Bercuti 3 Hari 2 Malam ke Pulau Perhentian Kecil, Terengganu

Bercuti 3 Hari 2 Malam ke Pulau Perhentian Kecil, Terengganu | Ini kisah beberapa bulan yang lepas woiii! Lama gilaaa terperap dalam draft, kalau dibiarkan sampai tahun depan, dah boleh buat pekasam. Hahahaha, over! Ok lah, straight to the point. Awal April tahun ni, encik suami buat trip ke Pulau Perhentian Kecil untuk team kerja dia. Saya pun salah seorang daripada team tersebut, jadi boleh la masuk sekali join bercuti, khennnn!


Alkisahnya, beberapa bulan sebelum tu, encik suami buat contest dalam group kitorang. Sape yang close sale lebih dari certain amount, dia boleh dapat FREE trip ke Pulau Perhentian. Bila da habis tempoh contest, hanya seorang saje yang dapat FREE trip tu. Selebihnya yang nak join, kena bayar sendiri. Hahaha. Saya lah tu antara yang kena bayar sendiri, tapi alhamdulillah murah sangat okayy trip kali ni. Terasa rugi kalau tak join.


Kitorang gerak dari KL malam, sampai Kuala Besut dalam waktu Subuh. Terus solat dekat terminal bas Kuala Besut tu. Lepas solat, bila hari dah siang sikit, kami bertolak pula ke jeti Kuala Besut. Sementara tunggu semua dah ada, sempat juga bersarapan kat area jeti tu, mengenali kuih-muih Terengganu bersama GAM Jeff. Kahhhh!



Bila bot kitorang da sampai, apa lagi, bermula lah percutian kami di Pulau Perhentian. Perjalanan bot dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Kecil mengambil masa lebih kurang 45 minit. Bot dibawak laju gilerrr, sampai terhentak-hentak bila dilambung ombak. Nasib lerr kalau kebasahan kena tempias air laut. Salah seorang ahli team mula-mula tu macam mabuk laut. Alhamdulillah saya bawak Young Living Peppermint Essential Oil dengan Stress Away Essential Oil Blend, boleh buat hilangkan motion sickness dia. Dan semua yang lain juga. Teruja masing-masing dengan keistimewaan YLEO ๐Ÿ˜‚



Sampai jeti Pulau Perhentian Kecil, semua terpegun tengok betapa indahnya pulau ni. Air lautnya biru, bot-bot nelayan dan juga bot komersial bersepah-sepah atas laut. Kitorang tak dapat terus check in sebab bilik belum siap. Jadi kena tunggu aje kat jeti tu dulu. Masing-masing dah kepenatan sebenarnya. Dan juga kelaparan. Hahaha. Mujur lah ada jajan dengan kuih siput abam sado buat isi perut masing-masing. Sambil-sambil tunggu tu, apa lagi. Photoshoot lerrrr memasing ๐Ÿ˜




Hampir tengahari, baru lah kitorang boleh masuk bilik. Saya tak ambil pun gambarnya adohai. Cuma, bilik dia memang bilik biasa-biasa aje lah, sekadar untuk tidur, solat, mandi, haa boleh lahhh. Takde macam hotel-hotel, tiga empat bintang pun tak sampai tau. Hahaha! Nama chalet tu pun saya tak ingat dah. Da lamaaaaaaa sangat!

Kitorang rehat sekejap kat bilik masing-masing. Dalam lepas Asar gitu baru lah keluar. Isi perut kat gerai area depan-depan tu. Harga makanan kat sini jangan bandingkan dengan kat tanah besar ya! Ni harga pulau! Walaupun hari pertama dapat harga kemain murah-terkejut-mak-noksss, hari kedua, jangan mimpi dapat harga yang sama. Boleh naik berkali ganda ikut suka hati dia aje! ๐Ÿ˜ค




Lepas makan, aktiviti kitorang pun bermula. Percutian kat Pulau Perhentian ni sebenarnya lebih kepada team building trip untuk team encik suami. Semua yang hadir adalah consultant dan juga ada beberapa orang klien. GAM Jeff bagi sedikit ucapan petang tu tentang hala tuju kami dan juga perkongsian dari pengalamannya sendiri sepanjang berkecimpung dalam bidang perunding kewangan.

