu memang tak berani nak potong. kalau jalan 2 lane, baru berani.. haha

    ReplyDelete
  4. Jangan panik.. itu paling penting.. ;)

    ReplyDelete
  5. kiranya yg slh kancil atau viva yek? jenis satu lorong je yek... dok terbayangkan mcm hiway yg ada 2 lorong asing2 tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kita tak blh panik kan, klu kita pun panik ssh la nk membantu...

      Delete
  6. tq for tips memang panik kalau ada eksiden depan mata mujur ada tips ni

    ReplyDelete
  7. yang pasti akan panik dulu. mcm pg td...kt traffic light. sy dok dpn skali. sblh kanan sy silau sbb cahaya matahari. bila nmpk lampu hijau sblh kiri sy pn tekan myk. tiba2 terdgr pak cik atas motor sebelah ckp "eh ehh" sy ts brek. geram betul dgn 2 org pejalan kaki yg tgh melintas time lampu hijau. syukur x kn langgar. kalau x....

    ReplyDelete
  8. Mmg panik..yg sy tahu cuma kol ambulance je trus...nk ng bantuan fizikal xberani

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com