Laksa Sarawak dan Ambuyat untuk Potluck

Laksa Sarawak dan Ambuyat untuk Potluck | Ahad lepas, saya join potluck yang dianjurkan oleh Sis Lin untuk rakan-rakan media FAM Trip Tourism Malaysia Wilayah Selatan. Sebenarnya potluck ni lebih bertujuan untuk masakkan laksa sarawak dan ambuyat aje. Selebihnya saja-saja la melepak alang-alang dapat stay kat satu homestay paling best kat Johor Bahru ni. Wakakaka. Homestay mana, itu nanti kita cerita yaaaa!

Dak Shieda Visit Johor dah request berminggu-minggu awal, nak rasa ambuyat. Sis Lin pulak dah minta tolong masakkan Laksa Sarawak kalau dia buat potluck nanti. Maka, tertunailah keinginan masing-masing bila semua dapat berkumpul sama-sama Ahad lepas. Itu pun, tak semua ada atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Walau hanya ada 4 + 3 orang, potluck tetap diteruskan.

Hari Sabtu, saya dan Sis Lin keluar beli barang-barang untuk memasak. Pes laksa pulak saya guna aje pes Laksa Sarawak Hj Manan. Bahan-bahan basah kitorang beli kat KipMart Taman Bukit Dahlia. Best sungguh, semua lengkap kat situ, tak payah dah singgah tempat lain. I loikeee! Bila nak bukak KipMart dekat Kangkar Pulai? ๐Ÿ˜

Pagi Ahadnya, kitorang dah start bertukang kat dapur rumah Sis Lin. Hahaha. Masak apa yang patut sebelum gerak ke Danga Bay sebelah petang. Makanan sampingan macam Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak, Ikan Goreng, Air Asam, Telur Dadar, Tauhu Goreng, Sambal Belacan, kitorang siapkan awal-awal supaya dapur sana takde la berkecah sangat nanti. Just tinggal rebus ayam, udang, spaghetti dan masakkan kuah laksa aje bila dah sampai homestay.

Pukul 3 lebih kitorang gerak dari Pasir Gudang, sampai Danga Bay sebelum pukul 4 petang. Lepas Asar, terus start memasak kuah laksa. Dalam pukul 5.30 semua dah siappppp, alhamdulillah! Sempat la photoshoot gambar Laksa Sarawak kat balkoni homestay seperti gambar di bawah.


Amacam? Menggoda tak? Hahahaha!

Masak 1 bungkus je dulu pesnya. Dak Shieda & Lisa sampai hampir waktu Maghrib. Terus mengketedarah Laksa Sarawaknya. Belah malam, bila Syahmi, Martini dan Sarah sampai, terus licin periuk kuah laksa. Hahahaha! Tengah malam tu, kitorang balik rumah Sis Lin ambil santan kotak supaya esok pagi boleh masak lagi 1 bungkus pes yang tinggal ๐Ÿ˜‚



Ambuyat pulak saya buatkan selepas Isyak. Itu pun masing-masing perut dah penuh. Tak boleh blah si Shieda punya reaksi bila first time makan ambuyat macam dalam video kat bawah.


Syabas buat Shieda sebab dah rasa ambuyat! Hahaha. Ye lerr, ada orang boleh telan ambuyat ni. Ada orang tak boleh terima, ada orang tak berani nak cuba langsung. Semua terletak pada tekak masing-masing khennnn.

Baca Sini: Apa Rasa Ambuyat?



Selain menu ni, Shieda bawak Tauhu Bergedil Daging kakak dia buat, Lisa pulak bawak aneka kek potong dari Belly Treats JB. Allahu, semua sedap-sedap menu diorang bawak! Jangan tanya lerrr dari mana datangnya lemak-lemak berlebihan dalam masa 2 hari. Hahahaha!

Baca Sini: Tauhu Bergedil Obesiti yang Padu!


Dalam pukul 10 lebih Syahmi dan Martini balik. Sarah pun balik jugak malam tu. Tinggal la saya, Sis Lin, Shieda dan Lisa aje. Maceh uolsss for having me. Malam tu semua tido lewat sebab kena habiskan movie horror kat Netflix. Yeee, homestay tu ada Netflix oi! Berbaloi-baloi duduk situ! Psst, homestay mana ni ha???

Ok lah!

Nak sambung melapis! ๐Ÿ˜œ
Laksa Sarawak dan Ambuyat untuk Potluck Laksa Sarawak dan Ambuyat untuk Potluck Reviewed by Sunah Sakura on July 25, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. First time makan Laksa Sarawak masa raya rumah kawan. Sedap gak dia macam banyak herbs. Kuahnya sedap. Ambuyat tak pernah makan dan jumpa lagi. InshaAllah nak juga try sebab teringin nak tau rasanya :)

    ReplyDelete
  2. Patutlah nampak Sunah makin montel sekarang, hehehehe.

    Acah je!

    ReplyDelete
  3. perghhh.. sedap2 nampaknya.. teringin nak rasa ambuyat tu. tapi sekali tengok macam gam pulak.. hahaha

    ReplyDelete
  4. walaupun leeya melanau tapi leeya dpt pantang larang dari keturunan leeya nak makan ambuyat:)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.