Alhamdulillah... Untuk 2 Juta Pageviews ๐Ÿ’•

Alhamdulillah... Untuk 2 Juta Pageviews ๐Ÿ’• | Syukur alhamdulillah, angka yang dinanti-nanti akhirnya tercapai. Walau tak dapat tembak skrin yang tepat sebab sibuk dengan tempahan kek lapis Selera Sakura untuk Raya Haji, yang penting angka paling hadapan sekali dah bertukar.

Tertangkap nombor cantik sebelum angka depan sekali bertukar

Alhamdulillah...12 online users tu sebab dak JDT tengah berebut nak capture 2J ๐Ÿ˜†

Berblog sejak April tahun 2008. Mula dengan review buku-buku yang dibaca. Akhirnya belajar berkongsi kisah hidup di kampus sedikit demi sedikit. Kemudian mengenali blogger-blogger lain di luar zon selesa sejak tahun 2010 melalui segmen-segmen Ben Ashaari. Hingga yang kenal di alam maya pun akhirnya menjadi sahabat di alam realiti.

Bahkan, dijodohkan Allah dengan encik suami melalui blog juga.

Alhamdulillah ala kulli hal.

Pernah berhenti menyepi setahun dua, update pun beberapa bulan sekali. Mood menulis tu da hilang bila kawan-kawan blogger lain pun dah mula berpindah kepada Facebook dan Instagram. Tapi tahun lepas, saya kembali ke sini.

Mula berjinak-jinak dengan review dan event coverage. Menjadikan blog sebagai side income. Kerana komitmen tu, saya wajibkan diri update blog hampir setiap hari. Sebab nak maintain trafik. Kalau satu hari takde update apa-apa, rasa bersalah sangat. Aduhai, dah mengalahkan rasa nak siapkan thesis. Tetttt!

Ye, kadang-kadang bila menulis kat sini, bukan hanya untuk share makanan-makanan sedap atau tempat-tempat best yang boleh dilawati sekitar Malaysia, tapi juga untuk mengingatkan diri sendiri bila hampir-hampir terlupa matlamat hidup. Ada waktunya, menulis entri-entri muhasabah, yang akhirnya sebagai nasihat untuk diri sendiri.

Moga-moga apa yang ditulis di sini selama ni dan juga akan datang, ada manfaatnya untuk sesiapa pun yang datang menyinggah, tak kira yang datang beberapa kali, setiap hari, mahupun yang datang, kemudian pergi tak kembali.

Terima kasih uols, untuk 2 juta pageviews.


P/S: Tadi petang buat small contest kat group JDT Blogger, sape dapat captured 2 Juta atau paling dekat, dapat hadiah Kek Lapis Sarawak untuk Raya Haji worth RM100. Tahniah kak Hernee Nazir! Gigih dia refresh sampai jadi 2,000,0001 PV!
Alhamdulillah... Untuk 2 Juta Pageviews ๐Ÿ’• Alhamdulillah... Untuk 2 Juta Pageviews ๐Ÿ’• Reviewed by Sunah Sakura on July 25, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. Tahniahh...akak lom sampai setengah juta pun...hahaha

    ReplyDelete
  2. Tahniah sunahh... semoga terus maju dalam dunia blogging.. hidup JDT Blogger!! ehhh

    ReplyDelete
  3. Tahniah, pastinya bukan mudah nak capai views camtu.
    Apapun, teruskan usahan
    teruskan blogging
    teruskan memberi inspirasi

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.