Ticker

6/recent/ticker-posts

Tersalah Tarikh Beli Tiket Flight

Tersalah Tarikh Beli Tiket Flight | Allahu. Dugaan terbesar bagi saya bulan Ramadhan kali ni. Niat nak balik ke kampung suami dan berbuka bersama keluarga mertua tak kesampaian bila tersalah beli tiket flight.

Gambar: SkyTrax

Kalau baca entri Kek Lapis India saya semalam, uols mesti tahu saya sepatutnya balik kampung semalam. Tapi nah, saya masih lagi kat sini,  masih kat JB. #sayadijohor

Alkisahnya, saya beli tiket tu last week. Plan untuk balik Kedah last week postponed ke this week, suami ajak balik 22 - 24hb. Yakinnya saya, tiket dah siap beli dan hantar screenshot pada suami lepas beli. Tapi Allah da takdirkan, dua-dua tak perasan tarikh pada itinerary tu.

Semalam, masa dah nak boarding kat airport, bila buka apps AirAsia nak rujuk boarding pass, saya hairan sebab boarding pass JHB-AOR tak tertera pada skrin bahagian Upcoming Flight. Hati tergerak klik pada Flown.

Boarding pass tu kat situ rupanya. Dan dah tak berklip seperti sepatutnya kalau kita belum boarding lagi. Saya masih kebingungan. Kenapa tak berklip? Kenapa dekat Flown. Masih tak nampak lagi.

Nak ke kaunter Check In bertanya, separuh jalan saya patah balik sebab queue panjang sangat. Lagi setengah jam nak boarding, takut tak sempat. Saya decided nak tanya pegawai kat pintu boarding hall tu aje.

Masa ni lah, saya bukak tengok lagi boarding pass dalam apps AirAsia tu.

Allahuakbar.

Screenshot itinerary flight

Tarikh kat situ 20 Mei.

Terhenti langkah saya. Terkedu. Terus whatsapp suami time tu jugak. Kemudian telefon kak Ajan minta dia datang semula ke airport untuk ambil saya.

Ingat nak naik bas aje balik Kedah, alang-alang beg memang semua dah ada. Nak balik jugak tak kira apa pun. Tapi....suami tak izinkan.

Suami takut saya penat kalau naik bas, perjalanan jauh ambil masa 12 jam JB - Alor Setar. Nak-nak, pagi ni baru sampai. Esok da nak balik ke JB semula naik flight yang masih valid. Tiket bas lagi, entah berapa ringgit katanya.

Hancur hati saya. Atas silap diri sendiri, tak check betul-betul tarikh pada kalendar AirAsia masa beli tu. Tak pernah-pernah jadi macam ni. Patut la hari Isnin lepas, saya dapat notification tentang flight delay. Tapi saya tak syak apa-apa pun. Allah dah nak kata jadi kan, benda dah jadi pun.

Maka tahun ni saya tak balik langsung ke kampung suami dari raya haji tahun lepas sampai lah ke raya aidilfitri tahun ni. Rasa ralat dalam hati sebab mak mertua tengah tak sihat, masih kat wad lagi dari minggu lepas. Suami cakap hari ni insya'Allah mak boleh discharge. Bertambah sedih hati saya.

Lagi sedih bila duit beli tiket burn macam tu aje.

Maafkan saya, awak 😭

P/S: Nak cuba refund. Tapi nanti dapat airport tax aje. Dan bukan masuk dalam akaun bank kita, dia kasi masuk Credit Account kat Air Asia je, yang akan expired dalam masa 3 bulan dari tarikh issued. Huhuhu.

Post a Comment

26 Comments

  1. Ya Allah.. kesiannya sunnah.. dugaan di bulan ramadhan..

    ReplyDelete
  2. Allahu akbar.. sabar ya Sunah ,, kalau kita sendiri pun terkilan. jugak huu. benda dah jadi nak buat camner kan redoo.. ya.. Jb ke Kedah 12 jam ke lamanya..kalau naik bas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, lama sangat...dari selatan ke utara kan....

      Delete
  3. Allahu akbar
    It happens sometimes
    Cuba Sunah buat refund tu sambil niat dapat duit tu nak balik ziarah mak mertua. Mana tahu, ada rezeki dipermudahkan oleh-Nya; dapat refund & dapat ziarah sekali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru study, refund tu hanya boleh dapat airport tax aje..tapi nak cuba jugak la nanti..thanks puan hazel..

      Delete
  4. Dugaan..mende dah jadi..
    semoga selepas ni ada rezeki balik Kedah.

    ReplyDelete
  5. Alahai. .. Mgkin ada hikmahnya. . Dugaan bulan posa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tu....ada hikmah di sebalik semua kejadian kan...

      Delete
  6. sunah kena kat diri sendiri..sy kna kt syarikat. burn 500 sunah. mmg rasa berhnti darah skjap..duit company tu. silap tempat boarding spttnya kb-kul tapi sy g buat kul-kb. nasib bos cakap jadikan pengajaran lepas hati2. sekarang ni klu booking tiket utk staff company mesti takut2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..lepas ni macam fobia sikit, mesti suruh orang lain tengokkan dulu betul ke tak..atau suruh orang lain belikan..huhuhu

      Delete
  7. Kun Fa Ya Kun...La Tahzan Sunah..
    Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ujian dan cobaan..

    Kau tu banyak rehat, terlalu banyak fikir sampai serabut dah pilih tarikh huhuhu..
    Take care Sun Sun...next week ada umur kita jumpa ..

    ReplyDelete
  8. sabar lah dik, kadang kita penat sgt, kita sibuk sgt sampai terlepas pandang...
    Insyallah, semua apa yg terjadi pasti ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  9. Lahai..kesiannya sunah..mungkin ada rezeki yang lain insyallah...

    ReplyDelete
  10. Aduh... Huhu xpelah.. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Sabar ya sunah

    ReplyDelete
  11. sabar ya sunah..setiap sesuatu ayg terjadi pasti ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  12. sabarlah kak sun. mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi..

    ReplyDelete
  13. Pernah kena juak, nangis dlm hati je lah.mls fikir gilak, sapa tak syg duit tp dh sdirik salah, keda ney lah gaya btabah je lah 😁

    ReplyDelete
  14. benda dah jadi..lps nie dah boleh jadi pengajaran..msti lps nie lebih berhati2 lagi.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com