Ticker

6/recent/ticker-posts

Aduh, Pedihnya Ulser! 5 Tip Menghilangkan Ulser Mulut

Aduh, Pedihnya Ulser! 5 Tip Menghilangkan Ulser Mulut | Yeee, pedihhh sesangat ui nak makan dengan nak minum air. Apetah lagi berkumur dan mengambil wudhuk. Musim-musim cuaca tak menentu ni, macam-macam la penyakit nak datang kan. Kalau orang-orang tua, diorang cakap ulser ni sebab kita kurang minum air atau badan panas dalam. Tapi sebenarnya, apa punca terjadinya ulser mulut?


Apakah yang mengakibatkan ulser mulut?

Sebab yang pasti masih tidak jelas walaupun para pengkaji mengesyaki bahawa ia disebabkan oleh kombinasi beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya penyakit ini, walaupun pada orang yang sama.
  • Luka minor pada mulut anda disebabkan prosedur gigi, memberus gigi terlalu kasar, kemalangan sukan atau tergigit.
  • Ubat gigi dan pembasuh mulut yang mengandungi sodium lauryl sulphate.
  • Sensitif terhadap makanan, khususnya coklat, kopi, stawberi, telur, kacang, keju dan makan pedas atau berasid.
  • Diet kurang vitamin B-12, zink, asid folik atau zat besi.
  • Tindakbalas alergik terhadap bakteria tertentu di dalam mulut.
  • Helicobacter pylori, bakteria yang sama menyebabkan ulser peptik.
  • Perubahan hormon semasa haid.
  • Tekanan emosi.
  • Keadaan kesihatan: HIV/AIDS, penyakit Behcet, penyakit keradangan usus, penyakit Celiac.


Bagaimana merawatnya di rumah secara semula jadi?

1. Madu
Madu boleh melegakan ulser kerana ia membantu mengekalkan kelembapan dan mempercepatkan proses penyembuhan. Ia juga mempunyai sifat antioksidan dan anti-mikro. Gunakan kain kapas yang disapu madu dan letakkan di kawasan yang ulser. Anda juga boleh menggunakan minyak gliserin atau vitamin E dengan cara yang sama.

2. Garam
Garam laut atau hidrogen peroksida mempunyai sifat anti-radang, antiseptik dan disinfektan. Oleh itu, anda boleh menggunakan bahan-bahan secara berasingan atau kombinasi yang berkesan untuk menyembuhkan ulser mulut atau luka kanker.

3. Santan
Ia sangat berfaedah untuk menenangkan sakit ulser mulut. Campurkan sedikit madu dalam satu sudu santan. Urut kawasan yang ada ulser. Lakukannya tiga atau empat kali sehari. Sebagai alternatif, anda boleh membilas mulut anda dengan santan segar atau mengurut minyak kelapa di kawasan yang terjejas.

4. Serbuk penaik
Serbuk penaik atau baking soda, juga dikenali sebagai natrium bikarbonat, membantu merawat ulser mulut. Ia amat berguna untuk mereka yang ulser disebabkan oleh makanan atau minuman asid kerana baking soda membantu meneutralkan asid. Ia juga akan mengurangkan keradangan dan mengeluarkan kuman dan bakteria. Perlu diketahui bahawa ia boleh menyebabkan rasa terbakar.

5. Ais
Ais adalah perubatan di rumah yang berkesan untuk rasa sakit ulser pada mulut. Ia amat berguna apabila anda meletakkan ais di kawasan yang terjejas sebaik sahaja anda mengalami simptom, seperti kepedihan dan rasa terbakar, sebelum ulser muncul.

Sumber: Hello Doktor

Post a Comment

6 Comments

  1. seksa betul kalau kena ulser, haritu seminggu terseksa huhuhu dah lega ulser, ya Allah bersyukur sangat huhuhu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    dah tak pernah kena ulsel mulut tu

    ReplyDelete
  3. Tips yang berguna. Boleh kurus time kena ulser ni sebab terus hilang selera makan hehe

    ReplyDelete
  4. ammi selalu kumur dengan air garam yg dicampur air panas. tp sebelum wudhu' memang ammi sapu bonjela or apa2 oral aid dulu nak kasi kebas..baru boleh berkumur dengan sempurna.

    ReplyDelete
  5. Huishhh..sy minum air masak bbyk je..n telan aisss.huhu....

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com