Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Tak Boleh Cakap ‘Gemuk’ Pada Orang Lain?

Kenapa Tak Boleh Cakap ‘Gemuk’ Pada Orang Lain? | Kadangkala gurauan yang diungkapkan amat menyakitkan hati individu lain meskipun ia hanya untuk mengusik dan menggembirakan hati. Sudah menjadi lumrah untuk kita bergurau dengan menyentuh isu-isu fizikal manusia sambil bergelak ketawa. Adakah kita benar-benar tahu sekiranya individu yang dijadikan subjek gelak tawa tersebut terluka atau tidak?


Daripada ‘individu obes’ kepada ‘individu yang mengalami obesiti’

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh ahli-ahli psikologi, memanggil atau merujuk individu lain dengan panggilan seperti gemuk, atau obes adalah sesuatu yang boleh melukakan hati. Mereka mencadangkan agar penggunaan perkataan obes tersebut digantikan dengan frasa lain iaitu ‘mengalami obesiti’ yang kurang melukakan hati individu berkaitan. Persatuan Psikologi British menyeru perubahan panggilan tersebut dengan menyatakan bahawa penyakit obesiti bukanlah satu pilihan yang diinginkan oleh seseorang individu.

Tam Fry, jurucakap bagi National Obesity Forum juga menyatakan bahawa nasihat daripada Persatuan Psikologi British tersebut adalah sangat baik. Beliau turut bersetuju dengan saranan persatuan itu agar kerajaan perlu menangani masalah obesiti sepertimana masalah merokok iaitu dengan cara amaran kesihatan pada bungkusan produk, pengharaman iklan dan pengharaman merokok dalam bangunan.

Faktor lain penyebab obesiti

Persatuan Psikologi British mengakui bahawa obesiti adalah disebabkan oleh tabiat pemakanan seseorang. Walau bagaimanapun, tabiat tersebut tidak semestinya dianggap sebagai satu ‘pilihan’ atau ‘tanggungjawab seseorang’. Mereka menyatakan bahawa obesiti boleh terhasil daripada pelbagai faktor yang bersifat kompleks termasuklah faktor genetik seseorang. Selain itu, kesan stress daripada zaman kanak-kanak, gaya hidup tidak aktif dan pemilihan jenis makanan tidak sihat turut menyumbang kepada obesiti.

Berpandukan laporan yang dikeluarkan oleh persatuan itu, ia menyatakan bahawa individu yang cenderung mempunyai berat badan yang tidak sihat adalah mereka yang mempunyai risiko genetik yang tinggi untuk mengalami obesiti. Selain itu, ia turut dipengaruhi oleh gaya hidup di tempat kerja, sekolah dan persekitaran sosial yang menggalakkan pemakanan secara berlebihan dan tidak aktif.

Laporan tersebut turut menambah bahawa, mereka yang tinggal di kawasan yang miskin atau kurang bernasib baik mengalami kadar tekanan atau stres yang tinggi. Ini disebabkan oleh cabaran hidup, trauma dan kekurangan pilihan makanan sihat yang berpatutan.

Tiada sesiapa pun yang mahu menjadi gemuk atau obes dan digelar sebagai seorang yang gemuk. Oleh itu, penggunaan kata-kata atau perkataan yang sesuai lebih digalakkan untuk mengelakkan sikap menyalahkan tindakan individu tersebut sebagai puncanya menjadi gemuk. Tidak rugi untuk seseorang berkata dengan kata-kata yang lebih baik, malah ia lebih digalakkan dalam semua perkara dan urusan. Selepas ini, berguraulah dengan sesuatu yang tidak menyentuh sisi fizikal individu lain jika tidak ingin merasakan side kick daripada rakan anda.


Dapatkan lebih info kesihatan di Hello Doktor

Post a Comment

10 Comments

  1. ialah.. siapa jer yg mahu jadi gemuk, kan.. kan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu-dulu saya mahu jadi gemuk, tapi sekarang, saya mahu jadi fit dan sihat...tu aje...huhuhu

      Delete
  2. Haishh jgn la dok body shamming org lain. Tapi org selalu ckp pasal org gemuk je. Padahal yg kurus keding ni pun kadang2 terasa jugak sbb asik kena panggil tiang lah lidi la ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee...dulu kita kurus tau, orang memang duk kata macam2...skang da berisi pun orang kata macam2...diorang nak apa sebenarnya?

      Delete
  3. betul tu, mmg sentap dan makan dalam ooooo... kadang rasa takmo dah jumpa dengan orang yang cakap gitu gitu, walaupun hakikatnya kita memang gemuk huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee..kita tahu kita memang gemuk, tak perlu la orang lain nak mention lagi...

      Delete
  4. sebab kalau cakap orang gemok nanti ko 10 kali jadi gemok..haaaa padan muka hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahahhah akak ni! terhibur saya 🤣🤣🤣🤣

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com