Ticker

6/recent/ticker-posts

Forest City Water Park - Tarikan Terkini di Johor Pada Musim Cuti Sekolah

Forest City Water Park - Tarikan Terkini di Johor Pada Musim Cuti Sekolah | Sebagai penduduk Johor Bahru, tahu tak Forest City Water Park dah dibuka? Ye, sebelum ni memang dah ada dah kolam renang dekat Forest City tu, masuk pun tak payah bayar kan. Tapi baru-baru ni diorang dah upgrade lagi Forest City Water Park tu dengan penambahan lebih banyak taman permainan air!


Fakta Taman Tema Air Forest City

Tarikh mula dibina: Jun 2019
Tarikh siap dibina: Oktober 2019
Tarikh mula dibuka: 13 November 2019
Keluasan: 2000 m2
Kos pembangunan: RM4.5 juta
Jenis permainan:
Gelongsor (water-sliding) - maks 300 orang sejam
Pagar sesat air (water-maze) - maks 300 orang sejam
Cabaran halangan air (water-fun-challenge) - maks 150 orang sejam

Waktu operasi: 10 pagi - 8 malam
Harga masuk: RM15 seorang



“Pembangunan Forest City adalah berdasarkan lapan industry teras yang telah dikenal pasti di awal proses perancangan pembangunan, antaranya ialah pelancongan. Selain membangunkan unit kediaman dan industri, kami juga menyedari bahawa dengan adanya tarikan seperti ini akan menarik lebih ramai pengunjung ke Forest City. Taman tema air ini merupakan antara tarikan awal yang dibangunkan di sini. Akan ada lebih banyak lagi tarikan seperti muzium hijau, pakej jlawatan eko ke paya bakau dan beting rumput laut,” kata Timbalan Pengurus Besar Forest City, Ir.Syarul Izam Sarifudin.



“Pengunjung kami terdiri daripada pemilik kediaman Forest City dan juga warga tempatan. Kami sedia maklum bahawa terdapat taman tema lain di Johor Bahru, walau bagaimanapun, Forest City menawarkan pilihan yang lebih ekonomi dan boleh dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat, baik berpendapatan tinggi mahupun tidak. Tambahan pula di musim sekolah, para ibu bapa bolehlah berkunjung ke taman tema air Forest City bersama anak-anak,” tambah Syarul Izam lagi.


“Kewujudan pelbagai tarikan dan fasiliti pelancongan tanpa mengira skala secara tidak langsung mempromosikan negeri Johor. Ia sejajar dengan objektif Kerajaan Negeri dalam mempergiat usaha promosi tahun melawat Johor 2020. Dengan adanya taman tema air Forest City ini, serta harga tiket yang ditawarkan juga berpatutan, warga Johor mempunyai lebih banyak pilihan untuk menikmati musim cuti sekolah bersama keluarga,” ulas YB Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat yang turut hadir dan merasmikan majlis pembukaan taman tema air Forest City.



Selain taman tema air, Forest City yang merupakan sebuah pembangunan bercampur, memiliki pelbagai lagi fasiliti tarikan pelancongan antaranya ialah Hotel Phoenix Marina Antarabangsa, arked komersial dan sebuah resort golf beserta dua padang golf 18 lubang yang direka oleh lagenda golf dunia, Jack Nicklaus Sr dan Liang Gokun.

Lihat lebih banyak gambar sekitar Grand Opening Forest City Water Park di page FB Sunah Suka Sakura.

Post a Comment

22 Comments

  1. wowww... akak pegi forest city tu asyik sesat2 jer.. skrg dah buka theme park pulak.. boleh plan pegi nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, saya pertama kali lerr pergi hari tu...hahahha

      Delete
  2. teringat la dengan adik saya yang tinggal di Johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh adik tuan ada kat sini? boleh la rekemen nanti untuk jalan2

      Delete
  3. Wah..nanti boleh la bawak anak² gi sini..mesti diorang suka

    ReplyDelete
  4. Wah..nanti boleh la bawak anak² gi sini..mesti diorang suka

    ReplyDelete
  5. Bakal menjadi pilihan ibu bapa untuk bawa anak-anak beriadah sempena cuti sekolah yang panjang nikan..

    ReplyDelete
  6. Apakata, jom kita sesekali main air di sini jomm Sunah, tunggu nak beli baju mandi dulu hehehehe

    ReplyDelete
  7. Pakaian utk dewasa kne set swimming gak @ xkisah baju biasa yg sesuai utk.mandi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena swimming attire ya...dewasa dan kanak-kanak

      Delete
  8. Tiket masuk terus bli kat sana ye?

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com