Yoodo, Platform Telekomunikasi Digital Sepenuhnya Pertama di Malaysia!

Yoodo, Platform Telekomunikasi Digital Sepenuhnya Pertama di Malaysia! | Uols pernah dengar Yoodo? Saya baru pertama kali mendengar namanya beberapa bulan yang lepas. Tapi masa tu saya just dengar macam tu je lah. Tak pernah ambil tahu apa sebenarnya Yoodo ni.


Beberapa hari lepas, barulah saya tahu apa itu Yoodo bila berpeluang untuk menemu ramah Head of Yoodo Malaysia, Mr. Chow Tuck Mun. Rupa-rupanya, Yoodo ni salah satu syarikat perkhidmatan telekomunikasi kat Malaysia, sama macam Celcom, Maxis, Digi, UMobile dan yang seangkatan dengannya. Lagi menarik, Yoodo ni bernaung di bawah Celcom, salah satu syarikat telekomunikasi yang paling kuat jaringannya di Malaysia.

Eh mestilah saya cakap camtu, saya pengguna Celcom, okayyy! 😝

Fakta utama yang paling menarik tentang Yoodo adalah - 100% digital dan customisable. Apa yang customisable tu? Pengguna boleh kawal sepenuhnya plan telefon mudah alih diorang mengikut kehendak dan keperluan masing-masing tanpa caj tersembunyi mahupun komitmen. Sebut aje uols lebih banyak guna telefon untuk ape?

Internet?

Call?

SMS?

Uols boleh pilih ikut keutamaan uols lah. Tak faham? Ok, tengok gambar kat bawah.


Uols boleh pilih berapa GB Data internet yang uols nak pakai untuk sebulan, ranging dari 0GB hingga 100GB, Calls dari 0 minit hingga 2000 minit sebulan, atau SMS dari 0 hingga 300 SMS sebulan. Ye lah, kadang-kadang kita nak guna internet je, takde nak call keluar atau SMS sesiapa. Kadang-kadang kita tak pakai line internet sangat pun, lebih banyak guna wifi. Jadi, ia satu plan yang berpatutan dan sangat convenient!

Nak lebih data untuk apa-apa apps yang uols suka?

Boleh!


Pilih aje dari FB, Instagram, Youtube, Whatsapp, Netflix or Twitter. Setiap satu apps ni uols boleh tambah 20GB sebulan dari RM5 hingga RM10 ajee. Dan heyy, peminat PUBG! Uols bertuah sangat-sangat sebab Yoodo kasi FREEEE aje 20GB sebulan khas untuk main PUBG. Saya syak Head of Yoodo ni suka PUBG sangat-sangat 😆

PMNC 2019 Tournament at Paradigm Mall, JB

Jangan tak tau, Yoodo adalah penaja rasmi kepada PUBG MOBILE National Championship (PMNC) pertama di Malaysia pada tahun 2018. Terdapat 256 kumpulan merangkumi hampir 1000 pemain dari seluruh negara bertarung bagi merebut plan mudah alih Yoodo PERCUMA selama setahun dan hadiah bernilai sehingga RM60,000. Sekali lagi, Yoodo menaja PMNC bagi tahun 2019 dengan jumlah hadiah bernilai dua kali ganda dari tahun lepas, iaitu RM114,000. Sebagai galakan kepada e-sports di Malaysia, Yoodo jugak ada diorang punya team PUBG MOBILE sendiri, dikenali sebagai Yoodo Gank - pemenang bagi national tournaments dan sekarang tengah battle kat luar negara pulak! Hebat!

Amacam, boleh join Yoodo Gank tak?

Selain daripada e-sports, Yoodo turut menyokong travelling - dengan roaming di 53 buah negara, music - dengan adanya Yoodo Presents sebagai platform interaktif konsert atas talian, dan juga sukan fizikal. Contohnya, baru-baru ni Yoodo menaja Malaysia Premier Futsal League yang baru sahaja memulakan liganya. Dengan penajaan tu, Yoodo berharap agar dapat membawa bakat-bakat futsal di Malaysia ke peringkat lebih tinggi, sekaligus sebagai langkah Yoodo untuk menerapkan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan rakyat Malaysia.

Jom tengok ape higlight utama Yoodo ni!
  • A truly customisable and transparent plan - Menawarkan sehingga 1000 kombinasi data, voice calls dan SMS setiap bulan, tanpa caj tersembunyi atau komitmen.
  • Widest coverage and 4G/LTE - Kekal berhubung dengan jaringan terbesar dan terbaik di Malaysia, iaitu Celcom.
  • Save your money - Hanya bayar apa yang uols perlukan.
  • Stay connected wherever you go - Dengan adanya plan Roam Like Home, uols boleh gunakan Yoodo di 53 buah negara pada kadar rata hanya RM10 atau RM20 sehari.
  • We'll deliver your SIM - SIM card percuma akan dihantar kepada anda dalam masa 1 - 3 hari, seluruh negara. Kalau tak sabar, bayar aje RM15 untuk ekspress delivery dalam masa 2 jam (hanya di Lembah Klang buat masa ni).
  • Fully cashless - Tak perlu topup atau bayar bill kat kaunter, hanya register Credit/Debit Card uols atau gunakan PayPal, diorang akan auto-deduct jumlah berdasarkan plan yang uols pilih bagi bulan tersebut.
  • 100% online - Berbual dengan online customer service atau tanya pada komuniti atas talian Yoodo jika uols perlukan apa-apa bantuan. Uols boleh juga sertai komuniti atas talian Yoodo, dan jadi ahli yang aktif membantu satu sama lain untuk dapatkan recognition dan rewards.
  • Fully digital - Dengan pengenalan eSIM Yoodo, pengguna boleh menikmati pengalaman servis mudah alih 100% digital. Hanya perlu sign-up dan aktifkan akaun Yoodo menggunakan apps, tak perlu tunggu terlalu lama untuk setel semuanya! Tapi buat masa ni eSIM hanya boleh dinikmati pengguna iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR. Model-model telefon lain akan ditambah dari semasa ke semasa.

Meet up with Head of Yoodo, Mr. Chow Tuck Mun

Nah, best kan? Sis kauu pun tak sabar nak ada telefon baru dan aktifkan nombor Yoodo. Berbaloi-baloi, kot! Ada beberapa orang kawan saya juga dah start pakai Yoodo ni beberapa bulan yang lepas, dan feedback diorang semua positif. Ish, ape tunggu lagi?

Uols boleh dapatkan maklumat lanjut di website https://www.yoodo.com.my/.

#youdoitbetter
#iloveyoodo
Yoodo, Platform Telekomunikasi Digital Sepenuhnya Pertama di Malaysia! Yoodo, Platform Telekomunikasi Digital Sepenuhnya Pertama di Malaysia! Reviewed by Sunah Sakura on June 25, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. OOO..BOLEHLA BELIKAN ANAK ANAK NANTI...SENANG..SBB DORANG PAKAI TIME CUTI JE

    ReplyDelete
  2. alamak..tak perasan lak caps lock. macam mengamuk pulak gayanya

    ReplyDelete
  3. okayyyy,,sebagai pengguna tegarr youtubee... marilahh kite beryoodooo..hahahhaa..

    ReplyDelete
  4. Okay nak kena check coverage dekat kampung nie hahaha..

    ReplyDelete
  5. wahh best ni..tak payah topup banyak2 lagi ...

    ReplyDelete
  6. Yess! Sis sekarang pengguna Yoodo tapi masuk dalam hp Samsung hehehe..Amat perabis main PUBG

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.