Ticker

6/recent/ticker-posts

LEGOLAND® Malaysia Lancarkan SEA LIFE Education Program

LEGOLAND® Malaysia Lancarkan SEA LIFE Education Program | 10, 000 tiket masuk PERCUMA ke LEGOLAND® Themepark + SEA LIFE akan diberikan kepada para guru dan pelajar di sekolah-sekolah kawasan luar bandar sempena pelancaran SEA LIFE Education Program pada 26 Oktober 2019 yang lalu.


Perghhh, best gilerrr oi! Bukan selalu LEGOLAND® bagi tiket FREE ni! Boleh lerr budak-budak sekolah yang jauh dari bandar turut serta rasa pengalaman pembelajaran interaktif dan menarik dengan konsep Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD), kan?

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali bin Abas, merasmikan majlis pelancaran SEA LIFE Education Program Sabtu lepas di LEGOLAND® Malaysia Resort. Program tersebut merupakan antara satu lagi usaha LEGOLAND® untuk memupuk kemahiran kreatif kanak-kanak disamping menggalakkan tumbesaran diorang melalui pembelajaran berasaskan permainan.


Menurut Ms. Thila Munusamy, Pengarah Jualan dan Pemasaran LEGOLAND® Malaysia Resort, SEA LIFE Education Program menandakan komitmen LEGOLAND® untuk merangsang rasa ingin tahu dalam diri kanak-kanak terhadap alam semulajadi dan memberi pendedahan macam mana diorang boleh sama-sama melindunginya. Peluang kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyelaras program tersebut dengan kurikulum sekolah diharapkan dapat menjadikan LEGOLAND® sebagai salah satu destinasi aktiviti pembelajaran menarik buat para pelajar.



Antara program yang ada dalam SEA LIFE Education Program adalah:
  • Little Marine Biologist - Kanak-kanak boleh menjadi ahli biologi untuk sehari melalui aktiviti seperti memeriksa mikroorganisma menggunakan mikroskop.
  • Let's Build a Food Chain - Kanak-kanak belajar mengenai rantai makanan dan membinanya dengan kreativiti sendiri menggunakan LEGO.
  • Why Recycling Matters to Marine Animals - Kanak-kanak belajar mengenai kitar semula dan kesan pencemaran kepada alam semulajadi melalui eksperimen interaktif dan menyeronokkan.


Pemberian 10, 000 tiket PERCUMA untuk para guru dan pelajar dari sekolah luar bandar tu merupakan antara salah satu program CSR LEGOLAND® juga. Selain dari SEA LIFE Education Program ni, LEGOLAND® turut berusaha membawa program pembelajarannya ke sekolah-sekolah sekitar Semenanjung Malaysia melalui EDUPLAY EXPRESS Bus dengan kerjasama dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri. Setakat ni dah lebih 1,000 sekolah dilawati oleh EDUPLAY EXPRESS dan akan lebih banyak lagi sekolah yang akan diorang jejak lepas ni.







Agaknya, ada tak EDUPLAY PLANE untuk ke Sabah dan Sarawak pulak akan datang? Ehhhhhh!

Untuk para guru dan pelajar yang nak tahu lebih lanjut mengenai SEA LIFE Education Program dan CSR, boleh hubungi Azuandy Kassim melalui email Azuandy.Kassim@legoland.my. Pakej untuk school field trips boleh disemak di https://www.legoland.com.my/book-visit/education-package/.

Post a Comment

9 Comments

  1. Budak2 sekolah bolehlah buat rombongan ke legoland

    ReplyDelete
  2. seronok, sesuai untuk cuti sekolah yang dah hampir tiba ni

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat Legoland. Bas tu seronok, teringat zaman kanak-kanak dulu berlari-lari kejar bas perpustakaan bergerak tu...dan Sis ko le selalu nama naik sebab asyik lupa nak pulang bukunya hahahaha

    ReplyDelete
  4. syok betul kan bebudak sekolah dapat tiket free masuk legoland..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak...yang bukan bebudak ni pun terasa jeles..hahaha

      Delete
  5. Lama gila aku tak singgah Legoland..lol...Pelbagai aktiviti dorang dah anjurkan, terbaik program untuk masa depan student masa kini...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com