Ticker

6/recent/ticker-posts

Meriah Sungguh Sambutan Tahun Baru 2020 dan Visit Malaysia 2020 di Sungai Kolok, Thailand

Meriah Sungguh Sambutan Tahun Baru 2020 dan Visit Malaysia 2020 di Sungai Kolok, Thailand | Seumur hidup tak pernah pergi sambutan tahun baru, atau mungkin kecik-kecik dulu pernah dibawak, tapi dah lupa. Yang saya ingat, pernah sambut kat rumah aje buat makan-makan dengan family besar. Itu pun zaman kecik jugak. Bila da masuk matrix and start belajar kat universiti, dah takde da pergi new year celebration kat mana-mana. Tiba-tiba dah besar panjang umur 30-an ni pergi pulak ek, kat luar Malaysia pulak tu! Haha!

Zaman kecik dulu, bila dengar pasal Wawasan 2020, rasa teruja sangat. Bayangan masa tu canggihnya negara tanah tumpah darahku nanti. Ada kereta terbang, zaman moden berteknologi tinggi. Duk kira-kira berapa usia bila dah masuk tahun 2020. 33 tahun, sempat keee nak hidup sampai 2020. Allahu, kalau hayat panjang, dan tak kiamat, insya'Allah sampai 😄

Alhamdulillah, Allah bagi rasa jugak hidup pada angka tahun 2020 yang pernah difikirkan satu masa dulu. Tapi negara tanah tumpah darahku masih belum ada kereta terbang. Yang ada hanyalah kereta terbang ke atas bahu jalan sebab eksiden. Haha. Dan untuk menyambut kedatangan tahun baru 2020 ni, saya dan beberapa orang rakan berpeluang untuk meraikannya kat Sungai Kolok, Thailand.

Haa, jauh tak jauh? Haha!

Orang sambut kat negara sendiri, kita pi negara orang pulak 😜

Sebenarnya, sambutan tahun baru 2020 kat Sungai Kolok, Thailand tu seiring dengan pelancaran Visit Malaysia 2020 peringkat negeri Kelantan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya negeri Kelantan. Itu yang kitorang ke sana jugak as jemputan media bersama pihak Tourism Johor.

Naik Firefly dari Senai, Johor ke Kota Bharu, Kelantan

31 Disember 2019, kitorang gerak ke Kelantan naik Firefly Airlines. Ya, kitorang naik flight direct dari Senai ke Kota Bharu! Sekarang, Firefly dah ada penerbangan terus ke Kota Bharu dari Senai sebanyak tiga kali seminggu, hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Jadi, senang la uolsss yang duduk Johor Bahru, kalau nak jalan-jalan ke Kelantan lepas ni!



Yang best nya kalau naik Firefly, ada kargo include dengan tiket yang kita beli, 20 kg. Sama macam Malaysia Airlines. Dah namanya anak syarikat Malaysia Airlines jugak kan. Maksimum berat kargo yang uols boleh beli adalah sehingga 32 kg. So kalau uols nak pergi Kota Bharu, duduk 3-4 hari, tak perlu risau nak bawak bagasi besar. Nak bawak naik atas as hand carry, limit dia 7kg aje, dan ruang beg kat atas tak besar. Jadi, better letak dalam kargo aje ye.


Dari segi seat pulak, berbeza dengan kapal terbang lain kat Malaysia ni, dia punya preferred seats kat belakangggg sekali. Sebab apa? Pintu masuk kat belakang uolss. Hanya satu-satunye pintu masuk untuk pesawat ATR-72 500 Firefly. Pintu sebelah depan digunakan untuk load dan unload cargo dari kapal. Bila naik flight ikut pintu belakang, bahang panas dari kipas enjin tu menyapa muka 😅



Penerbangan mengambil masa 1 jam 45 minit, lama kan? Dalam flight, ada snack dan minuman disediakan. Kalau boring, uols boleh baca majalah Firefly yang disediakan pada poket belakang kerusi penumpang. Kalau tak rajin membaca, uols buat macam kak Ajan, install Netflix dalam telefon dan download movie untuk tengok dalam perjalanan. Haha!



Dari Kota Bharu, Kelantan pulak, kitorang naik bas ke Rantau Panjang bersama penggiat industri pelancongan sekitar negeri Kelantan. Sampai Sungai Kolok petang dalam pukul 6 waktu Malaysia. Setel segala cop passport kat ICQS Rantau Panjang dan Sungai Kolok, check in hotel.




