Kekal Sihat dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan dengan Dettol!

Kekal Sihat dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan dengan Dettol! | Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.


Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek. 


Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!

Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah.  Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.


Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan.


Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan:

  • Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar;
  • Sanitiser Tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air; dan
  • Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.


Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. 


Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.  Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.

Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan

Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol. 


Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!

Alhamdulillah, satu usaha yang baik dari pihak Dettol untuk beri kesedaran kepada masyarakat tentang penjagaan diri dan kebersihan walau di mana sahaja kita berada. Sis kauu pun sekarang bawak aje wet wipes Dettol dalam beg ke mana-mana, sentiasa standby. Ye lah, kalau berbuka kat luar, bukan semua tempat makan sediakan sabun dan air. Kadang-kadang tu, ada pun, sabunnya dah habis, tinggal air je. Sabun dia 1/100 daripada jumlah botol sabun. Sakit hati kita tauuu! Huhu.


Jadi, lebih baik bawak sendiri kan? Easy and reliable gitu. Wet wipes Dettol tu lembut aje dan baunya pun wangi bau sabun tapi takde la terlampau kuat sangat baunya bila dah lap pada tangan. Guna wet wipes Dettol untuk lap tangan sebelum makan memang meyakinkan sebab dia adalah Anti-Bacterial, dan paling penting, alcohol free!


Kat rumah pun wajib ada pencuci tangan khas kat sinki. Bila Dettol dah ada liquid hand wash, kita pun tak sia-siakan kewujudannya. Lagipun, kita semua dah sedia tahu, Dettol is the trusted germ protection brand over the years. Kalau dah ada yang dipercayai, kenapa nak guna yang was-was? Khennnn.

Sabun apa???

Dettol 😁

Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi!


***GIVEAWAY DETTOL***
Kita ada buat giveaway tau kat Instagram. Jemput join! Klik sini --> @sunahsakura
***

16 comments:

  1. antara sabun yang popular sampai ke hari ini...

    jenis yang original yang paling saya suka

    ReplyDelete
  2. Aci tak kalau Sis ko join sekali kakakakaka

    ReplyDelete
  3. Rasa suci dari kuman bila gunakan rangkaian jenama dettol ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bau pun macam bau ubat kan...rasa duduk kat hospital

      Delete
  4. Suka nok ada colour oren2 yea, tah apa flabor. Tp mun ari sik cun, kerin kulit kamek dihentam dettol tok. Tapi masih rajin guna wet tisu n pencuci tgn nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh...kamek sik sure dapat pakei ka sik sabun nya ya..sebab kulit sensitif..kamek suka wet tisu and handwash nya, sama kedak kitak

      Delete
  5. Dettol sejak dulu2 meamng pilihan rakyat Malaysia.. bila pakai rasa yakin,,, nyah segala mak nenek datuk kuman hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul...mak2 suka beli untuk kebersihan anak2

      Delete
  6. kita memang suka pakai dettol dari dulu lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh ye keee..patutla nampak bersih ajeee..hahaha

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com