Rasai Pengalaman Mengujakan di Skyscape @ Menara JLand, Johor Bahru

Rasai Pengalaman Mengujakan di Skyscape @ Menara JLand, Johor Bahru | Siapa yang duduk Johor Bahru, pernah tahu tak tentang Skyscape? Salah satu tarikan terbaru di tengah-tengah bandar JB yang menampilkan gabungan teknologi dan hiburan pada ketinggian 149 meter dari aras tanah, bakal memberikan pengalaman terbaik buat uols yang datang dari kawasan sekitar mahupun dari jauh.

Skyscape @ Menara JLand, Johor Bahru, seperti tertera pada namanya, adalah yang pertama di Johor berkonsepkan ruang hiburan di udara (aerial entertainment space). Saya berkesempatan ke sini beberapa hari lepas untuk explore sendiri segala aktiviti dan tarikan yang disediakan kepada para pengunjung.


Macam Mana Nak ke Skyscape Johor Bahru?

Untuk ke sini, uols boleh parking kat Komtar JBCC, kemudian turun ke Ground Floor. Nampak aje information counter, tengok lantai. Ada floor sticker yang menunjukkan arah ke Skyscape JB. Uols kena keluar ke pintu sebelah O'Briens cafe, dah keluar dari JBCC, ambil kanan. Jalan kaki dalam 2-3 minit ke bangunan Menara JLand, uols akan nampak pintu masuk sebelah kanan. Masuk dalam, uols akan nampak kaunter ticket ke Skyscape JB sebelah kiri. Boleh beli tiket kat situ ya.

Berapa Harga Tiket Skyscape Johor Bahru?


Harga Tiket ke Skyscape JB (*Fasa Pertama Sahaja)

Dewasa (12 - 59 tahun)
MYKad: RM28, Non-MYKad: RM38

Kanak-kanak (3 -11 tahun)
MYKad: RM18, Non-MYKad: RM28

Warga Emas (>60 tahun)
MYKad: RM23, Non-MYKad: RM33

Harga tak termasuk stokin anti-slip Skyscape (RM5)
Untuk masuk ke Sky Bridge, wajib pakai stokin anti-slip Skyscape
Bayaran tunai (RM), VISA, MasterCard, American Express & Debit Cards diterima

Harga yang tertera tu adalah harga untuk fasa pertama sahaja. Sekarang ni diorang tengah dalam proses untuk melengkapkan fasa kedua, di mana lagi banyak aktiviti yang pengunjung boleh explore bila datang ke sini nanti. Jadinya, harga pada fasa kedua nanti sure akan naik sikit.

Apa Tarikan yang Ada di Skyscape Johor Bahru?



Selepas saje uols beli tiket, uols boleh ambil dulu gambar kat ruang legar depan kaunter tu. Ada juga ditawarkan gambar green background, yang mana nanti bila sampai kat merchandise store, uols boleh tengok hasil gambarnya bila dah dicetak. Sebelah green background tu pulak ada Floor Interactive Games, untuk uols main dengan family atau kawan-kawan. Ada macam-macam games yang uols boleh cuba, termasuklah tolak lembu masuk dalam kandang, main piano gergasi, pecahkan belon, kutip sampah dalam sungai, dan lain-lain lagi.



Bila dah puas main kat situ, kitorang naik pulak ke Tingkat 34. Haa, kat sini lah semua pengalaman mengujakan bermula ya! Sampai tingkat 34, besar terpampang depan mata tulisan Skyscape @ Menara JLand. Ape lagi, ambil gambar kat situ duluuuu! Lepas tu, kena lalu LED Tunnel untuk masuk ke kawasan Skyscape. Terowong ni pendek aje, jangan risau. Warna lampu LED nya bertukar-tukar, sangat instagrammable yeeee section ni!

Dah lepas LED Tunnel, uols akan nampak pulak ruang Interactive Wall & 3D Modelling, tapi yang ni adalah untuk fasa kedua Skyscape nanti.


