Beraya ke Rumah Mak Ngah di Kampung Jepak, Bintulu

Beraya ke Rumah Mak Ngah di Kampung Jepak, Bintulu | Kisah raya yang belum habis. Hari tu masa beraya ke Kuala Tatau, family Mak Ngah takde kat Bintulu. Diorang balik ke Kabong, salah satu daerah kecil dalam bahagian Betong di negeri Sarawak. Tiap-tiap tahun, diorang memang akan balik ke sana sebelum raya, dan balik semula ke Bintulu dalam 4 atau 5 hari raya.

Jadi, tahun ni, bila diorang da balik ke Bintulu, kitorang pun plan beraya ramai-ramai ke rumah Mak Ngah di Kampung Jepak. Hari raya kelima, usai Maghrib, kami semua bergerak ke Kampung Jepak lepas singgah raya rumah Mak Usu. Berkonvoi sekali dengan family Mak Usu. Anak Mak Usu yang duduk Kampung Jepak pun join sekali, tapi diorang gerak dari sana aje lah.

Paling saya suka kalau raya rumah Mak Ngah, ada asam jeruk biji-biji merah hijau kuning tu dihidangkan dalam balang kaca atas meja. Dari kecik, memang suka makan asam jeruk tu. Rumah orang lain, susah sikit nak jumpa. Tapi takde pulak saya ambil gambarnya. Alaa, macam jeruk Pak Ali tuuuu yang biji-biji merah macam buah ceri! Ke memang ceri? Entah ekkk, tak pernah study lebih lanjut tentang jeruk ni. Hahaha.

Lepas semua da setel makan, apa lagi? Sesi bergambar lah pulak! Kan ada kamera anak menantu Mak Usu. Hahaha. Jemput lah tengok gambar-gambar kami kat rumah Mak Ngah.

Family kami + family mak ngah + family mak usu

Dari kiri: Mamak, bapak, mak ngah, pak ngah, mak usu, pak usu

Family kami - kurang 3 orang

Family mak ngah, kurang 2 orang

Family mak usu, kurang 4 orang

Anak-anak + menantu + cucu

Siblings ku

Sempat lagi buat star challenge, kek lapis challenge pun ada, tapi takpe lahhhh hahahah

With my beautiful girls

Selesai bergambar, ajak Aisyah dan anak-anak buah lain main bunga api kat laman rumah. Curious betul muka Aisyah main bunga api. Iris dengan Faiha pun tak terkecuali. Teringat pulak zaman kecik-kecik dulu main bunga api ramai-ramai dengan sepupu-sepapat. Dah besar ni, takde pulak keinginan nak main bunga api tu. Lagi suka tengok anak-anak buah main aje.



Ok lah, ade lagi kisah raya dengan housemates, rakan-rakan blogger dan media yang belum masuk. Nanti ya!

20 comments:

  1. Belum pernah raya kat sabah.. harap2 dapat cuba raya disana

    Promosi Pakej Umrah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen..mudah2an ada rezeki uols ke sabah...jangan lupa datang ke sarawak sekali...sebab bintulu kat sarawak ya, bukan sabah 😂

      Delete
  2. Seronoknya berhari raya kat kampung halaman.... barulah raya namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. khennnn...alhamdulillah, atas segala nikmat dariNya..

      Delete
  3. Replies
    1. khennnn...baru la bole pakai hashtag #inikanraya

      Delete
  4. Wah keluarga besar. saya x pernah lagi sampai Bintulu. teringin nya nak jalan2 pusing Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah sampai Bintulu, tapi teringin pusing Sabah? Heyyy, apa kaitan semua ini??? Hahahahha! Ni mesti ingat Bintulu kat Sabah

      Delete
  5. suka tgk gaya org sarawak beraya, walaupun dh msk raya ke 4 ke 5 yg lelaki masih lg beraya pakai baju melayu... meriah betul lah nengok... naper takde gambar kek lapis yg mcm2.... mesti best nengok ehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar kek lapis da masuk dalam entri raya sebelum entri ni..hahahah

      Delete
  6. assalamualaikum sunah...meriahnya dpt beraya bersama2...

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya awak...
    Mai le datang raya uma kita lagi hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com