Restoran Makanan Turki Pertama di Johor Bahru - Istanbul

Restoran Makanan Turki Pertama di Johor Bahru - Istanbul | Restoran makanan Arab dah semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat Malaysia. Kat Johor Bahru sendiri, ada banyak restoran makanan Arab yang diusahakan oleh penduduk setempat mahupun orang Arab sendiri yang datang bermastautin kat sini. Terbaru, restoran makanan Turki pulak cuba untuk menarik selera penduduk Johor Bahru ni.


Istanbul, satu-satunya restoran stail Authentic Turkish Ottoman di Asia Tenggara, terletak di Horizon Hills, Johor Bahru. Menurut pemiliknya, Mustapha, chef-chef yang memasak makanan Turki kat Istanbul ni semuanya berasal daripada Turki dan muslim, jadi semua masakan Turki kat sini memang resepi original Ottoman's Sultan, termasuklah Meze, Kebabs dan Pide nya.


Menu kat Istanbul ni adalah Halal sepenuhnya, No Pork, No Lard, No Alcohol. Diorang pun tengah dalam proses mendapatkan sijil Halal, kedainya pulak baru bukak tak sampai sebulan. Jadi faham-faham lah ya. Bila masuk ke dalam restoran ni, mata terus nampak bendera Turki sebelah cashier. Rak kasut juga disediakan dekat pintu masuk.


Kena bukak kasut tau, sebab dalam tu dihampar karpet berkualiti dibawa khas dari Turki. Suka dengan hiasan dalam restoran ni, rasa macam berada kat Turki sebab hampir kesemua benda dalam tu termasuklah dindingnya ada sentuhan Turki. Lampu yang bergantung kat siling pun lawa gilerrrrr!
  

Kebanyakan menu dimasak dengan menggunakan arang bagi menghasilkan juadah yang berkualiti dan menyelerakan, sesuai dikongsi bersama keluarga dan kawan-kawan. Yeeee, kena kongsi oi! Portion dia besar kemain ye, sebab konsepnya sharing is caring maaaa~ Haha tiberr jadi nyonya!

Ok lah, jom tengok 7 menu terbaik pada tekak seketul Sunah yang ada kat sini ek. Nak letak semua, takut muntah hijau memasing tengok gambar! ๐Ÿ˜

Aneka Cold Meze sebagai pembuka selera, paling suka cicah Muhammara, setiap jenis Meze RM16 per plate, dihidangkan dengan roti Ekmek. Boleh juga beli set 4 jenis (RM57) atau 7 jenis (RM99).

Hellim Izgara (grilled vegetables dengan keju Helim goreng) RM39.

Kurban Corba. Wallawehhh sedappp gilaaa Lamb Shank dia! RM39.

Istanbul Guvec, macam beef stew lah, makan dengan roti, sedap uiii yang ni! Dijual dua saiz, S RM42, L RM85.

Sultan Pilav, makanan ruji Sultan kat sana. Nasi yang dibalut dalam doh roti bersama kismis, aprikot, potongan daging kambing, dan kacang berangan, kemudian dibakar selama 2 jam. Nak order ni kena book 2 jam awal ya! Saiz S RM99, L RM180.

Istanbul Karasik Kebabi, platter aneka 3 jenis kebab dihidangkan bersama nasi, bawang dan salad. RM155.

Yahhh, pencuci mulut tersedap Turki! Kunefe. RM29.

Nah baru 7 je tu, semua pun nampak menyelerakan kan? Kalau dari segi air pulak, diorang ada pilihan air sihat dari jus buah-buahan dan sayur-sayuran, juga air Ayran (minuman Yogurt campur Mint), teh serta kopi. Kopinya agak istimewa sebab dibuat khas menggunakan mesin pasir untuk memanaskan air kopi dalam cawan kecil. Kopi dia woww, memang lain rasanya dari kopi yang biasa saya minum. Uols boleh cuba kalo suka minum kopi ekkk.

Ayran

Jus buah-buahan

Kopi Turki

Sand box untuk panaskan air kopi

Ok, Menu selebihnya mohon belek kat page Sunah Suka Sakura ya. Ade banyak lagi yang uols kena tengok sebab menu kat Istanbul ni memangggggggggggg banyakkk gilerr!


Kalau uols nak datang makan ke sini, boleh lah buat reservation ya! Kalau nak walk in saje pun ok!

Istanbul
No. 7, Jalan Hijaun 3, Horizon Hills
(sebelah Pan Kobo Cafe)

Operation Hours:
Everyday EXCEPT Monday OFF
Lunch 12 pm - 3 pm
Dinner 6 pm - 11 pm

Reservations:
Call +607 509 5484
Whatsapp +6016 7615824 (Mustapha)

Facebook:
Restoran Makanan Turki Pertama di Johor Bahru - Istanbul Restoran Makanan Turki Pertama di Johor Bahru - Istanbul Reviewed by Sunah Sakura on November 18, 2019 Rating: 5

7 comments:

  1. uikk alu lapar perut nanga, nyaman je upa ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
  2. wowwwwww.. nampak sedap sangat makanan dia sun.. memang fav makanan arab ni...

    ReplyDelete
  3. menu semua nampak menarik. restoran pon cantik la.

    ReplyDelete
  4. wah best ni.. mama tak penah try makanan istanbul lagi

    ReplyDelete
  5. Arghhhh Lamb Shank dia sedapnyaaa....nak pergi sana makan sup tu je laaaa

    ReplyDelete
  6. sedapnya makanan turki..roti dia mesti sedap dan lauk of course sedap juga

    ReplyDelete
  7. yeehaaaaa dap betul nengokk nyee tiberrr ๐Ÿ˜

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.