Ticker

6/recent/ticker-posts

Xing Fu Tang, Taiwan Boba Tea @ Taman Sutera Utama, Johor Bahru

Xing Fu Tang, Taiwan Boba Tea @ Taman Sutera Utama, Johor Bahru | Kalau uols pengguna Facebook tegar, mesti uols pernah ternampak nama bubble tea yang ni. Pernah viral dan terkena tempias dek kes kehalalan bubble tea sejak beberapa menjak ni. Sis kauu tergerak hati nak tau lebih lanjut dan meleraikan segala kekusutan di fikiran uols. Makanya, ke sini lah sis kauu beberapa hari lepas.

Xing Fu Tang Taman Sutera Utama merupakan cawangan kedua restoran ni selain daripada cawangan di Taman Mount Austin. Baru aje dibuka pada 16 Mei 2019, berusia sebulan lebih lagi. Kalau baby, baru nak pandai ketawa keluar bunyi 😆


Masuk aje ke dalam restoran, kita akan terus disajikan dengan bubble yang dimasak dalam kuali di depan customer, cheese yang dituang ke dalam cup, gula perang yang ditabur di atas cheese, kemudian dibakar on the spot, sebelum diberikan kepada pelanggan yang order minuman tu. Minuman apa?

Brown Sugar Boba Milk.





Minuman signature kat Xing Fu Tang. Difahamkan, minuman yang ni dijual sehingga hampir 2000 cup sehari kat Johor Bahru, kalau kat KL, lebih 3000 cup! Mak ai, laku keras ya uolss! Sis kauu pun apa lagi, tak terkecuali nak mencuba. Ekekeke.


Eh, rupanya ada banyak lagiii minuman lain yang dijual kat Xing Fu Tang ni! Maka, kita cuba lah beberapa cup. Alang-alang datang beramai-ramai. Boleh cuba macam-macam jenis kan? Sis kauu order juga Matcha Boba Milk sebagai peminat perisa yang satu ni.


Apa yang paling sis kauu suka?

1. Brown Sugar Boba Black Tea Latte
2. Strawberry Boba Milk
3. Matcha Boba Milk
4. Mango Smoothies and Rabbit Panna Cotta

Ye, itu dia ikut ranking dalam hati sis kauu ya. Bukan dalam hati orang lain. Sis kauu suka rasa latte dalam black tea tu, rasa macam minum kopi, tapi itu kan teh? Hahaha. Strawberry Boba Milk dia sedap dan berasa sangat strawberry tu, macam milk shake pulak rasanya padahal ia adalah susu. Pearl dia pulak strawberry pearl ya! Warna pink gituuhhh, sama macam pearl dalam Matcha Boba Milk. Padanan Matcha dengan strawberry pearl memang sedap! Matcha nya pula rasa light aje, macam minum Matcha Latte pun ada.

Mango Smoothies and Rabbit Panna Cotta adalah sesuatu yang unik kat sini. Dia bukan milk tea, tapi smoothies ya kawan-kawannn. Blended ice, kemudian ada pulak panna cotta berbentuk arnab kat atas. Cara minum dia, uols kena cucuk straw melalui panna cotta dulu, kemudian masuk ke dalam cup. Panna cotta kena makan bersama mango smoothies tu. Haa, baru lahhh jadiikkk! Oh, panna cotta tu bukan perisa rabbit ya, aje gilerrrr. Perisa susu aje wakkk!

Brown Sugar Boba Milk pulak, sis kauu rasa macam biasa aje. Walaupun sis kauu dah putar punya putar minuman tu sebanyak 18 pusingan guna straw dia, tetap ermm takde benda yang kick deria rasa sis. Mungkin sebab ia susu semata-mata. Sis kauu suka je susu, minum susu, tapi tak ada yang terlalu istimewa. Atau mungkin sebab Sis Lin dah cekau semua gula perang yang dibakar atas tu, jadi sis kauu tak sempat nak rasa kesedapannya 😝


Nanti sis kaau cuba lagi ya, kena beli cawan lain dari Sis Lin kalau dia ada. Sebab dia suka gilaaaaaaaaaaaaaaaaa Brown Sugar Boba Milk tu! Ahahaha.

Bila ditanya, kenapa Taiwan No 1? Rupa-rupanya, ia merupakan antara peneraju utama kepada boba tea hipster yang lebih moden berbanding boba tea lain yang lebih klasik kat Taiwan tu. Tengok aje pada rupa minuman dalam menu dia, memang nampak lebih ke depan daripada jenama boba tea lain. Selain daripada boba drinks, kat sini juga ada black cup series yang lebih fokus kepada air teh pelbagai perisa. Uols boleh cuba kalau suka minum teh ya! Sis kauu dah rasa air teh roselle campur teh hitam, sedap dan wangi. Lain kali nak cuba teh hijau pulak!



Menariknya, kat Xing Fu Tang ni ada lucky box. Alah, pilih-pilih kayu, lepas tu tengok nombor pada kayu tu. Then cari kotak yang ada nombor yang sama dengan nombor pada kayu. Bila dah jumpa, ambil kertas kat dalam kotak tu dan baca apa kata-kata semangat untuk uols. Hahaha, just for fun ya, percaya jangan 100%.


Berkaitan dengan kehalalannya yang sis kauu cuba untuk ketahui lebih lanjut, sempat sis kauu menemuramah owner Xing Fu Tang cawangan Taman Sutera ni tempoh hari. Menurut Mr. Clinton, bahan-bahan yang digunakan diimport dari Taiwan, adalah No Alcohol, No Pork dan No Lard. Bah kan, all ingredients adalah HALAL certified by Taiwan HALAL Integration Development Association, sebuah badan pengiktirafan halal kat Taiwan (THIDA). Ada yang kata, sebab tak sama dengan HALAL JAKIM, jadi belum tentu HALAL.

Memang. HALAL is not international standard. HALAL negara kita tak sama dengan negara lain. Saya suka dengan kemusykilan yang diutarakan oleh Mr. Clinton ni. Untuk pengetahuan uols, THIDA merupakan badan HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM.

Bagi sis kauu, mencari yang HALAL itu fardhu, wajib ya! Tapi jangan dirumitkan sehingga menyukarkan. Dia dapatkan pengiktirafan HALAL dari negara dia sendiri pun dah satu usaha yang baik. Sama macam uols beli butter or marjerin nak buat kuih, butter kau bukan HALAL JAKIM kan? Tapi HALAL luar negara. Jadi, uols nak pakai buttercup atau pure creamery butter, terpulang kepada uols. Kalau yakin dengan HALAL yang tertera, teruskan. Kalau ragu-ragu tinggalkan. Lagipun, bukan mudah dan bukan cepat ya nak dapat HALAL JAKIM. Prosesnya sangat panjang dan mengambil masa bertahun-tahun.

Ok lah, nak rasa sendiri Brown Sugar Boba Milk? Jemput ke Xing Fu Tang!


Facebook:

Instagram:

Post a Comment

9 Comments

  1. timeline penuh dgn air XFT ni hehehe

    ReplyDelete
  2. terlampau famous skrg ni..x pernah rasa lagi..

    ReplyDelete
  3. takde geng la nak cari makanan minuman viral ni....regu tak sama minat

    ReplyDelete
  4. Orang kita memang suka kejar yang viral

    ReplyDelete
  5. Kita tak pernah rasa lagi yang ni. teringin jugak nak rasa. Tapi nak p SS15 tu macam leceh plak huhu

    ReplyDelete
  6. Jomm pi hunting lagikk yokkkkk

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com