Ariq Azhafi aka TIMEBOY - Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik, Debut Dengan Single "KITA"

Ariq Azhafi aka TIMEBOY - Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik, Debut Dengan Single "KITA" | Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun, telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar, Johor. Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.

MEDIA SOSIAL - FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER : @ARIQAZHAFIOFFICIAL

Kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Kerana Ariq jarang bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan.


Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi), doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam kategori masalah pertuturan.

Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.

Saya terdetik untuk bertanya, apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada minat, Ariq ingin membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik.


Menurut ayahnya, sejak Ariq menghadirkan diri ke kelas vokal, ia sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik.

Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya.

Keluarga dan cikgu vokal memberi galakan supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.


LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN


Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.

"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA" merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.


Lirik Lagu KITA by Ariq Azhafi

Sinar pagi mengejutku
Membataskan mimpiku
Syukur pada Illahi
Ku kan teruskan langkahku
Demi masa depanku yang terbentang
Demi dia, ibu ayah yang tercinta

Tapi satu ketika
Semuanya kan berlalu
Tiba di persimpangan
Kau dan aku terpisah
Dan ku abadikan kisah kau dan aku
Moga suatu hari kita pasti bertemu

Hari-hariku, diwarnakan olehmu
Dan hilanglah segala sepiku
Bahagia sungguh di hatiku
Tawa riang kita
Bersama jadikanlah
Sebagai kenangan kita

Lirik/Lagu: Zoff
Penerbit: BJ Production


Ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi:

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.

Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi. Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.

Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.

Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and I am still in the learning process 😆

Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA".

Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!

Dan semoga diri ini diterima seadaNya... InsyaAllah.."

- Ariq Azhafi -


P/S: Uols dah tengok Video Youtube adik Ariq ni? Jemput tengok ya. Satu permulaaan yang baik dari adik Ariq dan keluarga untuk tingkatkan kemahirannya sebagai seorang remaja autisme. Semoga terus sukses dik! Dah berjaya nanti jangan lupa akak tau! 😝
Ariq Azhafi aka TIMEBOY - Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik, Debut Dengan Single "KITA" Ariq Azhafi aka TIMEBOY - Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik, Debut Dengan Single "KITA" Reviewed by Sunah Sakura on June 24, 2019 Rating: 5

4 comments:

  1. Tahniah ariq gunakan kelebihan yang ada. Tidak mudah give up. Semoga terus success.

    ReplyDelete
  2. Hendak seribu daya kan.. bangga dengan adik Ariq. Semoga lebih sukses dalam bidang muzik dan setanding artis Malaysia yg ada..

    ReplyDelete
  3. tahniah Ariq telah keluar dari zon selesa good luck ye

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.