Hati-hati Dengan Scammer BigPay! Jangan Bagi OTP!

Hati-hati Dengan Scammer BigPay! Jangan Bagi OTP! | Heyy, benda ni baru berlaku pada ciksun tengahari tadi. Ciksun dah lah baru share kat Facebook tentang scammer Telegram pagi tadi. Tiba-tiba lepas Zohor ada Whatsapp Call masuk. Ciksun angkat sambil belek whatsapp chat kat laptop dan tengok nombor serta profile picture caller kat telefon. Sebab ciksun tengah buat kerja kat laptop, whatsapp memang sentiasa bukak, which is memang akan nampak ciksun sentiasa online.

Hati-hati Dengan Scammer BigPay! Jangan Bagi OTP!

Ciksun ingatkan ada penyewa bilik mesyuarat nak call ke, tapi check nombor tu lain pulak. Nampak profile pic, ada logo BigPay. Eh, ada apa pulak ni, ciksun pun jawab lah takut ada benda apa ke kan sebab jarang-jarang sungguh BigPay Malaysia nak call. Bila jawab, dia terus perkenalkan diri as staff BigPay Malaysia tapi uik apasal suara ni macam orang Indonesia dengan Bangladesh yang duduk Malaysia aje. Ciksun dah syak dah masa ni.

Hati-hati Dengan Scammer BigPay! Jangan Bagi OTP!

Then dia explain, ciksun menang rewards 5,500 BigPoints dari Air Asia. Tapi kena bagi OTP yang dia akan hantar guna SMS dekat kita untuk dia transfer BigPoints tu. Serentak tu jugak OTP message masuk, dia siap sebut tau nombor sender 62000 tu. Beria dia minta, ciksun terus bukak loudspeaker bagi officemate ciksun dengar sekali. Ciksun buka mulut sebut "scammer ke ni?" tanpa keluarkan suara. Officemate ciksun angguk.

Terus ciksun cakap, ok biar ciksun check dengan BigPay kejap, nanti ciksun update. Then matikan panggilan. Ciksun bukak web BigPay, bukak apps BigPay dan bukak Facebook BigPay. Ironinya, bukak apps BigPay tu terus dapat notis kat bawah ni.

Hati-hati Dengan Scammer BigPay! Jangan Bagi OTP!

Ye, mana boleh share OTP kita pada orang lain, even kepada pihak BigPay sendiri. Dalam OTP message pun BigPay dah siap pesan benda sama. BigPay tak akan mintak OTP dari kita. Dan heyy, takkan lah diorang guna Whatsapp Call? Tak professional langsung! Bila ciksun lambat update, dia call lagi, dan hantar lagi OTP, siap dengan Whatsapp Text. Boleh tengok beza mesej kalau dari BigPay original ciksun dapat bulan September masa kawan ciksun beli tiket flight, dengan mesej dari scammer tu hari ni.

Hati-hati Dengan Scammer BigPay! Jangan Bagi OTP!

Hati-hati Dengan Scammer BigPay! Jangan Bagi OTP!

Bersungguh-sungguh betul ni. Macam la banyak benar duit ciksun dalam BigPay tu. Tak banyak pun oi, points pun sikit aje. Kan da jarang terbang. Adeii. Kat Facebook BigPay lak ada orang lain pun kena scam tapi modus operandi dia lain pulak. Yang samanya, caller adalah orang Indonesia.

Hati-hati Dengan Scammer BigPay! Jangan Bagi OTP!

UPDATE: Nah, jawapan BigPay sendiri bila ciksun komen kat FB page diorang. Diorang minta PM screenshot whatsapp profile scammer tu.

Uols hati-hati ya, jangan terkena! Jangan sesekali share OTP uols pada orang lain!

28 comments:

  1. teringat pengalaman di scam dulu, nasib la tersedar akhirnya mereka tu scammer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu...moga2 Allah terus pelihara kita semua..ameen

      Delete
  2. Paranoid dgn nombor yang tak dikenali sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kak..takut nak jawab sebab ingat benda2 scam ni la..skang pakai whatsapp call pulak haa

      Delete
  3. Memang sekarnag macam- macam kan diorang ni cuba buat..ada jer caranya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak..macam2 usaha diorang nak cekik darah...

      Delete
  4. member ofis kmk dh terkena.. sama modus operandi tp nya mdh nya mcm kena pukau... sbb ya nya tgh drive balit keja... org ya suruh nya berenti tepi jeraya skjp berik no otp... berenti juak nya alu melayang duit 2500

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish bahaya juak mun macam kenak pukau ya..huhuhu

      Delete
    2. Aok.. nya mdh lepas nya end call br nya terpikir gik eh apa ku polah tek oo.. cek acc duit dh terbang dh.. nangis x berlagu x dpt nk polah papa tp report polis juak lah

      Delete
    3. aduuu kasihh juak..sik dapat nak molah apa dah lah..ambik iktibar jak lepas tok and berjaga2..

      Delete
  5. Macam macam cara scammer menipu orang. Asal dengar suara ala indo/bangla atau style perakam suara ikut skrip tu dah boleh agak scammer. Moga dijauhi mereka yang suka buat dajal kat orang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lerr, dengar suara indo ni pun dah boleh syak dah semacammm

      Delete
    2. tak boleh blah buat suara macam perakam tu. kadang saja dengar lama lama biar dia tunggu. haha

      Delete
  6. ada2 je idea scammer ni kan, betapa banyak effort dia curahkan nak pikir cara nak tipu orang. baik dia guna tenaga tu uli tepung, dapat jugak buat roti, jual, dapat jugak duit.

    ReplyDelete
  7. Pernah di'call' jugak dengan scammer bigpay ni. Tapi nasib saya ni jenis silent phone dan tak perasan pun tetiba ada missed call. Baca kat twitter rupanya memang betul tengah berleluasa sekarang ni scammer bigpay. Terus block! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu..pernah jugak ye...ye, kene terus block!

      Delete
  8. Alhamdulillah
    Selamat, tak jadi mangsa.

    ReplyDelete
  9. Allah..takut baca huhuuu..Selamat dapat bau scammer..

    ReplyDelete
  10. Ya, paranoid dgn semua call., wasap dr stranger... sampai org grab hantar brg pun kita takut nak jawap call. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yoo..kalo takde ape, baik jangan dijawab..huhuhu

      Delete
  11. Segalanya boleh jadi sekarang ni. Manusia yang sangat berani pada perkara yang salah.

    ReplyDelete
  12. layan jer dan buat prank balik..

    suruh la buat video call ke dan then rekod muka dia.

    pastu report ke balai polis berdekatan hehehe

    ReplyDelete
  13. Selamat laaa bijak, aku pun hampir terkena dek kawan sendiri PM adeiii... tapi aku takde BigPay ni, anak-anak yang ada...

    ReplyDelete
  14. jahatnya.. diaorang ni tak tahu ke suara diaorang je dah boleh orang tau diaorang tu scammer.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com