Suku-suku Separuh, Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019 Berjalan Lancar di Johor

Suku-suku Separuh, Ayam Brand Community Care Campaign 2019 Berjalan Lancar di Johor | Pernah tak uols check pinggan makan uols, biasanya portion nasi uols lagi sikit dari sayur-sayuran dan protein ke, atau nasi yang lebih banyak dari sayur-sayuran dengan protein? Siapa kat sini yang amalkan 3S? Eh, 3S tu ape pulak ekkk? Bukan Sunah Suka Sakura tau! 😜


3S adalah singkatan kepada suku-suku separuh. 3S galakkan pembahagian makanan dalam pinggan kepada suku protein, suku karbohidrat kompleks serta separuh buah-buah dan sayur-sayuran. Tapi kita jarang-jarang dengar tentang 3S ni kan? Kalau ada pun viral dia sekejap aje di kalangan pengamal diet. Lepas tu senyap dan hanyut ditelan masa.

Tahu tak, 3S ni sangat mempengaruhi epidemik obesiti di kalangan orang dewasa juga kanak-kanak kat negara ni? Menurut Laporan Menangani Obesiti di ASEAN oleh Unit Risikan Ekonomi, kadar obesiti kat Malaysia ni adalah 13.3%, tertinggi kat Asia Tenggara tau! Malah, 11.5% kanak-kanak obes berusia enam bulan hingga 12 tahun ada di Malaysia, dalam top 3 kat Asia! Erkkk!


Sebab tu lah Ayam Brand™ cuba untuk handle masalah obesiti di kalangan kanak-kanak kat Malaysia ni, dengan menerapkan konsep Pinggan Sihat 3S Malaysia dalam program Tanggungjawab Social Korporat (CSR) serata Malaysia. Siapa tak kenal jenama Ayam Brand™? Rangkaian makanan dalam tin berkualiti tinggi, takde bahan pengawet, takde MSG tambahan, sihat dan mudah. Siapa suka makan sardin, mesti kenal. Haha!


Tahun ni, Ayam Brand™ libatkan murid-murid sekolah rendah dalam program CSR diorang. Tema kempen tahun ni, 'Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now'. Haaa, gituuuu! 10 buah negeri dipilih untuk join program CSR ni, melibatkan kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas. Semalam, seramai 32 orang kanak-kanak dari pusat kebajikan sekitar Johor turut serta dalam program yang dijalankan di Just Want Coffee, 30 Factory, Taman Mount Austin, Johor Bahru.


Kanak-kanak dari Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Miskin Villa Paulos Johor Bahru, Persatuan Kebajikan Mesra Megah Ria, Pusat Jagaan Care Haven, Pertubuhan Kebajikan dan Rumah Anak Yatim Shafar, SK Infant Jesus Convent, SK Taman Daya 2, SK Seri Perling 2 dan SK (P) Sultan Ibrahim diberi kefahaman tentang konsep #sukusukuseparuh, then kena siapkan hidangan dalam masa 30 minit dengan bantuan orang dewasa guna resepi yang disarankan oleh pakar. Diorang juga diuji dengan permainan KBAT untuk mengingat apa yang diorang dah belajar tentang nutrisi yang baik.






Menurut Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nathan Deverre, kempen yang kini sudah memasuki tahun ke-12 telah menyumbang 1.76 juta hidangan sihat bagi tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 20,000 orang dari 482 buah rumah kebajikan dan NGO. 

“Sebagai peneraju dalam industri makanan di Malaysia selama lebih 100 tahun, Ayam Brand™ sangat bimbang dengan penularan masalah obesiti di negara ini dan ingin tampil ke hadapan untuk memberi bantuan. Bermula dengan kanak-kanak kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah diajar dan didekati. Kami membangunkan program Get Healthy Malaysia, Start Now dengan harapan agar dapat membantu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak, menerusi pemberian pengetahuan serta kemahiran untuk memilih, membuat dan menyediakan makanan yang lebih berkhasiat,” kata Nathan Deverre. 


