Mumu Dah Selamat


Mumu Dah Selamat | Seminggu dah budak Mumu ni dibawak ke hospital. Mak budak berapa kali bersalin ni, akhirnya kita kembirikan sebab kesian tengok dia stress dan tak berapa sihat lepas bersalin. Kita juga dah tak mampu nak jaga kucing lebih dari 10 ekor kat rumah ni.

Spaying guna laser, RM150 kat Klinik Veterinar Family, Bandar Baru Uda. Seminggu lepas spaying, kena bawak semula ke klinik, which is today. Petang tadi lah. Ni entri scheduled, jadi tak dapat nak update entah macam mana lepas jumpa veterinar lagi sekali.


Sebabnya, tiga hari lepas, luka spaying dia tu terbukak. Agak susah nak jaga kucing betina yang dikembirikan bila dia ada anak yang masih menyusu. Bila anak dia tekan-tekan perut dia dan tersentuh bahagian luka tu, akhirnya jahitan luka tu terbukak. Adehhhh.

Dah la susah nak bagi dia makan ubat antibiotik. Agaknya pahit sangat ubat tu. Setiap kali lepas paksa dia telan ubat, mesti dia terlompat-lompat larikan diri. Sampai berbuih-buih mulut. Hadoii. Harap-harap hari ni lepas veterinar jahit semula luka dia, ok la nanti.

Dulu, Mulan pun pernah jugak terbukak semula lukanya dan kena jahit balik.

Hmmm.
Mumu Dah Selamat Mumu Dah Selamat Reviewed by Sunah Sakura on October 08, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. Moga luka Mumu segera pulih dan tidak kena sebarang jangkitan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen...terima kasih pc...alhamdulillah doc cakap tak perlu jahit semula...sebab luka kat dalam tu da sembuh da...kat luar je yang terbuka sikit

      Delete
  2. Kucing2 kat rumah ni pun semuanya dah dispayed.

    ReplyDelete
  3. macam terasa2 lak kesakitannya... moga mumu cpt sihat

    ReplyDelete
  4. alahai kesiannya mamu...
    itulah lumrah jadi wanita/perempuan/betina... sakit pun tanggung jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ayat sis tu...macam lucu pulak bila perkataan betina pun hado..

      Delete
  5. Nanti minta tolong nak suruh bawak Lugia sunat...lupa nak bagitau..

    ReplyDelete
  6. Alahaiii...sian dia..moga kembali sihat mumu..kucing tak aktif xsihat risau tengoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...kita tak boleh tengok kalo kucing tak sihat...huhuhu

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.