Resepi Sambal Sotong Simple Tapi Sedap

Resepi Sambal Sotong Simple Tapi Sedap | Menu berbuka bulan puasa, ada ke yang tak rasa sedap? Kalau perut da kosong lama sangat menagih makanan. Hahaha. Tapi ada jugak kan, yang beli makanan kat bazar Ramadhan contohnya, banyak komplen kuih-muih tak sedap dan tak menepati citarasa. Huhu. Nak tak nak, ramai yang dah start buat kuih-muih atau menu berbuka sendiri kat rumah.


Ni menu berbuka 3 Ramadhan. Sebelum-sebelum ni pernah jugak buat, tapi tak share pun resepi. Rasanya tak payah share resepi pun takpe. Tapi nak jugak lah menambah entri resepi kat blog ni. Abis tu, blog Selera Sakura tu patut dijual ke ape? Ade yang nak beli? PV lebih 1 juta harga berapa ek? Hahaha!

Sambal sotong, antara menu pembuka selera yang diminati ramai. Lebih-lebih lagi kalau dapat sotong segar dari laut. Kisahnya, housemate saya dak Nada tu masuk pertandingan mencandat sotong, dapat la candat beberapa ekor, dia bawak balik rumah. Besar-besar sotongnya. Dah buat masak kicap jugak sebelum puasa. Semalam bukak peti ais, nampak ada lagi, buat lah apa yang ada kat rumah. Tengok laci ada cili kering. Ok, sambal ON!

Nak buat sambal sotong atau mana-mana masakan sotong berkuah, ada tips yang kak Yati Memories share. Sotong tu kena keluarkan airnya dulu dengan cara masukkan dalam periuk gitu saje, kemudian bukak api sampai air sotong keluar. Bila da puas hati, bole tutup api. Ni untuk elakkan masak sotong terlalu lama dalam kuah yang boleh menyebabkan terlebih masak sampai liat. Kita suka sotong tu lembut-lembut lagi bila gigit. Boleh baca komen-komen kat gambar FB kita dua tahun lepas untuk tengok tips kak Yati tu.


Eeee, banyak nya cerita seketul Sunah!

Ade lagi ke tips?

Ade. Kak Ayu Citarasa Rinduan pulak pernah share, rahsia sambal yang sedap adalah guna bawang merah saje tanpa bawang putih. Ok, kita apply kedua-dua tips kat atas tadi ya.

Saiz: 2 orang makan
Penyediaan: 45 - 60 minit

Bahan-bahan:
5 ekor Sotong saiz sederhana
10-15 tangkai cili kering*
6-7 biji bawang merah rose* (*dikisar hingga halus)
sedikit asam jawa
gula dan garam secukupnya
minyak untuk menumis
(kalau suka, tambah sikit belacan)

Sotong yang dah dituskan airnya

Cara-cara membuatnya:

  1. Sotong dibersihkan dan dipotong kecil sebelum dikeluarkan airnya. Kemudian tuskan air sotong.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Kita buat tumis dua kali, tumisan kedua dari air sisa bahan kisar dalam blender. Bagi sampai kering balik sambal tumis tu.
  3. Masukkan asam jawa yang dah dibancuh dengan sedikit air, garam dan gula secukupnya. Main agak la ya, sebab puasa tak boleh nak rasa. ๐Ÿ˜
  4. Biar lagi sampai terbit minyak. Orang cakap lagi lama tumis, dengan api perlahan, lagi sedap sambalnya. Tapi kita dah lambat, so api sederhana hingga besar sikit. Hahaha.
  5. Then, bila sambal tumis da garing, baru masukkan sotong tadi. Gaul sebati dengan sambal. Kalau suka kuah sambal banyak, tambah sikit air. Jangan lupa adjust lagi gula dan garam.
  6. Bila da sambal dah meresap dan sotong dah masak sekejap (tak payah lama sangat), boleh tutup api.
Resepi Sambal Sotong Simple Tapi Sedap Resepi Sambal Sotong Simple Tapi Sedap Reviewed by Sunah Sakura on May 10, 2019 Rating: 5

10 comments:

  1. Jadi ni lah dia sambal sotong tu ya! Hihihi. Sedap! Sotong fresh memang terbaik.

    ReplyDelete
  2. Adakah ini yang dinamakan cumi cumi Sambal... Sedapnyaaaa ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  3. alahai, sedap nampak rupanya... masakan yg simple mcmni dhla mudah nk sediakan, sedap pun iya jgk hehehhe :)

    ReplyDelete
  4. saya pun suka buang dulu air rebusan sotong tu. nanti hasilnya lagi best lah nak makan ^_^

    ReplyDelete
  5. kadang- kadang masak sotong ni fail, kadang2 ok elok jer nak masak, apapun masuk perut suka hati kenyang hii... bila la next menu sotong plak ni..

    ReplyDelete
  6. Haritu dah beli sotong tapi buat masak kunyit je sebab dah lambat bangun nak masak sahur. Next time kita try pulak resipi ni :D

    ReplyDelete
  7. alahai terliur la.. mmg mudah dan nampak sedap tu

    ReplyDelete
  8. Waaa sehdapnyaaaa sambal sotong, Sis hrni nak masak sambal udang hehehehe

    ReplyDelete
  9. uuiii...kecur tengok pagi2..terbayang nasi lemak sambal sotong...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.