“Kami telah menjalankan kempen CSR selama 12 tahun. Sudah tiba masanya untuk kami mengembangkannya demi memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak dengan menyampaikan mesej 3S melalui cara yang lebih mudah difahami. Di samping tip-tip yang dapat peserta manfaatkan di rumah, mereka juga dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga,” katanya lagi. 


“Hari ini saya belajar bahawa saya perlu makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan protein. Selain perlu mengurangkan pengambilan nasi dan roti yang saya sangat gemari. Makanan yang saya buat hari ini cukup sedap dan sihat. Saya akan cuba untuk makan hidangan yang seimbang setiap hari untuk jadi lebih sihat dan akan lebih banyak bersenam,” kata salah seorang peserta. 

Ayam Brand™ membawakan kempen ini secara dalam talian dan menghebahkannya menerusi media sosial dengan pengaktifan peraduan Show Us Your Healthy Plate, selain berkongsi kemas kini program secara langsung. 


Empat buah rumah kebajikan akan menerima bekalan produk Ayam Brand™ selama dua bulan yang bersamaan dengan 18,000 hidangan sihat untuk 100 orang penghuni.

“Ayam Brand™ telah menyokong NGO selama bertahun-tahun, rumah-rumah kebajikan sentiasa ingin dipilih kerana sumbangan produk mereka dilihat penting terutama ketika kekurangan sumbangan dari orang awam. Terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana konsisten dalam mengambil berat terhadap komuniti,” kata wakil dari Pusat Jagaan Care Haven.

Pusat Jagaan Care Haven telah muncul sebagai juara untuk pertandingan Ayam Brand Suku-Suku Separuh Healthy Festival 2019 peringkat negeri Johor. Pemenang menerima piala dan sijil penyertaan daripada Ayam Brand untuk hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia yang terdiri daripada kek cawan berinti tuna, nasi goreng dan salad kacang panggang dan jagung.


Uols nak menyumbang kepada komuniti kat tempat uols? Layari Ayam Brand™ e-charity di https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html dan beli produk Ayam Brand untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan pilihan. Ayam Brand™ e-charity menawarkan potongan sebanyak 15% daripada harga runcit dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk memudahkan dan menjadikan Malaysia yang lebih sihat, Mulakan Sekarang.


Nah, ini kita punya lunch suku-suku separuh tadi, amacam? Lulus, tak? Minyak menggoreng pun pakai Ayam Brand™ Coconut Cooking Oil tau! 😜
Suku-suku Separuh, Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019 Berjalan Lancar di Johor Suku-suku Separuh, Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019 Berjalan Lancar di Johor Reviewed by Sunah Sakura on October 09, 2019 Rating: 5

17 comments:

  1. suku-suku sangat bagus untuk mendisiplinkan diri supaya jangan makan banyak.

    sikit-sikit ok la

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee tuan! kalo bukan diri sendiri yang disiplinkan, sape lagi ekkk

      Delete
  2. menarik semua hasil dari ayam brand punya kempen tuh, kira lulus lah tu suku-suku separuh Sunah tu, jnji sayur kene lagi banyak dari yang lain2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak...ada menu tu kita tak pernah terfikir pun nak buat sebelum ni...boleh la try kat rumah sendiri

      Delete
  3. SA pun buat suku suku separuh ni..so far dah hilang 3-4 kg dah..masih jauh lagi perjalanan...

    ReplyDelete
  4. seronok depa masak² ni..ayam brand banyak produk dah skang ni..haa jomlah kita amalkan suku suku separuh lepas ni

    ReplyDelete
  5. amalkan jugak...sebab minggu depan kena cek darah

    ReplyDelete
  6. Ooo suku-suku separuh gak ek..jangan buat sehari aje...nampak gaya macam harini takde pun suku separuhnya...sekotak ada laaa hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha hari ni terpaksa la sebab orang da sediakan siap2...tu pun makan ayam je...haahhaha..burger tak dapat masuk dah...

      Delete
  7. Bagus kempen macam nie.. tapi tak berjaya lagi buat suku suku separuh nie.. hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.