Amore Double Chip Cookies - Rangup, Sedap dan Murah!

Amore Double Chip Cookies - Rangup, Sedap dan Murah! | Seingat saya, cookies cenggini pernah jugak viral satu masa dalam setahun dua yang lepas. Masa tu orang panggil Domisi cookies, brand Sabrina Bakery. Lama-lama geng-geng bakers kita improvise cookiesnya, dan menghasilkan cookies yang lebih menarik.

Antara yang terbaru saya cuba adalah Double Chip Cookies dari jenama Amore. Dikenali sebagai Muslim Product dengan tagline "Rindu Pada Gigitan Yang Pertama", Double Chip Cookies dari Amore ni adalah milik Amore Global Enterprise yang bertapak di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Dekatttt sangat uikkk dengan seketul Farahain, boleh la memborong selalu! Hahaha!


Double Chip Cookies dari Amore ni punya rasa dan identitinya sendiri. Saya suka pada packagingnya. Warna biru dan kuning pada pek tu sangat menarik perhatian, dengan grafik sekeping cookies bercermin mata dan tertawa riang, kita pun turut sama terhibur bila membeleknya. Gituhh la bila #mudahterhibur 😬

Pada belakang pek ada diberitahu kandungan cookies, siapa alergik kacang dan telur, mohon jangan bersedih ya! Double Chip Cookies Amore ada kedua-duanya, tak dapat la uols merasa kesedapan dan kerangupan cookies ni. Sobss. Biar saya aje lah yang rasa dulu.


Bila bukak pek, nampak lah isi di dalamnya. Ambik sekeping, masuk dalam mulut. Krup krap, krup krap bunyi bila cookies digigit. Woowww, memang betul lah rangup! Dan ada sedikit serpihan kacang badam pada setiap cookies. Rasa coklat cip dia sedap, walau ada cinnamon dalam bahannya, tak ada bau cinnamon yang terlalu kuat yang boleh membantutkan selera. Paling berbahaya, bila makan sekeping, nak lagi sekeping, sekeping lagi, dan lagi, ahhh! Bila nak kurus ni?


Tengah taip ni pun pergi amek lagi sekeping. Adoiii!

Dahsyat betul penangan Double Chip Cookies ni uikkk! Nak kena beli lagi ni! Uols kalo ada yang teringin Double Chip Cookies dari Amore ni, boleh lah order dari page Facebook Amore Cookies atau Instagramnya ya! Kita ada letak link kat bawah nunnnn!

Oh, diorang jugak tengah cari agent atau stokis bagi setiap negeri.

UNTUK DROPSHIP:

SUPER DROPSHIP
1: Modal permulaan untuk menjadi SUPER Dropship Amore

MODAL = RM 120.00/10 PACK
  1. Anda akan dapat 8 pack Amore Cookies dan FREE 2 pack tester
  2. Free postage Semenanjung Malaysia
  3. Reward Top Dropship
  4. OFFER pengedar/agent
  5. Support group Whatsapp/Contest strategi buat duit
UNTUNG = RM 80.00
  1. Anda mestilah menjual pada harga yang disarankan dan dipantau oleh HQ
  2. Harga jualan 1 pack = RM 20.00 ( Rate Discount Harga Jualan RM 15 - 20)
  3. Harga include charge COD jika hendak melakukan penghantaran (biasanya customer bila mintak cas COD diorang sukar untuk membeli)
  4. Kadar keuntungan 1 pack RM 8.00 (jika tidak berlaku discount)
PENTING
  • Anda mestilah mendapatkan testimoni pelanggan, gambar serta video untuk meningkatkan jualan anda.
  • Anda usaha, anda buat, anda dapat.

UNTUK AGENT
1: Modal Permulaan Untuk Menjadi AGENT Amore

MODAL = RM 480.00/40 PACK/2 CARTON
  1. Anda akan dapat 36 pack Amore Cookies dan FREE 4 pack tester
  2. Free Postage Semenanjung
  3. Reward Top AGENT upgrade Stokis
  4. Support group Whatsapp
  5. Dapat OFFER STOKIS NEGERI
  6. Group contest
UNTUNG = RM320.00/40 PACK/RM 20.00
  1. Anda mestilah menjual pada harga yang disarankan dan dipantau oleh HQ
  2. Harga jualan 1 pack = RM 20.00 ( Rate Discount Harga Jualan RM 15 - 20)
  3. Harga include charge COD jika hendak melakukan penghantaran (biasanya customer bila mintak cas COD diorang sukar untuk membeli)
  4. Kadar keuntungan 1 pack RM 8.00 (jika tidak berlaku discount)
PENTING
  • Anda mestilah mendapatkan testimoni pelanggan, gambar serta video untuk meningkatkan jualan anda.
  • Anda usaha, anda buat, anda dapat.

Boleh rujuk post Facebook diorang kat bawah ni kot-kot ada yang berminat nak mencari duit sampingan atau buat part time:


Double Chip Cookies by Amore Cookies

RM20 - 180 gram (45-50 pcs)

Manufacturer:
AMORE GLOBAL ENTERPRISE
14, Jalan Sekoi, Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Tel. No:
011-3770 1174

Facebook:

Instagram:
Amore Double Chip Cookies - Rangup, Sedap dan Murah! Amore Double Chip Cookies - Rangup, Sedap dan Murah! Reviewed by Sunah Sakura on August 29, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. Waaa detailnyaaa...
    Amore kena bagi komisen lebih ni sebab promote agent dan dropship ni..tiada rahsia harga dah ni hahahahah

    ReplyDelete
  2. Alaa teringin lak tengok biskut tu

    ReplyDelete
  3. peluang untuk buat duit...bagi mereka yang ada pasion dalam bisnes

    ReplyDelete
  4. Amboii.. Tagline dia tu tak menahan, "Rindu pada gigitan yang pertama." Hahaha. Memang menarik minat bila tengok packaging dia. Buat orang nak membeli.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.