Kat Sungai Kolok, kitorang menginap di Hotel Genting, tak jauh dari sempadan. Event kitorang pun area sini aje. Sampai hotel, kitorang terus bersiap-siap untuk gi event sebelah malam. Tema malam tu pakaian batik ye guysss. Belasah aje la asalkan nampak ada corak batik dia tu. Haha!


Sambutan Tahun Baru 2020

Majlis sambutan tahun baru 2020 diadakan di Dataran Sungai Kolok. Tak jauh dari hotel kami menginap. Dari hotel, kami naik sejenis kenderaan yang entah apo namanya ek, tapi macam bas yang menyerupai tuk-tuk jugak sebab open air. Haha.


Sampai kat depan pentas sambutan sebelum pukul 8 waktu Malaysia. Oh, kat sana lewat sejam ya dari Malaysia. Event start pukul 7.30 malam waktu Thailand. Tepat! Sebab diorang ada buat Live Facebook sekali. Takde drag masa langsung, memang salute! Kalau VIP datang, datang je lah dan ada pengumuman dari atas pentas. Gitu ha.

Banyak persembahan tarian tradisional Thailand dan nyanyian dari artis tempatan diorang. Yang menariknya, penyanyi dia ada nyanyikan jugak lagu Malaysia dan lagu Indonesia bagi meraikan tetamu dari Kelantan. Artis Malaysia pun ada jugak dijemput datang, antaranya Roy Kapilla, Shieha Zikir dan Adik Wani.


Selain persembahan tarian dan nyanyian, ada selingan cabutan bertuah untuk para pengunjung. Yang kelakarnya, nombor cabutan bertuah tu pengacara kena sebut dalam tiga bahasa. Bahasa Siam, Melayu (dialek Kelantan) dan Inggeris. Comel aje bila dengar pengacara Thailand berbahasa Melayu dialek Kelantan. "Tujuh" pun jadi "tuyuh"...aloorrrr omey angattt 😆


Majlis dirasmikan oleh Gabenor Wilayah Narathiwat, Thailand, Tuan Yang Terutama Ekkarat Leesen, disusuli dengan pelancaran Visit Malaysia 2020 bersama wakil MOTAC negeri Kelantan dan Tourism Malaysia Kelantan.


Peak persembahan adalah dari penyanyi local Thailand yang sangat popular, tapi tak tahu siapa nama dia. Hahaha! Ramai giler peminat dia, budak-budak muda semua berkerumun depan pentas. Bila dah nak dekat-dekat ambang tahun baru, jam mendekati angka 12 tengah malam waktu Thailand (masa ni, Malaysia dah masuk tahun baru selama sejam...haha!), semua VIP naik atas pentas sebab ada montaj countdown.


Akhirnya, masuk tahun baru 2020. Tahniah kepada kerajaan Thailand dan Malaysia atas kerjasama selama bertahun-tahun. Semoga ikatan yang terbentuk terus kukuh sampai bila-bila.

Tahniah juga kepada diri sendiri sebab berjaya bertahan sampai pukul 1.30 pagi. Hahaha!

Selamat Tahun Baru 2020 sekali lagi!

Jemput belek lebih banyak gambar majlis sambutan Tahun Baru 2020 di Sungai Kolok, Thailand kat Facebook page Sunah Sakura.


Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Majlis Sambutan di Pintu Masuk Utama Negara Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) & Tahun Melawat Kelantan 2020 di Hentian Bas & Kereta Sewa Rantau Panjang 
yang telah berlangsung pada 31 Disember 2019 - 2 Januari 2020 
anjuran Tourism Malaysia

Post a Comment

11 Comments

  1. Bestnya..kalau ada lagi ajak la akak..hahaha

    ReplyDelete
  2. seronoknya. tumpang excited tengok gambar2 tu ^_^

    ReplyDelete
  3. wow..hebat sambut thn baru di thailang..klu thu bermlm kt sana i ikut..haha

    ReplyDelete
  4. Dah agak dah, member kamcing sorang tu mesti ada sekali.

    ReplyDelete
  5. Fuh, meletop sambutan tahun baru 😍😍

    ReplyDelete
  6. Woahhh bestnya jalan2 tahu baru gituu

    ReplyDelete
  7. Satu pengalaman yang baru juga buat seorang Sis Lin ..alhamdulilah atas peluang yang di berikan...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com