Ticker

6/recent/ticker-posts

Cari Souvenirs di Kompleks Kraf Johor

Cari Souvenirs di Kompleks Kraf Johor | Tahu tak, kat Johor Bahru ni, nak cari souvenir yang berkaitan dengan negeri Johor, dekat mana? Pernah terfikir cari ole-ole Johor yang bukan dari kategori makanan? Haaa, biasanya kita akan bawak balik kerepek dari Ayer Hitam, pes Mee Bandung Muar, otak-otak Kempas, tapi keychain, fridge magnet, segala yang bukan makanan dan seangkatan dengannya, susah nak jumpa kan? Takkan nak pergi airport Senai pulak semata-mata nak cari souvenirs 😑

Saya baru tahu, kat area Larkin ada satu pusat kraftangan Johor yang mengumpulkan segala produk cenderamata setempat. Sebelum ni saya pernah ke sini untuk memenuhi jemputan jamuan Hari Raya Aidilfitri dari pihak Tourism Malaysia. Tak tahu pulak ada macam-macam benda menarik lagi kat sini selain daripada dijadikan venue majlis.


Kompleks Kraf Johor namanya, terletak di Jalan Cenderasari, tak jauh dari stesyen minyak Petronas Larkin Indah. Kompleks ni merupakan destinasi persinggahan setempat pelancongan berkonsepkan ikonik seni dan budaya tempatan di selatan tanah air. Sebagai hub-pemasaran utama produk kraf tempatan, Kompleks Kraf Johor membawa pendekatan 'Alami dan Rasai' pengalaman estetika dan autentik melalui konsep penghayatan, pengalaman dan perkongsian.

Macam-macam jenis produk kraf beridentiti negeri Johor dijual kat sini, termasuklah batik, produk anyaman, seramik, aksesori perhiasan diri, produk tenunan kain dan juga produk pelancongan. Uols boleh pilih aje mana yang uols nak ikut bajet untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan atau buah tangan buat kawan-kawan dan keluarga.


Turut ada kat Kompleks Kraf Johor ni adalah Butik Karyaneka, aneka koleksi pakaian, kain ela, hiasan rumah, aksesori harian dan lain-lain produk berasaskan kraf tekstil batik, tenunan dan songket berkualiti tinggi yang dihasilkan dengan rekaan dan corak ekslusif dihimpunkan kat sini.





Selain daripada produk-produk cenderahati, kat Kompleks Kraf Johor ni uols jugak berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dianjurkan. Join la persembahan muzikal, interaktif kraf, persembahan kebudayaan, bengkel dan kolokium, demonstrasi kraf dan jugak aktiviti lawatan berpandu kumpulan, ikutlahhhh nak join yang mana based on your interest.



Kalau suka muzik, uols boleh terokai alat muzik tradisional negeri Johor kat Galeri Kraf Warisan. Dalami proses penghasilan alat muzik seperti Gambus, Kompang, Angklung, Kempling dan Gamelan. Kalau muzium lain, uols tak boleh pegang langsung alat muziknya, kat sini uols boleh sentuh dan rasai sendiri pengalaman bermain alat-alat muzik ni. Baru lah Johor kan!


Jangan lupa belajar buat produk kraf jugak bila datang ke Kompleks Kraf Johor. Ada 5 wakaf bercirikan perkampungan Melayu yang beroperasi setiap hari kat sini, uols boleh belajar buat Alat Muzik Tradisional, Patung Wayang Kulit, Cenderamata, Jahitan dan Sulaman serta Produk Tembaga. Perkampungan Kraf ni berkonsepkan pendidikan, memberi pengalaman sentuhan sebagai pengalaman yang amat bernilai untuk uols lalui sendiri cara penghasilan produk kraf.






Ei, kat sini pun ada makanan tau. Tak payah pergi merata-rata dah kalau nak cari makanan tradisional Johor. Semuanya difokuskan setempat kat sini, Mee Bandung Muar, Laksa Johor, Otak-otak dan Pes-pes, uols boleh cuba di Bistro Kraf. Lagi menarik, uols berpeluang jugak memasak dan membuat sendiri makanan tradisional Johor seperti tempe dan kuih-muih tradisional.

Haa, macam-macam ada kan? Ape lagi, masukkan aje dalam list uols kalau datang ke Johor Bahru nanti.

Kompleks Kraf Johor
Jalan Cenderasari, Larkin, Johor Bahru
Buka setiap hari 9 pagi - 6 petang
Tel: +607 235 0433
Email: craftjohor@kraftangan.gov.my
Masuk PERCUMA

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Tourism Malaysia Travel Mart @ JB di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru
Media FAM Trip 2019 
yang telah berlangsung pada 23 - 24 September 2019 
anjuran Tourism Malaysia

Post a Comment

12 Comments

  1. Tk info.
    Kalau turun JB nanti bolehlah singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya wak, boleh datang sini aje cari cenderahati ya!

      Delete
  2. cantik-cantik hasil kerja seni mereka yang berseni ni. suka tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan fiza...kalo kita buat, agaknya jadi ape la ek

      Delete
  3. Bestnya mcm2 ada bawah satu bumbung. senang pegi sini dpt semua souvenirs yg kita nak kan

    ReplyDelete
  4. Wahh ena pon baru tahu. Kiranya souvenir berpusat lah ni. Hehe. Hope dapat singgah jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa betul, berpusat gitu...senang semua setempat aje

      Delete
  5. Fuhhh kena terjah lepas ni. Selalunya kalau tanya mesti orang kabo JOHO hahaha

    ReplyDelete
  6. Nak bawak orang KL laaa minggu depan pergi sini beli cenderamata hehehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com