Resepi Sandwich Telur Mudah dan Sedap

Resepi Sandwich Telur Mudah dan Sedap | Kalau tengok entri Wordless Wednesday hari tu, saya bawa bekal Sandwich Telur untuk breakfast kat tepi Pantai Batu Layar sebelum pergi event kat Bayu Balau Beach Resort.


Pergi pantai pagi-pagi dengan kak Ajan dan Farahain, lepak-lepak santai aje, tak mandi pun sebab angin sangat kuat dan ombak agak besar. Seram nengoknya. Nak ambil gambar wefie or selfie or OOTD pun kena tahan tudung dari terbang. Haha!


Ni namanya kamera selfie lupa nak lap haha

Kat entri Wordless Wednesday hari tu, ada yang tanya resepi. Haha, eee simple je lah resepi Egg Mayo Sandwich tuuu. Cincai je saya buat, orang lain yang dah terer mungkin resepinya lebih sedap dan menyelerakan. Haha. Takpe, saya share jugak ya kot-kot ada yang nak cuba resepi ni.


Egg Mayo Sandwich

Saiz: 3 pax

Bahan-bahan:
8 keping Roti Wholemeal Gardenia
2 biji telur ayam direbus hingga masak
8 biji tomato ceri dihiris
4 helai daun salad
3 sudu besar mayonis
1 sudu besar sos cili
4 keping keju cheddar

Cara-cara membuatnya:
  1. Telur ayam yang dah masak dan dibiarkan sejuk dikupas kulitnya, hancurkan dalam mangkuk.
  2. Masukkan mayonis dan sos cili, gaulkan bersama telur hingga rata.
  3. Ambil sekeping roti dan letakkan daun salad, sapu kan telur mayo tadi, susun pulak hirisan tomato ceri.
  4. Letak pulak keju cheddar atas tomato ceri, tutup dengan sekeping lagi roti.
  5. Belah ikut suka atau makan macam tu aje pun boleh.
  6. Kalau suka, boleh pelbagaikan sos dan intinya, kadang-kadang guna tuna dalam tin pun sedap.
  7. Selamat mencuba!

30 comments:

  1. yang macam ni pun dah ok..
    kalau beli satu kotak tu mau kene caj RM70 tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke ammi? nak buat bisnes la macam ni...hahahahah

      Delete
  2. Replies
    1. hahaha...belum cukup menggiurkan ni kak...ni kira sihat gak ni...hahahha

      Delete
  3. yummy...nampak sedap sangat. sandwich memang feveret Atul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kata, kalo orang lain buat, memang sedap...😜

      Delete
  4. Kenapa 8? Siapa yang makan lebih 2 tu? Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia 8 bahagi dua, 4 keping besar sandwich kemudian dipotong 4, jadi 16 keping kecil sandwich, lepas tu 1 tak muat masuk bekas, so tinggal 15 keping kecil...sorang 5 keping kecil la jadinya....hahahahha

      Delete
  5. AMBOIIII SIAPP DAH BAGI RESEPI DAH NIII.HAHAHHA

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. sebab nak expired dah tu wak..hahahah so kene la habiskan!

      Delete
  7. nak satu..nak krm salam kt roomate n org seblah masa atas bajak tu..haha

    ReplyDelete
  8. Akak suka sndwich telur...letak salad banyak skit...sodapppp

    ReplyDelete
  9. sedapnya. nak try buat lah guna resepi ni ^_^

    ReplyDelete
  10. fevret !!!! tapi kite tamo ada tomato. kita buang hahhaa..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya sandwich tu. Nak cubalah resepi ni nanti.

    ReplyDelete
  12. selalu buat kosong dgn telur + mayonis je. boleh la ena ikut resepi ni.

    ReplyDelete
  13. Anak² tak makan sayur maka... takyah sandwich la...celup roti dalam telur..gorwng...

    ReplyDelete
  14. Cannot wait nak buat. Thanks kak sun for sharing the resepi 🥰

    ReplyDelete
  15. sedapnya sandwich dia.. makan ramai2 tambah syok

    ReplyDelete
  16. sandwich egg mayo ni paling senang dan sedap nak buat. Bestnya breakfast pekena angin laut

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com