Kat sebelah ruang ni pulak ada tiga bahagian Visual Reality (VR) Games, uols boleh pilih sama ada nak bunuh zombie ke, main ski ke atau naik roller coaster. Semuanya guna teknologi VR dengan pengalaman sebenar! Kalau tak pernah naik roller coaster tapi teringin nak rasa macam mana, haaa boleh la cuba VR kat sini dulu. Tengok nanti, termenjerit macam Sis Lin ke idokkkkk ๐Ÿ˜

VR Games @ Skyscape Johor Bahru. Pic: Oh!Funtastic

Mini Theatre @ Skyscape Johor Bahru. Pic: Oh!Funtastic

Sebelah VR Games tu ada Mini Theatre. Video yang dipaparkan adalah mengenai tempat-tempat menarik kat Johor. Jangan terkejut, mungkin saja ada tempat-tempat yang uols tak pernah tahu sebelum ni, muncul dalam video tu. Haaaaa! Memang la ada keberangkalian tu kan? Dalam ruang yang sama ni jugak, nanti akan ada Interactive Wall & 3D Modelling untuk kanak-kanak melukis dan mewarna objek, kemudian dipaparkan dalam video kat depan tu.




Ok now, jom ke Sky Bridge! Jangan lupa buka kasut dan pakai stokin anti-slip Skyscape untuk masuk ke Sky Bridge ni tau! Sebabnya lantai kaca Sky Bridge tu confirm lah licin, bila pakai stokin anti-slip Skyscape, rasa selamat la sikitttt. Dia ada bijik-bijik getah bawah tapak kaki untuk prevent gelincir. Nak tengok gambar-gambar kat Sky Bridge? Nahhhh!





Best sangat perasaan dia bila melangkah atas lantai kaca lutsinar dengan deruan angin kuat. Walaupun ruang Sky Bridge tu pendek aje, kalau uols jenis gayat tahap Gunung Everest, agak mencabar jugak nak melangkah ye! Sebabnya kat bawah kaki uols tu jelas nyata jalan raya dan kenderaan bergerak. Seram ke tak seram?


Keluar dari Sky Bridge, kitorang ke Observation Deck & Activity Area pulak. Kat sini, boleh tengok bandar JB dan Singapore seluas-luas mata memandang. Gituhhh. Ruang yang luas kat sini membolehkan uols buat event-event kecil dalam 30 - 180 pax sambil menikmati pemandangan yang indah pada ketinggian 149 meter. Anak-anak pulak boleh join aktiviti mewarna.



Akhir sekali, kitorang ke Merchandise Shop. Kat sini ada dijual souvenirs berupa stokin anti-slip Skyscape, t-shirt, fridge magnet, keychain dan juga aksesori gambar. Alahh, gambar yang uols ambik kat green background kat sebelah kaunter kat bawah tadi tuuuu. Haa, kat sini lerr diorang cetak gambar-gambar tu. Uols boleh beli gambarnya pada harga RM40, atau keychain bergambar pada harga RM25, atau satu set 3 barang - gambar, keychain dan bingkai bergambar pada harga RM80.




Overall, memang puas hati explore Skyscape ni, terutamanya part VR Games tu. Uols wajib cuba tau kalau ke sini. Akan datang, diorang akan tambah pulak teleskop, aktiviti hologram dan augmented reality (AR) games juga! Tak sabarrrr nak pergi lagi!


Skyscape Johor Bahru

Location:
Ground Floor & Level 34 @ Menara JLand, Johor Bahru
Atas Shopping Mall Komtar JBCC
Sebelah Malaysia-Singapore CIQ
25 minit dari Lapangan Terbang Senai

Waktu operasi:
Setiap hari
9.30 pagi - 10.00 malam


Online Tickets:
(boleh walk in juga)

Email:
sales.skyscape@menarajland.com.my

Facebook:

Instagram:
Rasai Pengalaman Mengujakan di Skyscape @ Menara JLand, Johor Bahru Rasai Pengalaman Mengujakan di Skyscape @ Menara JLand, Johor Bahru Reviewed by Sunah Sakura on July 20, 2019 Rating: 5

10 comments:

  1. wowww...bestnya...tapi anak anak ada beberapa orang yang gayat teruk. suruh naik turun slide kat playground pun meraung

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu diorang besar sikit kak yan...hahahaha

      Delete
  2. haha.. seram... tunggu anak besar lah baru dapat merasa...

    ReplyDelete
  3. ada tarikan baru ni! hmmm tp bila laa nk g JB ni...lama betul x ke sana

    ReplyDelete
  4. Pengalaman yang menarik ni, tapi utk org gayat mcm akk fikir 10 kali nak beli tiket

    ReplyDelete
  5. Menarik juga skyspace ni. Boleh lah cuba pergi bila balik ke JB nanti , inshaAllah.

    Skybridge tu memang gayat. Kalau Ruby lah. Penakut. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti jadi cam salah sorang kawan kita tu, merangkak dia nak duduk kat skybridge..hahahaha

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.