Lepas taklimat ringkas, encik suami mulakan aktiviti sukaneka. Alahai macam budak-budak balik semua, hahaha. Ade-ade aje laki aku ni buat permainan. Yang tak acinya, dia tak termasuk dalam game. Jadi, sukahati dia aje la nak membuli kami. Ah, ape-apepun, team kami menang!! Itu paling penting! ๐Ÿ˜



Awat muka serius sangat, tak tau? Hahahaha

Selesai aktiviti petang tu, kami pun masuk ke dalam laut. Ape lagi kan? Dah sampai pulau kot! Wajib lerrr mandi laut! Bedebushhhhh! Mandi sampai puas, dah nak maghrib baru balik bilik. Ekekeke. Malam tu pulak ada lagi taklimat lain. Perkongsian tentang takaful dan pentingnya untuk sebarkan tentang kelebihan mempunyai takaful kepada orang lain. Makan malam kat situ, siap ada anugerah-anugerah lagi untuk consultant terbaik sepanjang tahun lepas.




Lepas makan? Balik bilik ler. Tidur dan bersedia untuk hari kedua.

Pagi-pagi, lepas sarapan kat Medan Selera Pulau Perhentian, semua berkumpul dekat jeti sebab hari kedua kami akan snorkeling dari pagi sampai ke petang. Sebelum snorkeling, sempat lagi ambil gambar kat sekitar pulau. Belek punya belek gambar, baru perasan sebenarnya nama kampung ni Kampung Pasir Hantu. Erkkk!



Punya lah banyak gambar selfie, ni je yang lepas masuk kat blog tau. Hahaha!

Untuk snorkeling ni, ada tiga tempat yang kitorang pergi sebelah pagi, tapi hampir kesemua tempat tak ada apa-apa yang boleh diselam. Hahaha. Sedhehhhh! Kata ada turtle kat turtle beach, tapi tak ada punnnn? Keciwaaa sungguh laaa! Penyudahnya, ambil gambar ajeeee lahhh kami!




Tengahari tu balik bilik, siap mandi bagai, tiba-tiba encik suami cakap, petang ni snorkeling lagi. Haaa? Mampusss baju tak cukup. Hahaha! Pakai lerr balik baju pagi tadi. Nasib da kering sikit jemur kat luar. Walaupun mula-mula rasa malas sebab belah pagi tak nampak apa-apa, tapi sebab tour guide kami cakap kali ni confirm nampak ikan, errmmm ok!


Ye, betul! Gembira hati ni sebab akhirnya nampak jugak batu karang dan ikan-ikan berenang dalam laut. Walaupun point yang pertama tu batu karangnya da hampir gondol kena pijak pelancong, ternampak jugak kelibat landak laut. Point seterusnya pulak adalah shark point, sepatutnya nampaklah shark, tapi tak sempat la saya kejar bila tour guide kitorang panggil tempat shark tu. Nak menyelam tapi tak pandai berenang, gini lerrr. Sampai satu masa tu rasa penat sangat menguak air, rasa dah tak larat gilerrrrrrr. Bahu dah sakit sangat dan rasa dah malas betul, macam ni agaknya orang cakap "mood dah ke laut", rasa macam nak suruh diorang yang atas bot tu tarik saya balik ke bot guna tali pun takpe ๐Ÿ˜‘

Masa ni encik suami pun tak turun. Yang turun dalam air empat orang aje. Disebabkan dak Yana pun ada, saya gagahkan diri jugak temankan dia. Dia pun jadi penat asyik tarik saya ke sana sini. Aduhai, menyusahkan orang betul seketul dugong Sunah ni. Hahahaha! Bila dah naik ke bot, jangan tanya lah. Tangan dah macam nak tercabut dah ni. Cepat la balik bilik. Nak bercakap pun tak larat. Hahahaha. Dahsyat sungguh snorkeling sampai gini. Nasib baik la balik tu dapat singgah beli aiskrim kat depan chalet dulu. Fuhhh, sejuk tekak!

Jangan lupa singgah sini kalau snorkeling, ada mata air yang sangat sejuk dan menyegarkan

Tengok la gedik betul dak Yana ni pose depan gerai aiskrim aje punnn...puihhh ๐Ÿ˜

Kita beli aiskrim perisa Yam, sedappppp!

Sampai bilik terus mandi dan siap-siap solat. Bahu yang sakit sangat tu saya sapu Young Living Panaway Essential Oil Blend. Minyak Essential untuk redakan rasa sakit pada otot. Itu pertama kali saya pakai, tudung botol pun baru dibuka. Bau dia memang macam bau minyak urut atau minyak panas. Allahu, bersyukur sangat tergerak hati nak bawak. Alhamdulillah, lepas pakai minyak tu terus redha rasa sakit bahu sebelah malamnya. Kalau tak, boleh sampai dua tiga hari juga sengal tak hilang.

Petang tu, kami ke pantai semula. Jalan-jalan ambil angin petang dan photoshoot sampai ke Nemo Chalet. Sepatutnya kami duduk kat chalet tersebut, tapi masa nak booking dah lewat sangat, semua bilik dah penuh. Tak ada rezeki kami.




