Ticker

6/recent/ticker-posts

Hantar Anak Bulus ke Batu Pahat, Singgah Putu Bambu Juriah

Hantar Anak Bulus ke Batu Pahat, Singgah Putu Bambu Juriah | Jumaat lepas, saya ke Batu Pahat. Hantar anak kucing kepada tuan baru diorang. Jauh kan? Dari Skudai lebih 80 km juga. Sanggup seketul Sunah drive jauh-jauh, semata-mata nak hantar kucing. Tapi nak buat cane, sebab dah janji awal dengan tuan baru diorang tu. Sepatutnya saya ke Batu Pahat pada hari Sabtu, sekali pergi kenduri kahwin sepupu tuan baru diorang. Tapi disebabkan last minute saya nak keluar Johor pada hari Sabtu, terpaksa tukar plan. Redah aje lah labuuu!

Pagi dalam kul 10.30 saya dengan kak Ajan gerak dari rumah. Keluar dari tol dalam kul 11 gitu. Sampai Batu Pahat sebelum Zohor. Tak susah nak cari rumahnya, kat Jalan Parit Nipah Darat, Batu Pahat. Keluar tol Ayer Hitam, belok-belok-belok, terus sampai. Gituuu. Lebih senang nak cari sebab ada khemah kenduri depan rumah. Bawak turun anak-anak bulus dalam carrier, budak-budak naik basikal tepi jalan terus tegur, "eee kucingggg!"


Kawan saya yang sepatutnya balik Batu Pahat untuk menerima kucing tu tak jadi balik sebab saya tak jadi datang kenduri. Dia hanya sampaikan pesan pada maknya saja, dan saya kena hubungi mak dia untuk maklumkan kedatangan kami. "Mak Jah" orang kampung panggil mak dia, dari jauh Mak Jah menjawab panggilan telefon dari kak Ajan dan melambai-lambai tangan pada kami.

Carrier kucing beralih tangan, kami tolong pindahkan Lala dan Lulu dari carrier ke dalam kandang. Bila pindah ke tempat baru, wajib masukkan kucing ke dalam kandang atau tempat tertutup dahulu. Supaya dia kenal bau tempat baru ni dan tuan barunya sebelum dilepas bebas ke kawasan sekeliling. Kalau tak, memang lari bersepah tak jumpa jalan balik lerrr.

Bila dah siap urusan hantar anak bulus (dan makan tengahari sekali), kami pun gerak balik lepas Zohor. Ikutkan, nak jalan-jalan cari makan kat Batu Pahat dengan kak Ajan, tapi perut dah kenyang pulak. So, kitorang cadang terus gerak balik Skudai aje. Tapi cadangan meleset bila nampak Putu Bambu Juriah tepi jalan sebelum masuk tol ke highway. Haha!


Maka, berhentilah kami menyinggah kat situ kejap. Beli putu bambu femes tu sebekas bawak balik bekal dalam kereta. Kononnya kenyang, sebab tu beli sebekas aje. Ingatkan nak makan kat rumah, last-last habis dalam kereta aje sepanjang perjalanan. Hahaha!




Sedap macam biasa, ada yang cakap putu bambu depan Petronas lagi sedap dari yang ni. Entah ek, tak pernah pulak rasa putu bambu depan Petronas tu. Saya rasa ok aje yang ni, sedap je. Tapi ex-housemate cakap yang sekarang da kurang susu, rasa tawar dah. Ooo.

Tak tahu la ek, uols yang pernah makan, rasa macam mana?

Post a Comment

7 Comments

  1. Wowwww comelnyaa bulus...jauh anak bulus merantau...
    Kalau beli putu bambu tu, memang takkan cukup kalau beli satu jer hehehe

    ReplyDelete
  2. Menarik putu bambu. Tak penah lak terpikir nak beli putu bambu tu bila ada pi ayer hitam

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ya wak, saya sanggup asalkan ada orang betul2 nak jaga...sebab saya nak jaga 14 ekor kat umah ni tak mampu...

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com