Ticker

6/recent/ticker-posts

Light Up Happiness - Projek Krismas SDS Bakery & Cafe 2019

"Light Up Happiness" - Projek Krismas SDS Bakery & Cafe 2019 | Memandangkan tinggal sebulan je lagi nak Krismas, SDS Bakery & Cafe mengambil inisiatif untuk menyebarkan kebahagiaan kepada rumah-rumah kebajikan melalui projek Krismas diorang, "Light Up Happiness".


Cahaya melambangkan harapan dan kebahagiaan. Pada musim perayaan ni, SDS mengikat biskut shortbread pada setiap biji lampu yang tergantung pada pokok Krismas di beberapa kafe SDS terpilih. Mana-mana pelanggan SDS yang membelanjakan RM50 ke atas dengan menu Krismas di SDS Cafe akan diberikan sekeping biskut shortbread bernilai RM4.50, dan pelanggan tersebut kena ambil sendiri biskut tu pada pokok Krismas. Bila biskut tu dah ditanggalkan dari pokok Krismas, cahaya dari lampu akan terserlah, sikit demi sedikit bila semua cookies dah ditanggalkan, pokok Krismas tu akan bercahaya sepenuhnya. Haaa gituhhh!


Kreatif kan?

Menurut Ms. Rachel Liem, Marketing Manager SDS, bagi setiap pokok Krismas yang bercahaya sepenuhnya, diorang akan buat kejutan kepada sebuah rumah kebajikan, iaitu meraikan Krismas bersama dan perkongsian kek Krismas. Melalui projek ni, pelanggan, SDS dan komuniti saling berkaitan antara satu sama lain, dan boleh meraikan Krismas dengan gembira.

Projek "Light Up Happiness" SDS ni berlangsung dari 16 November hingga 22 Disember 2019 di SDS Cafe Johor Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru, The Mall Mid Valley Southkey, Plaza Pelangi, AEON Mall Tebrau City, dan AEON Mall Kulaijaya.

Selain daripada projek Krismas tersebut, SDS jugak memperkenalkan beberapa menu baru sempena musim perayaan dan tahun baru, antaranya:


Herb-Roasted Whole Chicken
dihidang bersama Rock Sugar Honey Black Pepper sauce & BBQ sauce
3 - 4 pax sharing
RM39.90++
Purchase 1 bird: 10% discount SDS E-member, 15% discount card holder


Honey Black Pepper Roasted Whole Chicken
dihidang bersama Rock Sugar Honey Black Pepper sauce & BBQ sauce
3 - 4 pax sharing
RM39.90++
Purchase 1 bird: 10% discount SDS E-member, 15% discount card holder


Free SDS A-Li Tumbler dengan pembelian combo take-away
2 birds SDS Roasted Whole Chicken


Free SDS A-Li Tumbler dengan pembelian combo take-away
1 bird SDS Roasted Whole Chicken + 1 pcs SDS X'mas Log Cake (Standard/Royal)

Untuk menu SDS Roasted Whole Chicken ni, uols kena pre-order 3 hari lebih awal untuk dine-in atau take away, tapi please take note, set ayam panggang ni hanya available dari 23 hingga 25 Disember 2019 ya!


Santa Wonder Lamb
lamb shoulder dihidang bersama kentang putar, jagung manis, sayur campur dan kuah coklat
RM36.90++


Merry Fishmas
salmon bakar dihidang bersama cendawan goreng, jagung manis, kentang putar dan sos raita
RM31.90++


Rudolph the Red Fries
kentang bakar rangup dihidang bersama lada benggala dan keju (very recommended!)
RM13.90++


Jingle Holiday Punch
minuman campuran oren, delima dan putih telur
RM8.90++ (add-on untuk Christmas meal)
RM11.90++ (ala carte)


Winter Chocolate
minuman coklat dengan krim putar dan sos coklat
RM7.90++ (add-on untuk Christmas meal)
RM10.90++  (ala carte)

Semua menu kat atas ni available kat SDS cafe sehingga 31 Disember 2019 ya! Jadi, boleh lah uols datang cuba menu-menu kat atas bersama keluarga dan kawan-kawan. Dan ada juga kek sempena Krismas berharga dari RM58 hingga RM88 seperti berikut:


Untuk dapatkan info lebih lanjut tentang kek-kek ni, apa kek dalam dia dan krim apa yang menghias kek tu, uols boleh rujuk website http://sdsgroups.com/christmas/ dan kena order 3 hari lebih awal, semuanya available sehingga 1 Januari 2020. Selain tu, SDS jugak perkenalkan manisan sempena Krismas:


A Gift from Santa RM9.90


Ho Ho Ho Bundle RM5.90


Holiday Tree RM3.50

Kalau uols tak sempat nak ke SDS cafe, uols boleh jugak pre-order kek Krismas dan Roasted Whole Chicken ni online di SDS website: http://sdsgroups.com/christmas/, then amek kemudian. Diorang hanya menerima online order sehingga 26 Disember 2019.

For more info, reach SDS Facebook:

Post a Comment

6 Comments

  1. tergoda nengok ayam menongek tu sunah oi hahaha....
    dahla puasa, nengok lak segala yang sedap2... terus pikir nak makan apa buka nanti

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa....nak kena makan juga ni hehehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com