Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedap Ke Brown Sugar Deerioca Creme Brulee The Alley?

Sedap Jugak Brown Sugar Deerioca Creme Brulee The Alley | Orang lain agaknya dah lama review minuman boba jenama The Alley ni. Kan pernah viral sekejap dulu sebelum Xing Fu Tang datang ke Malaysia.


Kita baru aje nak cuba dalam dua minggu yang lepas. Haa tengok, dah dua minggu cuba, baru nak masuk dalam blog. Hahaha! Lambat nau, nampak sangat takde la teruja bebenor nak minum. Ye, saya bukan lah minat sangat nak hunting minuman ni, sebelum-sebelum ni pun minum sebab 'kerja'. Tapi lain pulak dengan Brown Sugar Deerioca Creme Brulee ni, teringin saya nak rasa bila kak Seri share dalam blog dia, perisa yang ni sedap berbanding perisa original.

Perisa original tu biasanya hanya susu segar dengan brown sugar pearl. Kalau kat Xing Fu Tang, original Brown Sugar Boba Milk dia pun tak kena dengan tekak saya, apatah lagi kalo The Alley mahupun FamilyMart. Tak dapat saya bayangkan macam mana kalau minum. Takut sesedut aje minumnya, lebihnya paksa Sis Lin habiskan. Tiberr. Hahaha! Cuma Brown Sugar Pearl with Milk dekat Don't Yell At Me aje yang saya boleh telan buat masa ni.



Saya beli Brown Sugar Deerioca Creme Brulee ni dekat The Alley, Permas Jaya. Dah tak ingat reganya, jangan tanya ek. Tapi dalam belas-belas lah secawan tu. Mahal kan, memang mahal. Sekali dalam setahun boleh lah beli. Hahaha!

Bila dah siap, cashier tu akan tanya, dah pernah minum ke sebelum ni. Saya cakap belum. Jadi dia pun tunjuk caranya. Bahagian bawah cawan tu, yang ada pearl, suhunya suam-suam panas berbanding bahagian atas cawan. Jadinya, kalau nak minum, cucuk straw sampai dasar cawan, then sedut dulu pearl dengan air yang suam-suam kat bawah tu. Wallawehhh, sedap siot! Lepas tu baru la gaulkan air tu kalau nak.

Sedap sebab ade creme brulee kat dalam air tu! Sangat recommended ya kalau uols juga baru nak cuba minuman The Alley ni!


Tapi kan, yang kelakarnya, masa nak beli tu, kedai The Alley ni sebelah kedai minuman boba The Black Whale. Jadi konfius sekejap nak beli yang mana. Aiskrim boba The Black Whale tu Sis Lin cakap sedap. Tapi sebab memang dah lama nak rasa The Alley, maka ke situ lah kitaaaa~ The Black Whale lain kali lah ya! Mungkin 6 bulan lagi atau tahun depan aje. Hahaha!

Ok, bye!

Post a Comment

15 Comments

  1. anum dah cuba x kena ngan selera anum

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah cuba lagi walaopun semua orang dah minum.. nanti2 la cuba hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee..nanti2 pun boleh...dia tak lari ke mana..haha

      Delete
  3. akak pun bukan food hunting boba.. tp bila sunah share ni rasa macam nak rasa pulak.. penah try family mart punya, rasa cam minum susu fresh milk je.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa...tak suka yang rasa minum susu fresh milk je tu..hahahhaa!

      Delete
  4. Dah pernah cuba itupun officemate bagi hahhaa...

    Bagi Mrs. A biashe-biashe jer... maybe sebab tak suka boba kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugak ekkk...kita pun tak suka boba dulu2...kalo beli coolblog, mesti tak nak pearl sebab rasa macam selipar getah..tiberrr

      Delete
  5. Hahaha.. Betul, nak minum Flavor Creme Brulee ni ada cara, letak straw smpi dasar & sambil sedut ko kena kait ke atas sekali, barulah dapat rasa creme brulee tu, jangan digaul sangat nanti hancur.

    Tapi pada akak walaupun sedap tapi pearlnya terlalu manis. Berapa banyaklah dia letak gula perang tu ek, huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah betul tu! kang hancur creme brulee, sedihhh!

      rasa boleh jugak mintak kurang manis, tapi tak perasan pulak ada level sugar ke tak

      Delete
  6. Sejujurnya Sis ko tak rasa lagi The Alley ni dan takde nafsu sejak cut sugar hahahaha...

    ReplyDelete
  7. Belum pernah rasa pun jenis air boba boba ni... layan teh o kurang manih je..

    ReplyDelete
  8. Semua minuman boba sedap..xkisah la brand apa semua sama je rasa..🤣🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  9. Setakat ni saya minum cool blog je. Hahaha. Meriah betul tengok kedai tu sebelah aje. Memang buat pelanggan tak keruan nak beli yang mana. Haha.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com