Ticker

6/recent/ticker-posts

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka | Balik dari Port Dickson hari tu (bulan lepas punya cerita), saya ajak dak Ain menyinggah ke sini. Sebab tak pernah lagi rasa Coconut Shake Batu Berendam. Orang duk cakap sini sedap lagi dari kat Klebang?


Biasanya kalau ke Melaka, akan ke Coconut Shake Original Klebang tu aje. Febret encik suami. Kali ni nak jugak la rasa coconut shake yang lain pulak. Kitorang waze aje, terus sampai ke destinasi. Nak parking pun senang aje, maybe sebab pergi weekdays. Dalam lepas Zohor hari Jumaat gitu. Tapi, orang yang datang ke sini ramai jugak lerrr.

Besar ke tak besar pintu gerbang dia?

Besar jugak kedainya, ada bahagian tepi jalan dengan bahagian kat bangunan kedai kat dalam. Kalau sekadar nak beli coconut shake, kena order kat bahagian dalam. Bahagian luar tepi jalan tu lebih kepada gerai-gerai makanan dan minuman lain. Macam bistro konsepnya. Kalau da order coconut shake kat dalam, then bawak minum kat luar pun boleh. Kitorang take away aje. Jadi, tak sempat la merasa apa-apa makanan yang ada kat situ. Perut pun masih kenyang lepas sarapan kat hotel.

Ni bahagian tepi jalan, mungkin ada waktu tertentu je boleh order kat sini terus

Ada beberapa jenis coconut shake kat sini, yang biasa, yang special dengan aiskrim, yang double special dengan dua scoop aiskrim dan special king - coconut shake terus dalam buah kelapa. Kitorang order double special dua cawan. Harga dia tak sampai RM5 pun, dalam RM4 lebih aje.

Ni lah bahagian bangunan kedai kat dalam

Kejap aje dia buat, walaupun orang sangat ramai. Memang cekap la gamaknye. Bila da dapat, rasa pelik sekejap tengok coconut shake dan aiskrim dia tak kaler putih. Dia macam kekuningan sikit. Bila da minum, owhh, ada rasa gula melaka. Tak sure lah diorang ade letak ke tak. Tak sempat nak interview. Mungkin sekadar imaginasi seketul Sunah

Muka Ain haus takleh bawak bincang

Sedap jugak, boleh lah. But still saya lebih suka yang kat Klebang tu sebab blended ice + kelapa dia lebih halus. Ikut citarasa masing-masing kan. Ada orang suka yang butir-butir kasar macam kat Batu Berendam ni. Tapi kan, paling terkilan, punya la tak perasan papan tanda kuih keria sebelah kedai tu. Kalau tau, saya da bungkus bawak balik JB. 😭

Uols dah try belum? Lagi suka yang mana?

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

No. 5, Tingkat Bawah Jalan Kanan Satu, Taman Ria, 75350 Melaka

Facebook:

Website:

Waktu Operasi:
ISNIN - SABTU: 9.30 pagi - 10.30 malam
AHAD: 9.30 pagi - 8.00 malam

No. Telefon:
019-684 1270

Post a Comment

12 Comments

  1. akak lagi suka yg kat batu berendam ni sunah.. keria dia akak dah rasa jugak, biasa je kot rasanya..

    ReplyDelete
  2. time posa nanga orang mimum ...

    memang ujian berat juak tok.

    lebih lebih gik air yang istimewa seperti coconut shake

    ReplyDelete
  3. Pernah rasa yg klebang je. Hehe. Lama dh tak trun melaka

    ReplyDelete
  4. kihkihkih......seketul farahain dan coconut shake nye..hhahahahaa...

    ReplyDelete
  5. Sekali dulu cuba, dah tak ingat rasanya sebab asyik minum yang Klebang ajer ...

    ReplyDelete
  6. nengok psl coconut shake di pagi hari di bulan pose mmg alahai menggoda trs... sedapnya balik2 umah time berbuka dpt minum nih kan... nyaman,....

    ReplyDelete
  7. pernah sekali je rasa coconut shake..beli kat Air Hitam, Johor.....rasa dia memang macam santan beku ke macam mana?

    ReplyDelete
  8. i haven't had coconut shake for so long. skrg kt tmpt ray orang ramai suke "kelapa joget". sama je padahal

    ReplyDelete
  9. tok k bbuka nang nyaman la.. hehe

    ReplyDelete
  10. bulan puasa ni sedapnya pekena coconut shake

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com