Malamnya, kami makan dekat arked depan chalet aje. Tapi mood semua orang malam tu agak terganggu sikit sebab ada satu kejadian buruk berlaku pada kawan dak Amad kat Perak. Lepas makan-makan kitorang terus balik bilik sebab esok paginya kena keluar lebih awal dari waktu yang dirancang. Dak Amad dan kawan-kawan kena segera balik ke Perak esoknya.

Hari terakhir, kami checkout dan naik bot kembali ke tanah besar. Dak Amad dan kawan-kawannya terus gerak balik Perak, kami pulak meneruskan aktiviti kami kat Kuala Besut sementara tunggu waktu bas nak ke KL.


Cari ole-ole kat Kuala Besut

Dalam tengahari juga, kami gerak pulang ke KL. Berakhir sudah percutian kami. Tak ada lah aktiviti berjalan-jalan sangat sebab semua aktiviti kat pulau aje. Cuma belah petang hari kedua tu, dak Amad dengan kawan-kawan dia ke sebelah sana pulau (Pasir Panjang) untuk ke tempat kincir angin, kami tak join pulak sebab dah penat. Ok lah, ni nak share sikit tips kalau nak ke Pulau Perhentian:

  1. Pulau Perhentian Kecil tak ada ATM Machine, jadi bawak cash secukupnya sebelum ke sini.
  2. Harga makanan agak mahal, jadi bawak la makanan sendiri kalau tak nak spend lebih pada makanan.
  3. Jangan lupa pakai sunblock untuk aktiviti snorkeling kalau tak nak kena suntan atau sunburn ๐Ÿ˜
  4. Kalau terlupa pakaian mandi tak apa, ada banyak kedai menjual pakaian mandi.
  5. Hujung minggu, pengunjung akan semakin bertambah, jadi harga penginapan dan makanan akan semakin meningkat.


Pulau Perhentian ni best untuk yang sukakan aktiviti pulau, kalau uols berminat nak ke sini boleh lah contact tour guide kitorang sepanjang kat sana ya!

Instagram:

No. Tel:
0199425184 (E-One)


P/S: Mampusss gambar banyak gilerrr! Itu pun ada lagi yang tak masuk! Hahaha!

25 comments:

  1. Bestnyaaa...one daya nak ke sini juga nanti dengan family.
    Sekarang memang trip family ke pulau-pulau aje, lebih relax kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyee...takyah banyak fikir, aktiviti semua bertumpu kat situ aje

      Delete
  2. wow menarik
    anum belum pernah sampai lagi

    ReplyDelete
  3. bestnya snorkeliing sunahh.. nampak ikan jaws tak haaa

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum sunah...seronoknya dpt bercuti bersama team2 yg lain kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama..yaa, seronok sangat mama! boleh kenal lebih dalam antara satu sama lain!

      Delete
  5. mama baru usha pulau perhentian katanya lagi cantik dari redang.. terigin nak gi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pulak teringin nak pergi pulau redang! hihihi

      Delete
  6. cantiknya pulau perhentian..dah lama teringin nak pegi.. tp kena tunggu anak besar sikit.. baru mak boleh join aktiviti.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul...bila anak2 da besar, diorang pun da bole simpan memori tu dalam kepala...hihihi

      Delete
  7. memang cantik la pulau Perhentian..

    in shaa Allah sudah diletak dalam senarai tempat berbulan madu nie..

    yes!

    ReplyDelete
  8. Bestnya... tp percutian ke pulau belum ada dalam perancangan. Ingat nak melaka je ni nanti

    ReplyDelete
  9. biarpun dekat dgn Kelate tp x pernah naik bot ke pulau tu. cuma dulu pernah gi makan tomyam kat jeti kuala besut je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh ada ek tomyam kat situ! tak sempat nak merasa!

      Delete
  10. Cantik juga Perhentian .. belanja gambar lagi sunah.. gambar pantai etc Boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kita cuba ya mamapp! sebab tak ambil banyak juga gambar pantainya..

      Delete
  11. hampir semua pulau2 best kt terrengganu sy x penahy smpi lg...sedih betul... bla tengok entry ni nmpk nya thn dpn kena plan laa... hujung tahun mmg x sesuai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..hujung tahun musim hujan...agak berbahaya kalau nak ke pulau..

      Delete
  12. Dulu pernah berangan nk ke sana lps ada ank ramai mcm krik krikk nk ke pulau yg x leh bw kereta sbb Brg je dh stgh lori. Sobss sobss. Nk hanimun je la berdua nnt ke sini

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com