Always Do the Right Thing


In the end, you should always do the right thing even if it's hard.

- Nicholas Sparks -

Bak kata pengetua sekolah saya dulu, betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul. Kita nak membetulkan sesuatu yang dah jadi norma dalam masyarakat, bukan lah sesuatu yang mudah. Sedangkan memang benda tu kena diperbetulkan. Apatah lagi kalau kita seorang diri, nak memperjuangkan sesuatu yang bakal mengubah kehidupan satu kelompok masyarakat secara keseluruhannya, kalau lemah, tentu saja akan tewas.

Kena buat sikit-sikit dan perlahan-lahan, tetapi berterusan.

Usaha yang sedikit-sedikit tapi konsisten, lebih baik daripada usaha yang mendadak tetapi berhenti di tengah jalan. Namun, sebenarnya semua kena bermula daripada diri kita sendiri. Kena betulkan juga diri sendiri, sebelum nak membetulkan orang lain. Orang akan nilai diri kita dulu sebelum diorang nak terima nasihat dan pandangan kita. Itu hakikatnya.

Dan pada akhirnya, kita kena sentiasa periksa segala amal kita.

Do we always do the right thing rather than the wrong?

Tepuk dada, tanya diri.
Always Do the Right Thing Always Do the Right Thing Reviewed by Sunah Sakura on August 23, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. akak setuju tu, kdg kita terlalu ikutkan kata org lama2 kene buat mcmtu mcmni, sedangkan apa yg kita buat atau amalkan tu salah

    bila dh tahu kebenarannya, kita kene ubah, kene jgk bgtau kt org lain apa yg betul n salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, betul kak...tapi tu la, bukan mudah nak betulkan sesuatu yang dah jadi kebiasaan tapi sebenarnya salah

      Delete
  2. Benar, siapa lagi nak majukan diri sendiri kalau bukan diri sendiri? Nak ikit kata orang, memang tak majulah kita. Janji apa yang kita buat tidak mengganggu kehidupan orang lain..dan always do what you like to do.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa..and if they like you, they will find you...gituuu

      Delete
  3. Tapi kan kak sunah. Bila baca ayat betulkn yg biasa & biasakan yg betul ni....

    Nur teringat maklong nur sgt marah kami cucu panggil nenek MakYam. Sbb pangkat 'mak' tu. Patutnya panggil nenek. Tapi nenek ok je tak kesah.

    Hehe just teringat pulak bila baca ayat tu sbb maklong nur acap kali ulang ayat tu 🤣

    ReplyDelete
  4. Yaaa betul kak. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Ramai orang tak sedar yang kadang kadang apa dia buat tu salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...pentingnya ada kawan2 yang menegur kita bila kita buat silap...

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.