Cara-cara Untuk Mencuci Diffuser Young Living

Cara-cara Untuk Mencuci Diffuser Young Living | Bapak minyak kita cakap, diffuser Young Living tu kena cuci sekurang-kurangnya seminggu sekali. Sebabnya, bila tak pernah cuci, lama-lama minyak yang didiffuse tu macam tak ada apa-apa bau keluar walau uols letak beribu-ribu titis essential oils.


Penggunaan diffuser dalam tempoh masa yang lama tanpa pernah dibersihkan menyebabkan sisa-sisa essential oils terkumpul pada bekas diffuser tu. Sebab tu la bila kita diffuse yang baru, essential oils tu tak dapat nak berfungsi dengan sepenuhnya.


Macam mana nak cuci diffuser Young Living?

Ni perkongsian dari bapak minyak kita, diambil dari Facebook Aroma Young Living.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk mencuci diffuser Young Living:

  1. Kapas
  2. Air paip sejuk
  3. Cuka
  4. Kain kering atau tisu

Cara-cara untuk mencuci diffuser Young Living:

  1. Pastikan tutup suis dan cabut diffuser dari plug sebelum memulakan proses mencuci.
  2. Letakkan sedikit cuka pada kapas, dan lap bahagian metal pada tengah-tengah bekas diffuser.
  3. Kemudian, isi air lebih kurang separuh daripada aras maksimum bekas diffuser.
  4. Titiskan lebih kurang 10 titik cuka atau 1 sudu kecil ke dalam bekas diffuser.
  5. Sambungkan semula diffuser pada plug, ON kan switch diffuser dan biarkan cuka tersebut mencuci bahagian dalaman diffuser yang berminyak tu sehingga air dalamnya habis.
  6. Bila air dalam bekas dah habis, lap kan bahagian dalam bekas diffuser dengan kain kering atau tisu. Sisa-sisa minyak akan lebih mudah tanggal.

Ok, dah boleh guna semula macam biasa, bau essential oil yang didiffuse pun akan jadi lebih kuat dan berfungsi dengan lebih baik, insya'Allah!

Selamat mencuci!


Nak milik Diffuser Young Living sendiri? Atau nak beli set Premium Starter Kit Young Living? Boleh whatsapp terus bapak minyak kita ya!

Izzat

Cara-cara Untuk Mencuci Diffuser Young Living Cara-cara Untuk Mencuci Diffuser Young Living Reviewed by Sunah Sakura on August 17, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. Belum ada rezeki ni nak beli...ada je duitnya nak guna, insyaAllah one day mesti nak beli one set!

    ReplyDelete
  2. teringin nak ber EO.. tapi part penjagaan diffuser tu yang malas. alangkan charger henpon sebulan satu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kak...saya pun bukan selalu sangat pun bersihkan dia, ni buat entri ni bagi sedor diri sikit..ahaha

      Delete
  3. Tips yang berguna, shu tak pernah guna benda ni. next time boleh guna sebab dah ada tips ni. heee

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.