Butter Cheese Cake Sedap di Mita Cake House, Kuching

Butter Cheese Cake Sedap di Mita Cake House, Kuching | Adik saya yang bongsu tu, awal-awal da pesan supaya tak lupa beli Butter Cheese Cake di Mita Cake House kalau ke Kuching. Masa dalam kereta bincang-bincang hala tuju destinasi kami di Kuching hari tu, Maria pun ada sebut juga nama kedai kek ni.


Agak dikenali jugak lah ya di kalangan pelancong. Bila saya google gambar kek nya, nampak macam Original Cake yang pernah viral tu. Tapi tak pernah pulak saya rasa kek yang viral tu. Nampak je orang berbaris kat Paradigm Mall nak beli dia, saya lalu amek bau aje. Tak teringin pulak nak rasa sebab nampak macam kek biasa aje.


Tapi alang-alang dah ada kat Kuching, kami singgah juga ke Mita Cake House masa on the way nak ke airport lepas kenduri. Dari luar nampak macam kedai bakery biasa aje. Masuk dalam, pun sama macam kedai bakery biasa. Terus cari kek yang direkemen. Oooo, ada dua jenis. Satu yang kosong original, satu yang ada topping kekacang. Harga kedua-duanya tak jauh beza sangat lah.


Bukak penutup bahagian kek tu, zapppp bau dia masuk ke lobang hidungkuuuu! Dapnyaaaa bau dia! Bau macam susu yang manis, tentu lah bau cheese kan? Malangnya tak ada tester, maka kami gamble aje beli. Saya dan Maria beli yang kosong, encik suami beli yang ada topping kekacang.

Butter Cheese Cake RM13.60 @ Mita Cake House, Kuching

Butter Cheese Cake with toppings RM14.00 @ Mita Cake House, Kuching

Yang bagusnya, masa bayar kat kaunter, nampak sijil HALAL JAKIM untuk bahan-bahan yang digunakan kat dinding belakang kaunter. So, tak diragui lah ya kehalalannya. Nak HALAL Indonesia pulak ke? Tak payah lerrr, tu Xing Fu Tang punya 😝

Zoom in untuk tengok halal, kalau boleh zoom lah...hahahah

Saya hanya makan kek ni bila dah sampai ke Johor. Simpan dalam peti ais dulu. Bila nak makan, keluarkan sekejap untuk lembutkan dan potong. Subhanallah, sedap tau! Walaupun rupa dia biasa-biasa ajeeeeee. Kek nya sangat lembut dan berasa keju nya. Makan sepotong, pasti nak lagi berpotong-potong. Saya siap buat Snow Cheese Cake lagi guna kek Mita ni. Hahaha.


Tak rugi beli, uols kalau ke Kuching, jangan lupa singgah tau! Cawangannya banyak merata-rata Kuching, waze aje ya! (Tak ada official Facebook dan Instagram)

8 comments:

  1. sedapnyaa!

    http://sayesyadiya.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum sunah..wah !! nampak sedap jer tu...

    ReplyDelete
  3. Terasa lemaknya tu sunah, next time bleh kirim laaa

    ReplyDelete
  4. omgggggg!!!! kbye tuh je nak cakap. hahahhaha..

    ReplyDelete
  5. Waaa macam sedapnyaaa...tapi Sis tak berapa suka kek butter hehehe macam rasa kosong dunia makan kek tu kekekeke

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com