Apa Rasa Ambuyat?

Apa Rasa Ambuyat? | Aduhai. Susah betul nak jawab soalan cepu cemas ni. Antara soalan paling banyak orang tanya bila saya up gambar ambuyat kat whatsapp status dan Facebook story dua malam yang lepas.

Kita belek semula gambar ambuyat dari entri Balik Kampung Jadi Tukang Masak kat bawah ni.


Ambuyat, atau "linut" dalam bahasa Sarawak adalah antara makanan tradisi masyarakat kepulauan Borneo. Dibuat daripada tepung sagu dan dibancuh dengan air panas mendidih sehingga ia menjadi kenyal macam dalam gambar tu.

Saya pernah bercerita tentang ambuyat ni dulu kat entri Berambeh Makan Linut di Bintulu.

Apa rasa ambuyat?

Ambuyat kalau dimakan dia saja, tak rasa apa-apa. Rasa kosong dan tawar, hanya rasa makan sesuatu yang lembik dan kenyal. Sebab tu, di Bintulu, makan ambuyat kena lawan dengan air asam. Air asamnya pulak berbeza dengan air asam utara. Guna bawang merah, bawang putih, cili besar, cili padi, ikan bilis dan sedikit belacan, ditumbuk lumat semua sekali sebelum diperah air limau kasturi, ditambah sedikit air masak, gula dan garam secukup rasa.

Ambuyat yang tawar tadi, gulung guna penyepit dan cicah dalam air asam tu, atau air asam tu tuang sikit dalam pinggan yang ada sesenduk dua ambuyat, baru masuk dalam mulut. Cara makan dia, terus telan. Sebabnya, buat apa nak kunyah kalau boleh telan 😝


Biasanya, kami makan dengan side dish macam dalam gambar tu. Sayur pucuk ubi masak lemak atau mana-mana sayur berkuah lemak dengan ikan goreng. Haa, dua benda ni boleh la uols nak kunyah yeee. Macam makan nasi aje kan?

Ambuyat ni kira makanan yang sihat jugak la. Sebab dia banyak air semata-mata. Bila makan dia, confirm keluar segala peluh macam dalam sauna. Boleh kurus woiii sambil makan! Hahahaha! Aje gilerrrr.

Ada ke yang teringin nak makan ambuyat?

Jom la kita buat potluck!
Apa Rasa Ambuyat? Apa Rasa Ambuyat? Reviewed by Sunah Sakura on July 12, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. linut..... kamek makan...tapi isik faveret lah..coz kamek sik pandey berulam.. hhehehe....org madah sik boleh up gamba linut, kelak org lain ponek..hahhaha

    ReplyDelete
  2. X pernah makan la sunah teringin nak rasa camnerr, sekali tengok macam gigit mochi jerr kenyal2 camtu πŸ˜…

    ReplyDelete
  3. teringin nak rasa...tapi sebab tekak yg sangat memilih ni...takut tak tertelan.,..takut juga tak cukup sepinggan.

    ReplyDelete
  4. Dulu, ingatkan ambuyat ni makan begitu saja, tapi lepas baca entry Sunah yang dua sebelum ni baru tahu ambuyat boleh makan dengan lauk pauk, mungkin boleh dicuba nnati makan dengan masak lomak cili api ke.. kannnn

    ReplyDelete
  5. ambuyat rasa sedappp.. untuk sejukkan badan.. heee follow sini #2791

    ReplyDelete
  6. Tak pernah rasa.. Nmpk lembik2. . Nnt klau ke sarawak nk try lah

    ReplyDelete
  7. Tak pernah makan ambuyat ni tapi biasa makan kapurung. Sama cuma cara penyediaan dan cara untuk makan sedikit berbeza. Kapurung ni satu masakan tradisi suku Bugis di Sabah. Cerita pasal Bintulu, rindu pula nak datang ke sana lagi. Tunggu tahun depan pula untuk pesta layang-layang.

    ReplyDelete
  8. Pernah makan tepung ni masa kecik kecik dulu. Tapi masa tu ibu lawankan dgn air gula melaka. Tak tahulah tu ambuyat ke ambulan ,πŸ˜‚ hehe gurau je. Tapi cerita ni betul² tau bukan cobaann..

    ReplyDelete
  9. Lamak juak dah sik merasa linut aka ambuyat

    ReplyDelete
  10. Nanti please buatkan ya..kamek mau rasa...

    ReplyDelete
  11. tak pernah rasa ambuyat ni.. kena p sawak laa ni ha..:-)

    ReplyDelete
  12. Hah..bila².. Jom..sila buat ye..teringin gila nak makan

    ReplyDelete
  13. SA tak pernah lagi rasa makan ambuyat..nak jugak cuba nanti...

    ReplyDelete
  14. Makanan wajib dah ambuyat ni, seminggu sekali wajib makan ..haha ... Kitorang suka makan dgn sayur tumis dan ikan masak berkuah ...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.