Ticker

6/recent/ticker-posts

Logo Baru Visit Malaysia 2020

Logo Baru Visit Malaysia 2020 | Korang da tengok logo baru Visit Malaysia 2020? Semalam, baru sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad kat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kalau belum, jemput tengok:


Amacam? Lawa tak logo ciptaan Alfred Phua Hong Fook ni?

Ada burung kenyalang, bunga raya dan macam iras-iras pokok paku-pakis. Warnanya pulak ada warna-warna bendera Malaysia - merah, biru, kuning dan putih. Dimasukkan sekali warna hijau, dikatakan sebagai menggambarkan kepelbagaian yang terdapat dalam budaya, warisan, flora dan fauna serta pengalaman yang ditawarkan oleh Malaysia sebagai sebuah destinasi percutian.

Macam-macam komen netizen terhadap logo baru Visit Malaysia 2020 ni. Kebanyakannya keliru dengan susunan perkataan pada logo tersebut. Visit Truly Asia Malaysia 2020. Kalau dibaca, sebenarnya betul aje susunan kata tu. Dia nak melambangkan the truly Asia country, iaitu Malaysia, jadi perkataan negara Malaysia tu diletakkan paling hujung. Dia macam ape ek orang sebut gaya penulisan ni, kita masukkan adjektif sebelum objek sebenar. Kiranya "truly asia" tu sebagai kata adjektif untuk Malaysia. Tapi kalau nak ikut betul-betul, sepatutnya begini: Visit Truly-Asia-Malaysia 2020. Cuma sebabkan ia logo, jadi tak cantik lerr ade dash dash pulekkkk.

Haa, sukati aku je kan nak memaknakan logo tu. Hahaha. Kalau nak tahu lebih lanjut makna logo tu boleh belek kat website Tourism Malaysia.

Maklumat lanjut tentang pelancaran Kempen Melawat Malaysia 2020:

Y.A.B. Tun Dr. Mahathir turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman Mengenai Promosi Bersama antara Tourism Malaysia dengan pelbagai pihak yang terdiri daripada Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Malindo Air, Malaysia Airports Holdings Berhad dan Sharp (M) Electronics Sdn. Bhd. Beliau kemudiannya melancarkan “livery” khas pesawat yang tertera logo “Visit Malaysia 2020” di badan pesawat keempat-empat syarikat penerbangan tersebut.

Tahun 2020 telah ditetapkan sebagai tahun untuk kempen Melawat Malaysia 2020 dengan sasaran untuk mencapai ketibaan pelancong antarabangsa seramai 30 juta dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM100 bilion. Kempen ini memfokuskan kepada kelestarian pelancongan, seni dan kebudayaan.

Bagi memastikan kejayaan kempen ini, Tourism Malaysia telah bekerjasama dengan sektor-sektor swasta seperti Sharp (M) Electronics Sdn. Bhd., Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Malindo Air dan Malaysia Airports Holdings Berhad bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti pemasaran dan promosi dengan menggunakan platform media tempatan dan antarabangsa mereka.

Selain itu, dana khas berjumlah RM5 juta yang dikenali sebagai GAMELAN Malaysia telah disediakan oleh kerajaan sebagai sokongan kewangan kepada para penggiat industri pelancongan yang melaksanakan aktiviti-aktiviti pemasaran dan promosi dalam usaha untuk mempromosi Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan perniagaan dan percutian santai.

Bagi meningkatkan kesalinghubungan udara dan membawa lebih ramai penumpang ke Malaysia, Tourism Malaysia dan Malaysia Airports Holding Berhad telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat penerbangan antarabangsa seperti Condor Air, Air Arabia dan Busan Air bagi melancarkan laluan-laluan baharu ke Malaysia dari destinasi-destinasi antarabangsa yang utama.

Di samping itu, kemudahan Visa Sebaik Tiba (VOA) telah diperluaskan kepada 13 pintu masuk di Malaysia bagi memastikan kemasukan yang mudah bagi pelancong dari China dan India yang merupakan dua pasaran pelancong “outbound” yang telah berkembang dengan pesatnya.

Pada tahun 2018, Malaysia telah menerima sejumlah 25.8 juta pelancong antarabangsa, manakala bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, ketibaan pelancong antarabangsa mencecah seramai 10,954,014 orang, menyaksikan pertumbuhan sebanyak +4.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Rujuk:

Post a Comment

5 Comments

  1. Okay la logo dia...tak la nampak pelik sangat drpd gambar orang utan pakai sunglasses

    ReplyDelete
  2. Kemas cantik dan punya makna tersendiri, yang banyak sangat komen tu, dulu buka penyertaan tak nak masauk, dah ada terpilih sibukk komen kecam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeeee....tapi awat la aku tak perasan diorang bukak penyertaan, kalo tak, bole join...tiberrrr..hahahahha

      Delete
  3. Banyak juga yang dah di alter dr logo yang dipertandingkan. Bagi saya logo ni biasa nak dibandingkan 9 lagi dari senarai top 10. Btw Tahniah memang rezeki dia menang dengan konsep degign ni.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com