Roti Jala Cicah Kuah Kari Ikan Siakap

Roti Jala Cicah Kuah Kari Ikan Siakap | Yaaaa, sedap bunyinya kannn? Memang sedap bila dah masuk mulut dan bertapa dalam perut sebelum keluar menjadi ehemmmmm. Ok cukup sampai situ πŸ˜†

Bukan saya yang buat roti jala dan kari ikan siakap ni, tapi Sis Lin yang buat. Haha. Ahad lepas, bersemangat dia nak menjala sebab malam tu ada meeting kononnya sekejap dengan dak-dak Visit Johor kat rumah dia. Dia pulak memang teringin nak makan roti jala, kita layankan aje lahhhh.


Kari ikan siakap tu dia dah start masak dari sebelum tengahari lagi. Semerbak bau kari dalam rumah. Petang-petang sikit dia start menjala pulak. Kita teruja nengoknye. Ye lah, tak pernah buat roti jala sendiri. Gi rumah orang, baru la nampak live depan mata dari bancuhan adunan sampai la roti jala siap digulung.

Ape, tolong jala ke tak?

Kita tolong kejap je uolss, tolong gulungkan aje, tapi lepas tu kena halau dengan Sis Lin sebab dia cakap "lagi lambat kalau ko buat, asyik 'panas...panas...'" πŸ˜‘


Ye lah, panas lahhh baru angkat dari kuali, nak kena gulung 30 saat kemudian. Hahaha! Tak boleh ke sediakan pinggan lain jugak untuk kumpulkan roti jala yang baru keluar dari kuali? So sempat la dia nak sejuk sikit bila ada banyak-banyak pinggan. Haha 😝

Bila dah kena halau dengan sis, kita pun duduk depan tengok TV. Bila roti jala da siap, dia panggil makan. Ape lagiiii, mencekik laaa! Sambil mencekik, sambil menyimpan impian, nak menjala roti sendiri satu hari nanti. Hahaha!

Terima kasih Sis Lin untuk 3 hari 3 malam!
Roti Jala Cicah Kuah Kari Ikan Siakap Roti Jala Cicah Kuah Kari Ikan Siakap Reviewed by Sunah Sakura on August 28, 2019 Rating: 5

24 comments:

  1. Sedapnyaaa...ngan kari ikan pun boleh...janji sodap kan...

    ReplyDelete
  2. Tak kisah kari apa yang penting kari dan pekat likat memang menjilat jari :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. harus lah! anum dah selalu masak sedap2, kan! kita pun nak makan sedap2 jugak....hahhaha

      Delete
  4. hahahaha.. akak salute betul dgn orang yg gigih gulung roti jala ni, kalau akak main lipat2 aje

    ReplyDelete
  5. hahaha kalau baca story akak ni asyik dok senyum sesorang je. Lepas tu siap terbayang macam mana reaksi sis dengan akak hahahaaa

    ReplyDelete
  6. lamanya tak makan roti jala.
    cak cak ray singgah smbil klik ads as usual.

    ReplyDelete
  7. Terus rasa macam esok nak buat lempeng cecah asam pedas ikan Yana masak tadi hehehehe

    ReplyDelete
  8. Ohh roti jala dengan kuah kari memang feveret saya dari duduk asrama dulu... Makan sampai kenyang macam makan nasik hehehe... Saje nak bgtahu saya tekan ads blog ni.

    ReplyDelete
  9. saya, kalau roti jln ni cicah apa shj pun sedap even dgn gula pasir hehehehe

    ReplyDelete
  10. uit kari ikan siakap terus... lamanya x menjala.. dalam koli,, kot2 reti nak menjala jer, melipat entah ke mana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah...heyyy, mesti la kak wani lagi terer! kan rajin memasakkkk :p

      Delete
  11. Bila tengok roti jala ni teringat dekat emak saya. Jenuh nak menjawab sebab dah terhilangkan acuan roti jala mak saya masa mengemas hari tu. Hahaha. Tapi, serius roti jalan memang sedap bila pekena pula dengan kuah kari yang lagi sedap. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah macam mana la boleh hilang... 🀣🀣🀣

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.